PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, September 11, 2009

BAB 15 - aKu Dia DaN MiSteRi..

‘’ pak cik.. leyssa keluar kejap ye? Sebelum petang leyssa balik ye?’’ kata leyssa ceria sekali petang itu.

‘’ kamu nak ke mana leyssa?’’ Tanya Pak Karim. Dia senang hati melihat senyuman dan kelincahan aleyssa.

‘’ macam biasa jalan-jalan je.. kejap ye pak cik?’’

‘’ ha ye la... elok-elok jalan tu.. jangan lewat balik...’’ pesan pak karim apabila leyssa melangkah keluar dari kawasan rumahnya. Sambil mendengar gadis itu menyanyi kecil sambil berjalan riang. Pak karim meneruskan siraman pokok bunga di lamannya. Dia terseyum memikirkan gelagat gadis yang di bawah jagaanya itu. mudah benar tersenyum. Jarang sekali melihat dia marah mahupun bersedih. Kagum benar dia terhadap gadis kecil molek itu.

Aleyssa seperti biasa berehat-rehat di bawah tempat kegemaranya. Di s itu lah dia memikirkan apa yang patut di lakukan untuk masa depannya. Dia bingung. Antara mengejar cita-cita dan menolak untuk menyusahkan sesiapa saja. Dia ingin bergantung kepada dirinya sendiri. Dia tidak mahu menyusahkan Pak Karim mahupun keluarga alif haikal. Namun di hati kecilnya itu dia ingin sekali menjejakkan kaki ke menara gading. Itu la impian arwah mak cunya.

‘’ hmmmmm.... macam mana ni.. apa yang aku nak buat seterusnya. Kesian pak karim.. tapi aku nak masuk u... huuuuuuuuu...’’ keluh aleyssa sendirian. Dia menguis-guis tanah yang melekat di sandalnya. Tak cukup dengan itu pasir yang lekat di tanah itu juga yang dikuisnya. Entah apa lagi yang berlegar difikirannya saat itu. tiba-tiba aleyssa berdiri tegak seolah-olah terkena renjatan elektrik. Dia tersenyum dan mendapat idea.

‘’ aku tau ape nak buat.. harap-harap aku Berjaya hadapinya nanti.’’ Ngomel aleyssa sambil terseyum. Dia mengubah posisi duduknya ke belakang menyandar pada batang pokok. Sambil melunjurkan kaki...

‘’hmmmmmm...’’ dia mengeluh lagi..

‘’ lee.. mana awak?’’ tiba-tiba saja nama itu yang terpacul keluar dari bibir itu. dan tiba-tiba saja dia merasa sebak di dada.Aleyssa menghentak hentakkan badannya ke batang pohon itu. dia bosan... dia risau.. dia hairan.. dan dia juga rindu... rindu sekali pada jejaka itu.

‘’ bukkkkk..’’

Tiba-tiba satu bungkusan kecil terjatuh dari atas pokok itu. aleyssa terkejut sangkanya ade serangga mahupun haiwan liar yang terganggu akibat perbuatannya tadi. terloncat aleyssa dengan kejatuhan ‘benda itu’. Dia kemudian menapak mendekati benda itu.

‘’ eiiiii???? Ape ni?’’ Tanya aleyssa sendiri sambil menolak-nolak bungkusan kecil dengan ranting kayu yang dikutip dari mana entah. Setelah di amati tiada bahayanya benda itu. aleyssa mula memberanikan diri untuk memegang dan membelek secara dekat. Dia mula membuka bungkusan plastik tersebut. Dia mula merasa teruja dengan benda itu. selepas plastic itu di buka. Dia mendapati bungkusan plastic itu membalut satu kotak kecil berwarna unggu. Cantik... aleyssa terseyum.. dia semakin teruja. Tiada lagi sangsi dan takut akan benda itu. kalau tadi berbagai- bagai andaian yang wujud dalam kepalanya. Ular la.. tebuan la.. bom la.. ape la...

‘’oooooo’’ saat dia membuka kotak kecil itu mulutnya membentuk o apabila dia melihat terdapat beberapa biji coklat dan... sebungkus tisu... dia membelek-belek lagi kotak kecil itu. puas di belek dia masih lagi mencari sesuatu. Tidak puas hati dengan pencariannya. Aleyssa mencurahkan semua isi kandungan kotak itu ke atas tanah. Setela semua isinya di keluarkan dia akhirnya ketemu juga apa yang di carinya. Sekeping nota yang terlekat di dasar kotak itu. dia terseyum dengan penemuanya. Dengan pantas dia membuka nota tersebut. Tertera tulisan agak halus.. namun masih lagi boleh di baca.

