PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Wednesday, September 30, 2009

BAB 19 - JeJaK KaSiH



’’ abang. Jom la, kita dah lambat. Nanti mama bising.’’ gadis cantik yang keluar dari kereta itu tiba-tiba memanggil alif menyebabkan dia tersedar dari lamunannya. Saat dia tersedar dia mendapati aleyssa sudah pun berjalan ke kereta. Dia tersenyum kecil sambil mengeleng-gelengkan kepala dan jarinya bermain-main dengan kunci.senyuman tak lekang dari bibir merah jejaka itu. sebelum masuk ke kereta.

‘’ hai.. saya Athira Hanim. Her beautiful sister. ‘’ kata athira sambil menghulurkan tangan tanda salam perkenalan.

‘’ Hanim?’’

‘’ Ini hanim yang masa kecik-kecik dulu yang x pernah boleh berenggang dengan bantal busuk tu?’’ aleyssa tiba-tiba jadi teruja saat gadis itu memperkenalkan dirinya.

‘’ kak Dania? Akak ke ni? Patutla thira macam kenal? Mana akak menghilang? langsung x hubungi thira.. sampai hati kakak. Pergi macam tu je.’’ bertalu-talu soalan dari Athira yang tertunduk sayu . sungguh dia terkejut dengan perjumpaan kali ini. Patutlah abangnya beria-ia mengajak dia. Awal- awal lagi dia sudah di beritahu akan menjemput ALeyssa, namun athira menganggap abangnya itu Cuma bergurau, dahulu dia cukup sedih dengan pemergian aleyssa tiba-tiba tanpa pengetahuannya. Namun tadi apabila abangnya meberhentikan kereta di depan rumah kak leyssa dia juga masih merasakan itu sebahagian gurauan dari abangnya. Dan saat dia memperkenalkan diri baru lah dia betul2 sedar yang di hadapannya kini memang aleyssa seoarang yang dianggap sebagai kakak, dan teman rapatnya dahulu.

‘’ maafkan akak .’’
hanya itu yang mampu terluah oleh Aleyssa saat itu. dia pantas memeluk gadis tinggi lampai itu. lama mereka berpelukan melepaskan kerinduan di hati masing-masing sambil disaksikan oleh Amira dan ALif yang tersenyum melihat kedua-dua gadis kesayanganya itu. maafkan akak dik, akak ada sebab mengapa pergi tanpa pengetahuan thira. Ucapan itu hanya terluah didalam hatinya saja. Saat itu dia terpandangkan wajah lelaki itu, mata bertentang mata membuatkan aleyssa tidak mampu untuk menentangi mata itu lagi, dia mengesat air mata yang hampir mengalir.

‘’ dah la dahla... jangan sedih-sedih lagi ye? Akak dah balik nanti akak kasi no phone, email akak, supaya kita boleh berhubung terus lepas ni. Okey?’’ pujuk Aleyssa sambil melihat tepat kewajah ayu gadis didepannya itu. tiada lagi wajah comot serta manja yang dikenalinya dulu. Segalanya kini berubah menjadi cantik, mempunyai cirri-ciri sempurna idaman lelaki.

‘’ facebook x de ke kak? Akak jangan lupa pulak tau? ‘’ balas thira kembali riang. Itu la sikap yang masih di bawa sejak dari kecil, seorang yang sangat mudah merajuk dan juga mudah untuk dipujuk serta kembali ceria. Dia terseyum menampakkan sebelah lekukan di pipi yang membuatkan dia bertambah manis sekali.

‘’ nanti la akak kasi ye?’’ jawab Aleyssa sambil terseyum lalu di genggam erat tangan gadis itu.

‘’ oh ye, lame kita berjejak kasih, lupa pulak akak nak kenalkan, ini kawan akak kat uitm, dia teman sebilik akak, panggil dia kak Mira.’’ Ujar aleyssa memperkenalkan amira kepada thira, athira menyambut salam yang di hulurkan dengan senyuman.

‘’ dan jejaka hensem yang dari tadi memerhatikan 3 gadis cantik ini namanya Alif Haikal.’’ Sampuk alif tiba-tiba apabila gadis2 itu seolah tidak mempedulikan kehadiranya.

‘’ tau!!!!’’ sampuk ketiga-tiga gadis itu serentak, mereka berjalan dan terus memboloskan diri ke dalam kereta sambil rancak berbual. Alif haikal terpinga-pinga di kenakan tiga gadis itu. Dia mengeluh dan masuk ke dalam kereta,namun terasa sesuatu yang agak janggal. Dia berpusing ke belakang dan melihat ketiga-tiga gadis itu rancak bercerita sambil diselangi gelak ketawa. Langsung tidak menghiraukannya.

‘’ amboi..amboi.. amboi.. cik adik.. oiii? Sejak bila abang jadi driver ni?’’ sampuk alif lagi apabila dia merasakan dirinya diumpamakan seperti seorang pemandu.

Athira yang menyedari perkara itu tersengih-sengih memandang abangnya.

‘’ ala bang, sekali sekala je bang, boleh ye? Adik nak sembang dengan kak Dania ni. Abang pandu je la.. bukan jauh pun?’’ pujuk thira sambil memggayakan muka comel kepada abangnya.

‘’ ahhhh.. x de xde xde.. adik duduk depan, nanti sampai rumah adik borak la balik sampai pagi. Nak ajak akak tido kat rumah pun xpe. Mama pun mesti suka..’’ jawap Alif sambil terseyum memandang aleyssa yang sudah mula tidak senang duduk mendengarkan cadangan haikal itu.

‘’ ak ah, akak tido rumah thira ye malam ni? Kak mira sekali ye?’’ ucap thira riang sambil membuka pintu kereta dan terus bergerak duduk di hadapan, alif terseyum kemenangan, dia memandang aleyssa melalui cermin pandang belakang dan terseyum. Di benaknya kini menharapkan sesuatu yang baik berlaku nanti. Senyuman makin mekar apabila melihat aleyssa ceria melayani adiknya.

No comments: