PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, October 5, 2009

BAB 20

‘’ mira.. teman aku p toilet?’’ bisik leyssa pada mira yang sedang asyik berselimut. Leyssa cuba menggerak-gerakkan sedikit badan rakannya itu. Puas juga berbisik, hendak di jerit takut mengejutkan thira yang sedang tidur. Mana tidaknya selesai majlis dia dipaksa mak cik lina untuk bermalam disini. Ditambah lagi dengan pujukan serta rengekan manja dari athira. Dia terpaksa mengalah. Tambahan pula amira mengadu penat. Ada-ada saja sahabatnya itu. Nak tak nak dia mengikut saja.

‘’ mira… bangunlah..’’ cuba leyssa lagi. Melihatkan amira yang liat dan menarik kembali selimut yang dilurutkan aleyssa tadi aleyssa mengeluh. Minah ni kalau tido.. gempa bumi pun dia tak sedar agaknya. Gumam aleyssa dalam hati. Nak buat macam mane? Dia memang dah tak tahan nak buang air. Banyak sangat makan tembikai, ini semua si alif Haikal punya pasal. Marah aleyssa teringat kejadian makan malam tadi.

Alif asyik memerhatikan, sehinggakan aleyssa menghabiskan semua hirisan tembikai yang dihidang di hadapannya itu. Bukan ape dia segan.. malu plus geram dengan renungan jejaka itu. Yang mamat tu pulak sengaja merenung cara aleyssa makan. Suka sangat dapat melihat dari dekat wajah yang amat dirinduinya. Makin cantik, makin menawan, tak sanggup dia mengalih pandangan ke arah lain. Makan malam tadi dihabiskan dengan sesi soal jawab dengan mak cik lina dan thira mengenai kehidupan aleyssa selama menghilangkan diri.

‘’ ala… macam ne ni.. tak tahan dah ni.. ‘’. Nak tak nak dia bingkas bangun perlahan-lahan keluar dari bilik Thira menuju ke bilik air. Selesai hajatnya dia lega. Namun saat itu tekaknya pula terasa kering. Kebetulan dia lalu di kawasan dapur. Gelap. Niat hatinya hendak membuka lampu di batalakan kerana takut mengejutkan isi rumah. Dia berjalan menuju ke peti ais, cahaya lampu di luar rumah samar samar menebusi ruang dapur itu. Saat dia melihat kesatu sudut dapur dia melihat satu lembaga hitam yang terbongkok-bongkok menggeledah sesuatu di dalam cabinet dapur mak cik lina.

Alamak ade pencuri. Macam ne ni? Aleyssa kaku di situ. Otaknya kini sibuk berfikir apa yang patut dilakukan sekarang. Lambat.. bercelaru.. aleyssa cemas, dan spontan dia mencapai penyapu yang tergantung di dinding dapur. Senyap-senyap dia berjalan sambil memegang kemas penyapu. Semakin hampir dengan pencuri itu semakin kuat debarannya. Peluh mula merecik di dahi. Silap langkah tindakan beraninya akan membawa padah. Lembaga tadi masih lagi menyelongkar barang-barang dalam cabinet itu.

Ya allah selamatkan la aku. Kau lindungilah aku dari sebarang mala petaka. Aleyssa berdoa sejenak sambil kembali mengangkat penyapu menuju ke arah lembaga itu. Hanya beberapa langkah saja lagi aleyssa betul betul berada di belakang lembaga itu. Namun malang buat aleyssa disebabkan keadaan samar-samar itu aleyssa langsung tidak memfokuskan perjalananya, dia asyik fikir nak pukul pencuri dengan senjata yang dipegangnya. Tiba-tiba dia tersandung kaki meja yang menyebabkan bunyi sehingga menyedarkan lembaga itu. Serta merta lembaga itu berpaling apabila terdengar bunyi di belakangnya.

Aleyssa kaku apabila menyedari kesilapan besarnya itu. Dalam hatinya puas berdoa supaya tiada apa yang akan berlaku kepadanya. Dalam keadaan terkejut itu kakinya lemah bergerak apatah lagi untuk lari. Perasaan takut menyelubungi diri. Saat dia melihat lembaga itu semakin menghampirinya dia mula sesak nafas. jantung berdegup pantas.. macam nak pecah dibuatnya..Belum sempat dia menjerit mulutnya sudah ditekup kemas. Air hangat mula mengalir ke pipinya. Menyesal dengan tindakan berani nya tadi. Saat itu pelbagai perkara yang terlintas di kepalanya. Aleyssa cuba meronta-ronta. Tangannya memukul-mukul pencuri itu sedaya yang mampu. Tiba-tiba satu suara menerjah telinganya yang membuatkan tindakannya terhenti.