Untuk aleyssa..
Jangan menangis..
senyum selalu..

Pendek saja nota untuknya. Dia tahu siapa punya kerja. Serentak itu dia bangun dan mencari-cari kelibat orang itu di kawasan sekitar. Namun hampa.. orang yang dicari langsung tidak menampakkan muka. Aleyssa hampa. Dia teringin sekali untuk bercakap dan menatap wajah itu.

Dia kembali mendapatkan coklat dan kotak yang ditinggal kan di bawah pohon itu. nota yang kemas berada dalam genggamannya itu di lipat dan dimasukkan kembali kedalam kotak kecil bersama isinya tadi. dia berjalan lemah menuju ke rumahnya.

******************************************************
3 tahun berlalu..

“ leyssa kau tak de kelas ke pagi ni?’’ Gadis berkulit putih itu melompat ke atas katil aleyssa sambil menarik novel yang sedang di baca oleh aleyssa..

‘’ oitttt.. jangan la kacau..’’ balas aleyssa geram dengan tindakan rakanya yang menggangu konsentrasi bacaannya. Novel je pun.. bukannya buku pelajaran...

Amira tersenyum lucu melihat muka rakanya yang mencuka. Dia cukup suka mengusik rakan sebiliknya yang satu ini. Padanya aleyssa sangat kelakar orangnya. Suka mengelamun.. memang mudah dibuli.. dan x pernah marah walau di usik sekalipun. Namun dia tahu gadis itu baik hati orangnya, 3 tahun bersama aleyssa membuatkan amira kenal hati budi gadis itu walaupun latarbelakangnya masih samar.

‘’ oiitt.. dah sampai London?’’ sapa aleyssa melihat temannya itu tidak berkelip mata memandang wajahnya sambil terseyum sumbang..

‘’ auwww.. sakit lah.. kau cubit aku??’’ jerit amira sambil mengusap-ngusap bahu yang di cubit aleyssa sambil menhadiahkan satu jelingan maut buat sahabatnya itu.

‘’ tu lah berangan lagi.. muka aku ni ada nampak macam boy ke? Aku tahu la malam ni kau ade date dengan dia.. tapi sabar la.. x kan tengok muka aku pun nampak muka dia..’’ sindir aleyssa sambil ketawa geli hati Berjaya mengenakan rakanynya itu..

‘’ mane ade.. kau ni leyssa.. saje je nak kenekan aku kan? X nak la aku boy tu.. kaki pempuan. Dah la x hensem? Harap kan kaya duit mak bapak je..’’ balas amira muncung mulutnya tanda merajuk dengan usikan aleyssa itu.

‘’ olololololo.. jangan marah.. aku gurau je.. aku tahu kau suka kat sape.. hihhi’’ gelak aleyssa masih lagi menyakat rakannya itu. kini amira bingkas bangun. Niatnya tadi yang ingin mengusik gadis itu terbantut, malahan dia pulak yang dikenakan balik oleh aleyssa. begitu la aleyssa time dia di usik dia hanya diam dan terseyum.. tapi bila dia mula mengusik.. bersiap sedia la mangsa itu.

‘’ nahh.. bungkusan untuk kau.’’ Huluran amira di sambut dengan riang sekali senyum sampai ke telinga.

‘’ thanks..’’

‘’ masih orang yang sama?’’ Tanya amira sambil mula mengambil duduk di sebelah aleyssa yang khusyuk memerhatikan bungkusan kecil itu sambil terseyum..

‘’ mesti la..’’ jawab aleyssa terus membuka kotak itu.

‘’ dah tiga tahun leyssa... aku x pernah nampak orangnya. Kau kenal? Kenapa misteri sangat dia ni?’’ Tanya amira lagi. Sungguh dia pelik sepanjang tiga tahun dia bersama aleyssa di kampus ini. Setiap bulan aleyssa akan menerima bungkusan berupa kotak kecil yang berisi coklat pelbagai jenis. Dan apabila menerima bungkusan itu aleyssa akan berlipat kali ganda tahap kegembiraanya. Dia akan sentiasa terseyum.. riang dan gembira. Tidak pernah sekali pun dia melihat aleyssa menangis sepanjang perkenalannya itu. gadis itu cukup periang dalam menjalani kehidupan sehariannya.

‘’ leyssa aku Tanya ni.. kau x nak jumpe pengirim ni ke?’’ Tanya amira lagi apabila dia sedar yang aleyssa masih lagi membelek-belek kotak berwarna hijau lumut itu.

