PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Sunday, September 6, 2009

BAB 14 Nothing is Wrong

‘’Abang.. dah seminggu arwah pergi bang.. saya tengok budak Aleyssa tu langsung x menunjukkan sebarang reaksi pun. Saya risau la bang..’’ ucap mak cik lina berbaur kerisauan. Sambil dia menuangkan teh ke dalam cawan yang tersedia untuk suaminya.

‘’ hmmmmmm... abang pun x tau la nak cakap apa lagi.. awak tengok je la perangai dia tu. Kalau kita Tanya dia jawab elok aje.. x de pulak dia mendiamkan diri.. murung ke ape ke?’’ balas En. Halim. Dia juga risau akan keadaan gadis itu. saat itu dia teringat kembali kejadian yang berlaku seminggu lalu..

****************************************************

‘’Aleyssa!! ..’’ jerit mak cik lina apabila melihat aleyssa yang sudah rebah tidak sedarkan diri di lantai dapurnya,

Encik Halim yang berdiri paling hamper dengan aleyssa memangku gadis itu. dia kemudian menepuk-nepuk pipi aleyssa sambil memanggil nama bagi menyedarkannya.

‘’ pengsan pulak budak nih.. alif.. kamu tolong ambilkan air bawak kesini.’’ Suruh encik halim pada anaknya yang sudah memahami kejadian yang berlaku. Paham dengan keadaan itu alif dengan segera mengambil segelas air dan dihulurkan kepada papanya. Sementara tetamu lain membantu mak cik lina untuk menguruskan jenazah Faridah.

Sewaktu jenazah di turunkan diliang lahad. Aleyssa hanya memandang pasrah akan keadaan itu. dia berserah kepada allah. Hanya doa mengiringi jasad wanita kesayangannya itu, aleyssa langsung tidak mengalirkan air mata. Dia sendiri merasa aneh.. dalam hatinya hanya allah saja yang tahu betapa pilunya hati nya saat itu. dan hanya alla saja yang tahu betapa dia terlalu sedih dan ingin menangis untuk melegakan bebanan yang kian menyesakkan dadanya. Namun realitinya dia hanya mampu melihat dan tersenyum sahaja kepada mereka- mereka yang datang menziarahi.

‘’ sabar ye aleyssa.. allah sayangkan arwah. Kamu banyakkan sedekahkan al fatihah buatnya.’’ Kata pak imam setelah semuanya selesai dan orang-orang kampong yang hadir semuanya beransur pulang. Aleyssa hanya mampu mengangguk dan tersenyum dengan pesanan dari pak imam itu. setelah selesai menyiram air mawar aleyssa duduk dan membacakan yasin disisi kubur arwah. Keluarga alif masih lagi setia menemani aleyssa di situ.

‘’ aleyssa.. jom balik? ‘’ ajak mak cik lina setelah melihat aleyssa menyudahkan bacaan surah yassin nya. Sambil memegang lembut bahu gadis itu. dia menarik aleyssa ke dalam pelukannya. Buat sekian kalinya mak cik lina menangis lagi. Mak cik lina sangat sensitive orangnya. Lemah lembut dan sifat keibuannya amat terserlah saat dia memeluk aleyssa. namun aleyssa hanya mampu terseyum sambil mengesat air mata di pipi mamanya alif.

‘’ jangan nangis mak cik. Doakan arwah tenang di sana ye?’’ pinta aleyssa sambil memapah mak cik lina bangun untuk pulang. Dia tenang saja berjalan keluar dari kawasan tanah perkuburan itu. sampai di kereta..

‘’ pak cik, mak cik, haikal balik dulu ye? Leyssa nak jalan-jalan ambil angin kejap.. nanti sebelum petang leyssa balik ye?’’ ucap leyssa mengharapkan persetujuan dari mak cik lina.

‘’ aleyssa nak ke mana? Biar alif hantar?’’ saran encik Halim, sambil melihat anaknya yang mengangguk-angguk tanda setuju.

‘’ eh... x pe la pak cik.. leyssa nak sendirian kejap.. boleh ye?’’ jawab leyssa lagi sambil terus melangkah meninggalkan keluarga itu.. mak cik lina hanya mampu mengeluh dan menghantar gadis itu dengan pandangan sayu.

********************************************

‘’ minum bang..’’ pelawaan dari isterinya itu mengembalikan encik halim ke situasi sebenar saat itu. dia mengeluh Cuma mengenangkan nasib gadis yang bernama aleyssa. sudah puas di pujuk supaya gadis itu setuju untuk tinggal di rumahnya. Namun dia tetap enggan denga alasan dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Apa yang mereka semua tidak tahu ialah aleyssa sebenarnya tidak menunjukkan kesedihan yang dialaminya kepada orang lain. Dia lebih suka menyimpan saja. Kalau dulu segala perasaanya akan di kongsi dengan mak cu nya namun ketiadaan wanita itu membuatkan aleyssa lebih senang menyimpan segala sendiri.pemergian wanita itu disebabkan oleh kegagalan jantung berfungsi yang menyebabkan arwah meninggal secara mengejut. Dan dia saat dia memeriksa barang-barang peniggalan arwah. Pelbagai jenis ubatan yang di jumpai oleh aleyssa. setelah diperiksa, sah arwah memang mempunyai penyakit jangtung. Namun perkara ini tidak diketahui dan disedarinya langsung. Aleyssa cukup terkilan. Kini hanya pohon itu yang menjadi saksi kesedihan aleyssa. di bawah pohon itu lah dia tiba-tiba merasa sayu dan sedih,, serta merasa kehilangan yang teramat sangat sehingga sampai tahap dia merasakan tidak dapat bernafas dengan baik. Di situ jugalah dia menghamburkan tangisan dan segala kesedihan yang terbuku di hatinya. Dan disitu jugalah dia mendapat ketenangan selepas melepaskan segala tangisnya di situ. Maka dia kembali ke rumah dengan semangat yang baru, perasaan baru. Dia telah berjanji untuk tidak menangisi lagi pemergian mak cunya. Dia percaya akan ketentuan ilahi.


