PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, September 28, 2009

BAB 18 – I Am MiSsiNg U


Aleyssa bergerak pantas menuju ke gelanggang itu, setelah dia melepaskan basikal serta meniggalkan amira yang terpinga-pinga dengan tindakannya. Aleyssa lansung lupa akan Amira. Saat itu dia hanya ingin melihat sendiri gerangan lelaki yang sedang asyik menjaringkan bola.

***************************************************

Bola dilantun-lantun di atas gelangang. Selang beberapa lantunan bola jingga itu akan di lempar memasuki gawang gol dan kembali semula ke tangan dan dilantun lagi beberapa kali sebelum bola itu di jaringkan. Banyak kali perkara yang sama dilakukan sehingga badan boleh basah dek keringat.

‘’hai.. dah lama awak sampai?’’

‘’ lee.. dah la tu, dah sejam awak jaringkan bola tu..’’

Suasana di situ masih lagi didominasi oleh bunyi lantunan bola dan sekali sekali bunyi decitan tapak kasut yang bergesel dengan gelanggang.

‘’ lee.. awak x penat ke? Dah sejam awk dok jaring bola tu.’’ Sapa aleyssa bernada agak geram kerana lee lansung tidak mengendahkan kehadiranya di situ.

Lee masih lagi dengan permainannya. Berlari anak sambil menjaringkan bola. Cekap tangannya melantun bola. Jarang sekali bolanya itu melewati jaring. Semuanya dapat dijaringkan dengan bergaya sekali. Puas aleyssa menegur dan cuba berbual dengan lee. Dan lee seperti biasa meneruskan aktivitinya menjaringkan bola...

‘’ bukkk!!’’ serentak itu..

‘’ auuwww..’’ aleyssa meraba-raba dahinya. Imbasan perkara yang berlaku zaman sekolahnya dulu hilang apabila bola jingga itu terkena dahinya.

‘’ sory miss, i tak sengaja.’’ Ucap seorang lelaki berbangsa cina, ketinggiannya membuatkan aleyssa terpaksa mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah jejaka itu. Dia mengambil bola tersebut sambil menundukan kepala nya sedikit tanda meminta maaf dan beredar dari situ.
Leyssa mengeluh hampa. Rupanya dia berangan saja. Maish teringatkan kisah lama. Keluhan hampa ditambah lagi sakit terkena bola. Siapa suruh dia tiba-tiba saja je muncul kat tengah gelanggang? Padan la terkena bola yang laju itu.

‘’ kau kenapa leyssa? Lain macam je aku tengok kau perhatikan budak tu. Kau kenal ke?’’ Tanya amira yang entah bila berada disebelah leyssa. Dia pelik dengan tingkah laku temannya itu. memerhatikan budak cina tadi bermain bola, seolah-olah dia sedang asyik memerhatikan seseorang yang dah lama tidak berjumpa.

‘’tak.’’ Jawab leyssa pendek.

‘’ dah tu semacam je aku tengok kau dok perhatikan dia?’’

‘’ salah orang.’’

‘’ dah tu selambe je kau redah court tu? Kau cari siape?’’

‘’ tak de sape-sape. Jom la balik dah petang, nanti risau pulak Pak Karim.’’ Balas le Ayssa yang malas hendak melayan soalan-soalan amira.

‘’ assalamualaikum’’ aleyssa baru hendak bangun dan beredar pulang tidak jadi untuk meneruskannya. Alif haikal yang tiba dengan senyuman meleret terus kepada kedua gadis itu. sstu keluhan kecil terbit dari bibir Aleyssa namun dia masih lagi mampu membalas senyuman jejaka itu.

‘’ maaf lambat. Dah habis round kampung ni?’’ ucap alif berbasa basi dengan Amira yang terseyum simpul dengan kehadiran jejaka itu.

‘’ dah.. kami baru je nak balik. Aleyssa ni ha terkena bola masa terjah masuk gelanggang tu tadi.’’ kata-kata Amira itu sedikit sebanyak membuatkan jejaka itu tersentak dan terus memerhatikan aleyssa. namun tiada kecederaan yang dilihat pada gadis itu.

‘’tapi nasib baik leyssa tak cedera.’’Ucap Amira Seakan memahami pandangan alif terhadap Aleyssa.Aleyssa hanya tunduk memandang tanah. Dikuis-kuisnya tanah dengan ranting kayu yang gugur dari pohon tersebut. Pohon yang menjadi saksi aleyssa. saksi segala yang berlaku dalam hidupnya selam di kampung ini. Dia membiarkan saja Amira melayan dan berbual dengan alif. Sedangkan dia.. asyik memikirkan sesuatu. Sesuatu yang sememangnya selama ini ditunggu. Ibarat menunggu buah yang entah bila kan jatuh.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan sergahan oleh amira.

‘’ ye? Aku dengar.’’ Jawab aleyssa tiba-tiba.

‘’ kau dengar ape?’’ Tanya amira pelik.

‘’ dengar apa yang korang cakap la.’’ Jawab Aleyssa lagi.

‘’ baiklah kalau macam tu, jangan lupa ye? Malam ni lepas maghrib saya jemput kamu berdua.’’ Ucap alif Haikal dengan senyuman yang lebar.

‘’ kalau macam tu saya balik dulu. Dah lewat ni. Awak berdua tak nak balik lagi ke? Nak saya hantarkan?’’ Tanya Alif haikal seraya bangun dan menepuk-nepuk kotoran yang melekat diseluarnya.