‘’ x pernah selepas hari tu. Dan aku rasa dia selalu ada dalam hati aku ni..’’ balas aleyssa puitis sambil memeluk kotak itu kedadanya dan tergelak kecil melihat amira yang hamper termuntah dengan kata-katanya sebentar tadi.

‘’ kau ni banyak sangat terpengaruh dengan novel-novel cinta kau tu.’’ Marah amira sambil menggosok-gosok luar tekaknya yang masih merasa geli dengan telatah aleyssa tadi. dia tahu aleyssa hanya berseloroh. Dia juga sebenarnya mahu mengusik saja rakanya itu.

Tiga tahun aleyssa meninggalkan kampung halaman nya untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang pengurusan perhotelan. Itu adalah cita-cita mak cunya. Dia pelik.. mak cunya berharap sangat dia untuk mencebur diri dalam bidang perhotelan. Dan bukannya doctor, bukanya arkitek seperti yang diharapkan oleh ibu bapa rakanya yang lain. Haikal kini menuntut di luar negara untuk mengejar cita-cita sebagai arkitek. Khabarnya dia memilih jepun sebagai tempat melanjutkan pelajaranya. Hisham di kahabarkan sedang menjalani praktikal di UPSI untuk menjadi seorang guru untuk sains sukan. Farah pula sedang melanjutkan pelajaranya di UIA dalam bidang perubatan. Dan yang terbaru dia mendapat berita dari farah melalui e-mail baru-baru ini bahawa Dian telah Berjaya menjadi model catwalk yang memperagakan busana-busana dari pereka-pereka terkenal Malaysia.. hanya itu yang dia tahu mengenai rakan rapatnya waktu sekolah dulu. Hanya seorang saja insan yang dia tidak tahu khabar beritanya, puas dia mencari maklumat mengenai jejaka sorang ni. Dia menghilang begitu saja selepas pertemuan pelik di bawah pohon itu. bukannya aleyssa tidak bertaya kepada pak karim.. namun hanya gelengan atau pun jawapan ‘ tak tahu’ saja yang keluar dari orang tua itu. namun di sebalik pemergianya dia masih lagi meninggalkan jejak kenangannya.

‘’ woiittt.. dah jumpe dia ke?’’ sergah amira betul-betul depan muka aleyssa dia tahu aleyssa sedang teringatkan manusia misteri tu. rapat sekali wajahnya dengan wajah aleyssa yang sedang mengelamun itu. tersentak dengan perlakuan amira itu aleyssa terdorong ke belakang. Nasib baik la mereka berdua berda di tengah katil. Kalau tak mau ye tergolek ke bawah nanti.. aleyssa tergelak dengan pertayaan amira.

‘’ dah la aku nak mandi la.. nak keluar beli barang.. kau nak ikut?’’ balas aleyssa sambil bangun mencapai tualanya.

‘’ itu la yang aku Tanya dari mula tadi. kau x de kelaskan? Kau tu aku Tanya dari tadi lagi. Kau tak jawab2 tu la.. berangan je.. baca novel je keje kau. X de kerja lain.. aku memang nak ajak kau keluar pun.. ‘’ dah.. amira dah memulakan ceramah dia dah. Becok sekali berkata-kata.

‘’ dah dah dah.....aku mandi dulu.. dengar kau membebel sampai pagi la x habis.. macam mane la boy boleh tahan dengan kau nanti?’’ sakat aleyssa sebelum dia pantas berlari menuju ke bilik air takut2 kalau dia dikerjakan oleh amira.

Amira yang sakit hati dengan usikan leyssa itu bergegas bangun untuk mendapatkan aleyssa namun tak sempat.. aleyssa terlebih dahulu masuk dan mengunci pintu bilik air sambil tergelak besar di dalm bilik air itu.

‘’ aku tunggu kau kat luar leyssa.. kau suka kenekan aku dengan si boy tukan? Eiiiii.. geram ye aku!!..’’ gertak amira sambil menghentakkan kakinya di luar bilik air itu. sementara aleyssa yang berada di dalam tergelak sakan mendegar omelan sahabatnya itu.

5 comments:

fzm2 said...

lee!!!!!mnelaa
dye ek??huhuuh

Hana Norisa said...

lee...where r u?
hehehe

zarith natasha said...

dah 3 taon??
lee x tnjuk muka dia kt leysa..
man lee?
rndu lorh dgn dia...
lieza nk lee dgn leysa erk..
lg 1.. asl x wt disable copy n paste.
slamt skit krya2 kt sni...

Lieza said...

mcm ne tu ek? nak disable mcm ne? huhuhu.. ni pun tercari2 lagi.. ekekeke tlg ajr leh?

Anonymous said...

mane lee???????????rndu ar kt leeeeeeeeeeeeeee