PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Saturday, September 12, 2009

BAB 16 - KeMBaLi TeRjAliN

‘’ mira.. cuti ni kau nak ikut aku balik kampung tak?’’ ajak leyssa tiba-tiba sewaktu mereka sedang asyik menikmati ayam KFC kegemaran mereka.


‘’ uhukkk..’’ tersedak amira mendengar ajakan temannya itu. dia yang teraba-raba mencapai pepsi float itu di bantu aleyssa menhulurkan air lantas dia menyedut perlahan masuk ke rongga tekak nya.. lega....


‘’ aiii.. pelik sangat ke pelawaan aku ni? ‘’ sindir leyssa apabila melihat temannya itu masih lagi membuat muka tak percaya dengan ajakannya itu. dia tahu selama ini dia memang tidak pernah menceritakan latar belakang dirinya.


‘’ serius... aku terkejut... selama ni kau tak pernah langsung cerita pasal family kau..’’ balas amira sambil meletakkan kepak ayam yang sudah separuh di bahamnya. Dia terus-terusan memandang wajah bersih di hadapannya itu tanda meminta penjelasan lanjut. Sambil mengangkat kening sebagai isyarat kepada aleyssa supaya menjelaskannya.


‘’ tak kan sampai macam tu sekali?’’ balas aleyssa lagi. Dia terseyum sambil mengambil seketul lagi ayam goring yang masih berbaki dalam pinggannya. Dia terus menikmati makan tengah harinya dengan senyap. Walaupun sedang diperhatikan oleh rakannya itu dia masih lagi meneruskan menikmati ayam goreng tadi. buat-buat tak reti je dengan pandanngan Amira.


‘’ leyssa!!! Aku tunggu ni.. ‘’ jegil amira apabila melihat leyssa seronok membaham ayam goreng tanpa mempedulikannya. Amira bukan jenis yang suke menjaga tepi kain orang lain. Dia juga tidak pernah memaksa aleyssa untuk menceritakan latar belakangnya. Padanya ia merupakan privasi buat aleyssa sendiri. Dan kalau dia hendak bercerita pun dia masih sudi untuk mendengarnya. Memaksa aleyssa tidak sekali-kali dilakukannya. Melihatkan aleyssa yang amsih lagi meneruskan aktivitinya.. amira pun join sekali. Hanya bunyi kuyahan sekali sekala diselangi sedutan air yang menyelubungi mereka. Selesai menikmati makanan aleyssa bangun.

‘’ jom.. ikut aku pergi beli tiket?’’ kata aleyssa sambil menyarung beg sandangnya.


‘’ tiket ke mana?’’ Tanya amira yang masih lagi menyedut sisa-sisa air yang masih lagi berbaki. Melihatkan aleyssa yang sudah bangun dia dengan kalutnya mencapai beg nya dan turut bangun mengekori langkah aleyssa.


‘’ woiitt.. kau nak beli tiket ke mana?’’ Tanya amira lagi setelah pertayaannya masih lagi tidak berjawab. Dia menyaingi lankah aleyssa serentak menahan gadis itu supaya behenti melangkah.


‘’ nanti.. cuba kau bagi tau aku? Kau ni kan? Bikin aku geram je.. aku taya kau tak jawab. Kalau aku tak Tanya lagi la kau tak bercerita. Sakit hati aku dengan perangai kau ni tau tak?’’ bentak amira. Geram dengan sikap acuh tak acuh aleyssa itu.


‘’ balik kampung la.. kau nak ikut tak? ‘’ jawab aleyssa bersahaja. Sambil memeluk bahu rakannya dan menariknya berjalan seiringan.


‘’ bukan aku tak nak bagi tahu.. tapi selama ni kau tak pernah pun Tanya aku. Lagi pun tak de yang menarik pun dengan latar belakang aku. So.. aku rasa tak penting sangat pun nak cerita kat kau.. lain la dengan family kau.. keluarga berada.. dikalangan susur galur darah raja.’’ Balas aleyssa bersahaja bagi memujuk sahabatnya itu yang mula menampakkan tanda-tanda merajuk sudah muncul. Benar.. amira, atau nama penuhnya Tengku Amira Aishah binti Tengku Ahmad datang dari golongan kaya. Namun begitu sikapnya yang rendah diri sangat disenangi warga kampus dandirinya sendiri. Dia tak sangka ada juga dikalangan golongan ini yang ramah dan baik hati. teringat kisah aleyssa kisah lama apabila dikaitkan dengan kerabat tengku ini. Namun segera dijauhkan ingatannya itu.


