PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Wednesday, September 16, 2009

BAB 17 - It'S NoT a MiRaCle

Selesai menyegarkan diri aleyssa besiap sedia untuk solat asar. Segala penat dalam perjalanan balik tadi sedikit sebanyak beransur hilang setelah tidur sekejap kemudian mandi. Keluar dari bilik mandi aleyssa melihat amira masih lagi terbongkang atas katil. Kesian pula aleyssa melihat rakanya itu. dia tersenyum sambil melangkah perlahan mengambil telekung untuk menunaikan kewajipannya. Selesai solat aleyssa mencari kelibat amira.

‘’ tak de... mane pulak budak nih?’’ Tanya aleyssa sambil melipat sejadah dan meletakkan dia atas katilnya. Aleyssa menyikat rambut mengadap cermin. Dia terseyum apabila mendengar deruan air dari bilik mandi. Tentu amira, dikepalanya terancang sesuatu untuk mengenakan sahabatnya itu. dia tersenyum penuh makna. Mendengar pintu bilik air di buka aleyssa cepat-cepat melompat ke atas katil dan berlakon seolah dia tertidur kepenatan.


Melihatkan aleyssa yang tertidur amira mengeluh. dia risau plannya untuk keluar berjalan-jalan keliling kampung petang ini tidak kesampaian. Apatah lagi dia sudah berjanji dengan jejaka kacak itu. dia mula resah. Kejap berdiri, kejap lagi duduk, kejap lagi mengeluh kasar memerhatikan aleyssa. hendak mengejutkan sahabatnya itu dia kesian.sangkanya aleyssa mungkin kepenatan. Tak sanggup pula hendak mengejutkannya. Akhirnya dia duduk sambil membaca majalah yang ada disitu. Hendak sambung tidur dia sudah tidak mengantuk. Di fikirannya hanya ada Susana kampung dan lelaki bernama alif Haikal itu. mengingatkan alif haikal amira tersenyum manja.

‘’ woiiitttt..’’

‘’ oh mak kau’’ latah amira tiba-tiba terkejut disergah aleyssa.

‘’ ha tu la.. berangan lagi.kali ni kau dah sampai mane? Jepun?’’ seloroh aleyssa. tergelak kecil melihat rakanya itu melatah sampai tercampak majalah yang dibaca.

‘’ tak kemana.. hajat nak ronda-ronda tengok suasana kampung. Tapi kawan aku yang janji nak bawa aku tu tido pulak. X sanggup aku nak kejutkan. Nak buat macam mana.. berangan je la yang aku mampu..’’ sayu sekali nada amira.

‘’ yela-yela.. aku saja je nak tengok kau tadi. aku tak tido la.. saje nak kenekan kau. Sekali sekala.’’ Balas aleyssa sambil bangun mencapai tudungnya. Dia tergelak kecil melihat reaksi rakanya.

‘’ oooo jadi kau sajalah nak kenakan aku? Terukla kau ni..’’ rungut amira buat-buat merajuk.

‘’ eh.. eh..eh.. nak merajuk lak.. nak pergi tak ni? Aku dah siap ni, kalau x nak aku nak sambung tido.’’ Gertak aleyssa memegang hujung tudung nya seolah ingin menanggalka dari kepalanya.

‘’ ermmmm nak nak nak nak.’’ Pantas amira menjawab sambil bangun untuk bersiap sedia untuk aktiviti yang sangat dinantikannya.

*********************************************

‘’ leyssa kita nak ronda kampung naik apa? Tak kan nak jalan kaki?’’ Tanya amira. Mula cuak apabila menyedari tiada kenderaan pun di rumah leyssa. Kebiasaanya rumah-rumah kampung begini paling kurang pun mesti la ada basikal tua. Mesti seronok dapat naik basikal lama. Tak sanggup dia berjalan kaki mengelilingi kampung ini.

Aleyssa hanya terseyum mendengar pertayaan Amira. Dia menarik tangan amira ke suatu tempat.

‘’ tempat apa ni leyssa, macam bengkel je? Kau ni ceroboh tempat orang sesuka hati je. ‘’ bebel amira.dia melihat-lihat tempat itu. terdapat pelbagai besi-besi tersusun kemas. Peralatan-peralatan membaiki. Memang macam bengkel. Tapi macam stor pun ada. Berhabuk.. macam dah lama di tinggalkan.