‘’ eh, tak pe, kami bawa basikal.awak gerak la dulu, kita jumpa malam nanti.’’ Jawab amira sambil melambaikan tangannya apabila melihat alif mula melangkah meninggalkan mereka berdua.

‘’ korang nak kemana malam ni? ‘’ Tanya aleyssa setelah kelibat alif hilang dari pandangan sambil bergerak mendapatkan basikal mereka.

‘’ ape pulak korang? Kitorang ye? Maknanya aku dan kau.’’ Balas amira sambil memulakan kayuhan basikalnya. Aleyssa yang masih terpinga-pinga denga kata-kata mira cepat-cepat mengayuh basikalnya untuk bersama amira.

‘’ kita nak kemana?’’ Tanya aleyssa apabila kedudukan mereka seiring di atas jalan.

‘’ la haiii, bukan ke tadi kau dah setuju nak pergi makan malam kat rumah alif tadi? dia jemput kita la.’’ Ucap amira agak kuat.

‘’ kau ni kan dari tadi aku tengok asyik mengelamun saja. Ape lagi yang fikirkan? Secret admire kau tu?’’ teka amira.

Mendengarkan kata-kata amira itu membuatkan aleyssa geli hati. Ape kes secret2. Bukannya aku tak tahu siapa pengirimnya? Bukanya aku x tak kenal siapa dia? Cuma kami x pernah bersua muka saja sejak hari tu. Bukan nama secret admire la kalau macam tu. Ujar leyssa namun pada dirinya saja. Dia hanya terseyum kecil memandang wajah sahabatnya yang membebel entah pape lagi tu.

************************************************

Seperti yang dijanjikan tepat jam 8.00 malam alif haikal muncul bersama seorang gadis comel. Aleyssa yang masih lagi terhegeh-hegeh bersiap. Manakala amira dari tadi asyik beleter saja khas untuk aleyssa. mana tidaknya awal-awal lagi amira sudah memberikan amaran kepada aleyssa supaya jangan sekali-kali memberikan alasan untuk tidak hadir pada malam ini. Namun aleyssa masih lagi berdegil. Puas amira memujuk, pelbagai cara di cuba semuanya sia-sia. Maka terpaksa la dia menggunakan kelemahan aleyssa yang satu itu. dia memulakan sesi menggeletek. Aleyssa memang pantang tubuh badannya di cucuk. Pasti kegelian mencapai tahap maksima. Pada mulanya dia masih dapat bertahan. Namun tekad amira memuncak apabila dia menggandakan usahanya supaya aleyssa bersetuju untuk makan malam di rumah alif. Dan akhirnya dia Berjaya. Aleyssa mengalah bila di sudah mula keletihan. Amira tersenyum kemenangan.

‘’ cepat la leyssa.. alif dah lama tunggu la. Tak baik buat orang menuggu tau?’’ gesa Amira apabila dia melihat aleyssa masih lagi melilit-lilit selendang yang dipakainya itu.

‘’ sudah la tu. Kau dah cantik la, tak perlu la nak touch up lebih-lebih. Lagipun kita nak pergi makan je kan?’’ ucap Amira lagi apabila melihat aleyssa masih lagi tertancap di hadapan cermin.

‘’ kau ni kan? Sabarlah. Aku tak jadi pergi nanti baru kau tau.’’ Ugut aleyssa apabila selesai berdandan apa yang patut. Bukan berlebihan dandanan, dia Cuma mahu melambatkan masa. Hatinya berat sekali untuk melangkah ke sana.

‘’ ok3.. wahai tuan puteri Aleyssa Dania.. boleh kita berangkat sekarang? Memandangkan tuan puteri sudah selesai berdandan anggun sekali.’’ Seindir amira sambil menggayakan perwatakan sebagai dayang yang sedang mengampu tuan puterinya sambil terseyum mengejek.

‘’ baiklah dayangku. Kita berangkat sekarang, beta sudah tidak tahan mendengarkan leteran kamu.’’ Balas Aleyssa melayan telatah sahabatnya itu.amira hanya mampu mengetap bibirnya saja.

Mereka keluar mendapatkan alif yang agak lama menuggu ketibaan 2 gadis itu di luar rumah. Sambil tersenyum dia melambaikan tangannya. Kedua gadis itu kembali membalas lambaian jejaka itu. sesampai di kereta amira yang memulakan perbualan seolah-olah dia sudah lama mengenali jejaka itu.

‘’ dah lama awak tunggu? Maaflah lambat sikit. Biasal orang perempuan bersiap.’’ Ucapa amira memulakan bicara. Dia melihat-lihat kedalam kereta kerana melihat kelibat seseorang didalamnya, disebabkan cermin kereta agak gelap jadi dia tidak dapat melihat jelas manusia didalamnya. Sementara itu alif Haikal yang asyik memerhatikan Aleyssa tidak berkelip. Cantiknya dia.. gumam alif dalam hatinya. Asyik sungguh dia memerhatikan gadis berblouse hijau putih itu, padan sekali dengan kulitnya yang cerah tanpa sebarang mekap berlebihan yang menghiasai wajah bersih itu. alif haikal seolah-olah berada di dunia yang lain saat itu. dia tersenyum sendirian.

1 comment:

Anonymous said...

la igt kn lee...
mane lee??????????