‘’ dah la.. jom.. jadi tak kau ikut aku ni? Kalau kau nak tiket aku belanja nak?’’ Tanya aleyssa riang sambil mencubit pipi rakannya itu.


‘’ betul ni kau ajak aku?’’ Tanya amira teruja. Dia begitu teringin sekali merasai Susana kampung. X sangka hajat nya itu akan tercapai.


‘’ betull.. itupun kalau kau sudi la..dan mama kau benarkan.’’ balas aleyssa sambil terseyum.


‘’ alah.. itu kacang aje.. nanti aku bagitau la aku ikut kau.. mesti mama x kisah punya..’’ jawab amira sambil memeluk kembali bahu rakanya sambil berjalan beriringan menuju ke destinasi mereka. Dia cukup teruja sekali. Tidak sabar rasanya.


****************************************************

‘’ leyssa, cantiknya kampung kau.. Kenapa selama ni kau tak pernah citer kat aku? Ruginya kalau x mesti tiap-tiap tahun aku ajak kau balik kampung selama aku kenal kau ni..’’ kata amira sambil melihat-lihat kawasan sekeliling macam x pernah masuk kampung.. ( memang tak pernah pun.. jakun skit.. hihihi)


‘’ dah kau tak pernah Tanya.’’ Balas leyssa bersahaja sambil berusaha menarik beg rodanya bergerak di atas tanah. Kalau tadi dari bus stop permukaan jalan dipenuhi dengan tar. Jadi mudah la dia menarik beg nya itu. sekarang perjalanan memasuki kawasan rumahnya diliputi tanah apalagi baru lepas hujan. Jalan becak. Nak tak nak dia terpaksa mengangkat beg nya untuk tidak mengotorkan lagi begnya itu. amira yang merasa lucu melihat telatah temannya itu bergerak kebelakang bagi menghulurkan bantuan.


‘’ thanks” ucap aleyss kepada amira yang sama-sama mengangkat begnya itu. amira yang hanya membawa beg galas belakang hanya terseyum memandang aleyssa. sambil mengeyitkan sebelah matanya.


‘’ no hal la.. janji petang nanti kau bawa aku round satu kampung ni. Boleh?’’ balas amiran mengenakan syarat sambil tersenyum penuh makna.


‘’ yela-yela..’’ balas aleyssa geram dikenakan oleh sahabatnya itu.


‘’ assalamualaikum’’ sapa satu suara. Dari tadi dia memerhatikan gelagat dua gadis itu yang berada di tengah jalan sambil berborak tanpa menghiraukan keselamatan mereka.


‘’ waalaikumussalam..’’ jawab dua gadis itu serentak. Kedua mereka kelihatan agak terkejut melihat jejaka yang menyapa mereka. Aleyssa kenal sekali suara itu. haikal.. kenapa dia ada kat sini? Aleyssa agak terkejut dengan kemunculan jejaka itu di kawasan rumahnya. Macam dia tahu-tahu aje yang dia nak balik. Manakala amira masih lagi tegak memandang wajah kacak didepannya, wah.... hensem nya dia ni.. anak sapa ni? Hmmmm.. rungut mira dalam hati. Siapa yang tidak tertarik dengan jejaka kacukan cina ini. Rupa yang kacak , berpewatakan menarik dan juga sangat disukai oleh semua orang kampung kerana kebijakan serta sifatnya yang baik. Pendek kata dia merupakan prince charming la...