‘’ kita naik ni..’’ kata aleyssa sambil menunjukkan dua buah basikal kepada amira. Melihatkan basikal yang bersih dan seolah terjaga rapi. Tak macam barang-barang lain yang ada disini. Dia menghampiri aleyssa yang membelek-belek basikal itu. nampak teruja sekali.

‘’ kau tahu naik basikal kan?’’ Tanya aleyssa apabila melihat amira yang Cuma melihat-lihat saja dari tadi.

‘’ tau.. tapi basikal sape ni? Suka hati kau je nak curi guna barang orang. Nanti kalau tuannya datang macam mane?’’ Tanya amira cuak

‘’ tuan basikal yang kamu pegang tu ade depan kamu.’’ Sapa satu suara. Kedua-dua gadis itu serentak memandang ke arah suara yang menyapa mereka saat itu.

‘’ Pak Karim. ‘’

‘’ pak karim apa khabar?’’ Tanya aleyssa sambil berjalan mendapatkan pak karim dan menyalami lelaki tua yang dianggap macam ayahnya sendiri. Kerana jasa baik pak karim la dia Berjaya menjejakkan kaki ke university dan belajar dengan baik di sana. Dan insyaallah tak lama lagi dia akan Berjaya mendapatkan segulung ijazah yang diidamkan. Amira memerhati tingkah laku aleyssa kepada lelaki yang dipanggil pak karim itu.

‘’ masih elok lagi Pak Karim basikal ni? Tak sangka.’’ Ucap aleyssa sambil kembali memerhatikan kedua basikal yang terletak elok di hujung bengkel itu.

‘’ pak cik jaganya mengikut pesanan tuannya.’’ Jawab Pak Karim sambil tersenyum kepada dua gadis di situ.

Aleyssa menarik nafas dalam. Tidak mahu bertanya lanjut aleyssa menapak mendapatkan basikal hitam silver yang ada dan menolaknya keluar dari bengkel.

‘’ pak cik.. leyssa pinjam kejap ye?’’ pinta aleyssa sambil mengeyitkan mata kearah pak karim yang hanya mengangguk perlahan sambil terseyum.

‘’ mira.. kau guna basikal tu.’’ Ucap aleyssa lagi sambil memuncungkan mulutnya merujuk kepada basikalnya dulu.

Mereka berdua bersama-sama menunggang basikal mengelilingi kawasan kampung itu. semua tempat sudah di lawati dan di tunjukkan kepada amira. Sekolah lamanya, kedai-kedai yang ada disitu semuanya di singgahi untuk bertaya khabar orang kampung yang banyak membantunya dahulu.

‘’ aku nak bawa kau ke tempat yang selalu aku lepak dulu. Kat situ la aku selalu jumpe dan berbual dengan ‘dia’. ‘’ ajak leyssa.

‘’ betul ni? Mesti la. Kalau dapat jumpe orangnya lagi la bagus..’’ balas amira teruja apabila aleyssa mula merungkai pelbagai persoalan yang berlaku dalam hidupnya.




Dua gadis itu seronok berbasikal sambil berbual rancak. Bergelak ketawa. Tapi ketawa aleyssa mati secara tiba-tiba apabila matanya menatap sesorang yang sedang menggunakan gelanggang bola keranjang itu.dan secara tiba-tiba dadanya berdegup kencang. Nafas nya tak keruan. Amira yang pelik melihat keadaan leyssa. Matanya turut mengikut pandangan mata aleyssa yang asyik memerhatikan seorang lelaki yang sedang asyik menyumbat bola jingga itu kedalam golnya. Cekap sekali permainanya. Asyik sekali kedua gadis itu memerhatikan perbuatan jejaka itu.






2 comments:

fzm2 said...

aaaaaaaaaaaa..
sspen bt0l laa!
cpt2 smb0nk..
nth2 bkn leee..
s0b3

zarith natasha said...

is he lee??
i hope yeah he's lee...
wahh.. lee dh blek...
tape la..
nnt bla da da msa smbong tau...
lieza bg email. nnt zarith send prosedur disable copy n paste...