‘’ leyssa.. saya ni.’’ Bisik lembaga itu. Masih lagi menekup mulut aleyssa. aleyssa masih lagi memproses suara itu dia macam pernah kenal suara itu. Masih lagi berfikir. Dalam hatinya masih lagi berharap supaya dia tidak diapa-apakan.

‘’ saya la.. ’’

'' Haikal''

Balas lembaga itu sambil melepaskan tanganya dari mulut aleyssa.
Saat itu dapur itu di terangi cahaya lampu. Rupanya haikal melepaskan aleyssa untuk membuka suis lampu. Aleyssa masih lagi tercegat disitu. Masih terkejut riaknya. Mana tidaknya masakan anak tuan rumah dipanggil pencuri. Aleyssa tiba-tiba lega kerana apa yang disangkanya tidak terjadi kepadanya.

‘’ apa awak buat malam-malam kat dapur ni?’’ Tanya alif yang berjalan membuka cabinet dan mencapai dua gelas seterusnya menuang air kedalam gelas tersebut.

‘’ saya p toilet tadi, saya terasa nak minum, tapi…’’ hanya itu yang mampu di jelaskan aleyssa. Dia masih lagi terkejut dengan kejadian tadi. Aleyssa duduk apabila alif mempelawanya minum. Sambil menguk air sebelah tangannya tadi membetulkan tudung yang serabut sekali dikepalanya. Saat itu dia melihat cecair merah mengalir di tangan alif yang juga sedang menikmati minumanya.

‘’ tangan awak..’’

‘’ ohhh.. sikit je. Mungkin awak terkejut sangat tadi..’’

‘’ maaf ye? Saya takut sangat tadi, ingatkan betul-betul pencuri yang masuk.’’

‘’ berani jugak awak ni ye?’’ kata alif tersenyum memandang tepat ke wajah aleyssa. Malu dengan tindakan alif aleyssa bangun mencari sesuatu. alif memandang sepi pemergian aleyssa. Sangkanya aleyssa marahkan tindakannya itu. Dia mengeluh sendiri sambil menghabiskan minumannya. Malang baginya hendak minum air didapur sendiri pun di kata pencuri.

Mengingatkan kejadian tadi dia tergelak sendiri. Lucu, tapi sedikit gerun, mane tidaknya kalau la tepat pukulan aleyssa tadi mau nye ke hospital malam ni. Dia terseyum sambil membelek-belek bekas gigitan yang masih bersisa darahnya.

‘’ apa yang kelakar sangat dengan luka tu?’’ Tanya aleyssa yang muncul bersama kotak kecemasan. dia terus duduk bersebelahan jejaka itu sambil mengeluarkan peralatan yang diperlukan untuk membalut luka. Perlahan-lahan dia membersihkan kotoran sekeliling luka. Lembut sekali pergerakannya. Alif sudah tentulah terpegun amat dengan tindakan gadis itu.

‘’ Bagus jugak cedera macam ni, dapat dekat dengan awak... saya sukakan awak leyssa.’’ Ucapan Alif itu hanya didengar olehnya saja. hanya mampu diucapkan dengan hatinya saja.

‘’ dah siap, saya minta maaf ye? Sebabkan awak cedera’’ kata-kata aleyssa itu menyedarkan lamunan alif.

‘’ kalau tak de pape lagi saya nak masuk tido?’’ ucap aleyssa sambil mengemas barang-barang yang digunakan tadi.

‘’ leyssa..’’ panggil alif apabila melihat aleyssa sudah pun melangkah menuju ke bilik.

Mendengarkan namanya di panggil aleyssa behenti melangkah. Kemudian memandang ke arah alif.

‘’ lain kali jangan berani macam tadi ye? Nasib baik bukan pencuri betul, Jangan membahayakan nyawa awak lagi. ‘’ selesai mengutarakan perasaanya alif bangun menuju ke arah aleyssa. berdiri betul-betul di hadapan gadis kecil itu. Ketinggian alif membuatkan aleyssa terpaksa mendongak untuk bercakap dengan jejaka itu.

‘’ pergilah masuk tidur’’ ucapa alif seraya berjalan masuk kebilik tidurnya, meniggalkan aleyssa yang belum sempat mengatakan sesuatu kepadanya. Aleyssa tersenyum sendirian.

***************************************************

3 comments:

fzm2 said...

alaaaa
nk lee jgak!!!
bler lee nk kuar nih?
tp haikal nih cm
sweet gak
huhu

zarith natasha said...

lieza.. mna lee??
ceruk mna dia smbuyi??
dh rndu lee ni...
heeee..
smbung2...

Lieza said...

lee ade.. cume x tunjukkan diri dia je.. ekekekkeke