Dia berjalan kaki pulang ke rumahnya.

‘’ aleyssa..’’ panggil pak Karim tiba-tiba. Aleyssa tidak jadi untuk terus melangkah masuk kedalam rumahnya.

‘’ye pak karim?’’ Tanya aleyssa sambil menghadiahkan seyuman nipis buat lelaki separuh umur itu.

‘’ jadi ke majlis tahlil malam ni?buat di surau ye???’’ Tanya pak karim.

‘’ ak ah. Agaknya la pak cik..’’ jawab aleyssa tersenyum malu. Sungguh dia memang langsung tidak mengetahui tentang perkara itu, dia hanya menggagak saja. Sebab kebiasaanya bila berlaku kematian segala aktivit akan dijalankan oleh ahli surau dan gotong royong dari penduduk kampong.

‘’ Kamu jangan risau la.. pak cik akan jaga kamu. Pak cik banyak berhutang budi pada mak cik kamu. Kamu jangan risaukan macam mana kamu nak teruskan hidup kamu. Yang penting kamu mesti fikirkan rancangan masa depan kamu nanti. Pak cik nak kamu sambung belajar.’’ Kata pak karim sambil menghulurkan surat bersampul warna coklat itu kepada aleyssa.

‘’ surat apa ni pak cik?’’ berkerut muka aleyssa menilik-nilik surat itu. tertera logo uitm di sampul surat coklat itu. aleyssa terus membuka dan membaca isi kandungan surat itu, dan beberapa saat kemudian dia terseyum gembira.. namun kemudian dia terseyum hambar. Pak karim perasan akan perubahan air muka gadis iitu.

‘’ kenapa aleyssa? kamu x Berjaya?’’ Tanya pak Karim yang menyangkakan aleyssa tidak mendapat jawapan positif dari pihak university. Dia dapat menduga tujuan surat itu di hantar melihat akan sampul surat yang bercop uitm itu.

‘’ tak mengapalah.. kamu cuba la mintak kat tempat lain pula.. bukan rezeki kamu la tu..’’ nasihat pak karim.

‘’ leyssa Berjaya pak cik...’’ jawab leyssa lemah sambil menghulurkan surat tersebut kepada lelaki itu,

‘’ betul??’’ sambut pak karim sambil membaca sekali lagi isi kandungan surat tersebut.

‘’ alhadulillah.. Berjaya jugak kamu ye leyssa?? Tahniah..’’ ucap pak karim dengan gembira sekali. Senyuman tak lekang dari bibir gelap lelaki itu. sambil memasukkan kembali surat itu dia mengembalikannya kepada aleyssa.

‘’ aleyssa x nak pergi pak cik.’’ Dia langsung melepaskan saja surat tawaran itu ke tanah dan berlalu meninggalkan pak karim yang terkejut dengan tindakannya itu.. aleyssa terus masuk ke dalam rumahnya,

Pak karim yang bingung dengan tindakan aleyssa itu hanya menggelengkan kepalanya. Dia menunduk dan mengambil kembali surat tawaran yang jatuh tadi dan menyimpan surat itu di dalam poket baju melayunya

Dia paham benar dengan situasi gadis itu sekarang ini. Dia tidak ingin memberi sebarang tekanan kepada gadis itu dalam keadaan begini. Dia akan cuba memujuk gadis itu,dia percaya dan berdoa semoga rancangannya itu di permudahkan oleh allah. Semuanya untuk kebaikan serta kebajikan gadis yang bernama aleyssa itu.


maaf kalau entri kurang menarik... sakit hati betul dengan template nih.. x jumpe lagi template yg sesuai.. so gune yg nu dulu.. senang skit nak baca.. huhuhuhuh

3 comments:

Princess said...

cntik juga template ni.. dont worry la..

ketnggaln nye x bce citer ni.. lee pegi mne?? huhuhu..sdeh smacm je..

pape pon, sy hrap aleyssa dpt khidupn yg trbaik..

Hana Norisa said...

cntiklah template nie...
sdey mak cu dh xde...
kesian leysaa

zarith natasha said...

wahh.. ruamh baru eh??
cntek..
mna lee?
msti leysa rndu lee kn?
yela kn dia slalu jek crita pape kt lee..
skang dia da tade org yg leh dgr dia pnya crita...
sdeynya epi ni..
smbung cpt2 erk..
lieza.. crita ni mmg best..
thumbs up..
heee