‘’ mira.. helooooo...’’ tegur aleyssa sambil melambai-lambaikan tangannya ke muka sahabatnya apabila panggilannya x bersahut. Berangan pulak budak ni, pantang nampak lelaki kacak la dia ni. Bebel leyssa dalam hatinya. Sementara alif haikal hanya terseyum memandang gelagat dua gadis itu. lebih membuatkan dia terseyum adalah tekaan nya mengenai dua gadis itu tepat sekali. Dari tadi dia memerhatikan gadis itu. dari jauh dia sudah mengagak siapa gerangan gadis bertudung coklat itu. namun dia ragu-ragu untuk menegur. 3 tahun tanpa berita membuatkan dia begitu. Dan melihatkan mereka masuk kewasan rumah aleyssa itu membuatkan dia pasti bahawa gadis itu lah aleyssa. maka dia dengan berani menyapa mereka.


‘’ hellloooooo...’’ kini aleyssa bingung alif haikal pula mengelamun. Kene sampuk agaknya budak berdua ni. Aleyssa masih lagi melambai-lambaikan tangannya kepada ke dua-dua manusia di depannya itu.


‘’ ishhh, tak boleh jadi nih.’’ Aleyssa berkata sendirian. Dia berfikir sejenak dan tiba-tiba dia mendapat idea. Sambil tersenyum nakal dia memulakan rencananya.aleyssa bergerak menghampiri kedua rakannya itu. dia berdiri di tengah-tengah alif dan amira. Menarik nafas dalam-dalam, dan...


‘’ assalamualaikummmmmm!!!!’’ jerit aleyssa kuat ke telingan mereka berdua.dengan bergemanya jeritan aleyss itu kedua-kedua mereka tadi agak terperanjat dan kembali sedar di mana keberadaan mereka sekarang. Serentak itu mereka menjawab salam dari aleyssa.
‘’ dah sedar? Bukan main lagi korang ye? Mengelamun? Dah sampai mana?’’ Tanya aleyssa bertubi-tubi apabila melihat kedua – dua mereka dah blushing. Apatah lagi amira sudah mula menunjukkan malu-malu kucingnya itu.


‘’ mana ade!’’ jawab mira sambil bergerak merapati aleyssa. sungguh dia tidak sedar bila masa dia menghampiri jejaka itu. malu sungguh dia saat itu. melihatkan jejak yang hanya terseyum dengan kata-kata leyssa dia mula berdehem-dehem sambil menyiku aleyssa yang masih lagi mood bebelnya itu.


‘’ kau tak nak kenalkan kat aku ke mamat hensem ni?’’ bisik mira.walhal dapat didengari oleh alif haikal.


‘’ saya Alif Haikal teman sekampung aleyssa’’ pintas alif sebelum aleyssa sempat berkata apa-apa. Dia masih lagi menghadiahkan senyuman manis buat kedua gadis itu.


‘’ Saya Amira, kawan aleyssa dari KL. ‘’ balas amira malu-malu.


‘’ dan saya aleyssa, baru je sampai kat kampung ni dan dah tak sabar nak masuk rumah ni. Penat jalan pun tak hilang lagi ni..’’ ucapa aleyssa mengajuk percakapan amira yang manja itu. saja niatnya untuk mengenakan amira. Biar tambah blushing lagi.


‘’ kalau macam tu... silakan. Maaf ye kalau saya mengganggu?’’ jawab alif agak terasa hati dengan kata-kata aleyssa.


‘’ ehh.. tak la.. ermmm petang nanti saya nak ajak aleyssa ronda kampung apa kata awak join sekali. Lagi ramai lagi meriah?’’ saran amira tiba-tiba. Aleyssa yang agak terkejut dengan ajakan amira itu sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Harap-harap si haikal tu ada la keje lain yang nak di buatnya.


Namun harapannya musnah apabila melihat alif haikal tersenyum dan menundukkan kepalanya tanda setuju dengan ajakan amira. Dengan berat hati dia menarik begnya. Lantak la, basah ke, kotor ke. Dia sakit hati dengan ajakan mira itu. cadangnya dia hanya mahu berdua saja dengan amira. Malas hendak bersoal jawab dengan jejaka itu nanti.


‘’ saya masuk dulu ye?’’ pinta aleyssa sopan. Dia masih lagi menjaga hati jejaka itu. takut dikatanya tidak beradap pula. Amira hanya membontoti langkah aleyssa sambil tersenyum-senyum melambai ke arah Alif haikal.


1 comment:

fzm2 said...

aiy0o0o0o...
mana lee nih???
kluar ar cepat2...