PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Thursday, September 3, 2009

BAB 13 - GaDiS MaLaNg..

Di kawasan kediaman Alif Haikal kelihatan orang ramai sedang bersantai sambil menjamu hidangan yang dihidang secara buffet oleh tuan rumah. Hidangan yang begitu menyelerakan membuatkan para hadirin tak behenti untuk menjamahnya. Mereka cukup mesra melayani para tetamu yang hadir pada malam ini. Namun apa yang masih menjadi tanda Tanya ialah tujuan majlis ini diadakan. Sambil menjamu selera mereka tidak putus menayakan tuan rumah tentang tujuan majlis pada malam ini.

Dan pada waktu mereka sibuk-sibuk bertanya sesama tetamu Encik Halim selaki ketua rumah berdiri di hadapan mereka untuk berkata sesuatu.

‘’ minta perhatian semua?’’ encik Halim memulakan bicaranya. Semua hadirin memberikan perhatian mereka kepada tuan rumah itu.

‘’ tentu anda semua tertanya-tanya tujuan majlis ini diadakan bukan?’’ ucap encik Halim berbaur soalan.

‘’ terlebih dahulu saya dan keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan puan kerana sudi hadir ke majlis ini. Dan tujuan majlis ini diadakan ialah untuk meraikan...’’ dan tiba-tiba suara jeritan dari dalam dapur yang kedengaran jelas memanggil nama encik halim membantutkan ucapan beliau kerana beliau terus berlari menuju kearah jeritan itu.

‘’ kenapa ma? ‘’ Tanya encik Halim kepada isterinya yang sedang cemas memangku seseorang yang tidur..( lebih tepat lagi kaku tidak bernafas) di pangkuan isterinya itu.

‘’ bang.. Faridah..’’


‘’kenapa dengan Faridah?’’

‘’ dia dah tak de bang!’’ jerit puan Aminah kepada suaminya beserta esak tangis sambil memeluk Faridah.

‘’ innalillahiwailaihirajiunn..’’ ucap encik Halim sambil meraup mukanya.

‘’ mana aleyssa?’’ Tanya encik Halim kepada kaum hawa yang berada di situ apabila dia tidak melihat kelibat gadis itu di dapur.

*****************************************************

Aleyssa tenang di sini. Di belakang rumah Encik Halim terdapat sepohon pokok yang ada buaian di bawahnya. Dia agak tenang di situ kerana semua hadirin berkumpul di halaman depan rumah tersebut. Keadaan ramai orang membuatkan dia bosan dan serabut dengan ditambah lagi memikirkan kejadian petang tadi. Dia begitu asyik melihat bintang- bintang yang berkelip.

Namun panggilan dari Encik Halim membawa kembali lamunannya ke dunia reality.

‘’ aleyssa.. datang sini.. ada sesuatu pak cik nak bagi tau kamu..’’ jerit encik Halim.

‘’ kejap pak cik..’’ balas aleyssa sambil mula menyarung seliparnya dan berlari kearah encik Halim yang menunggu di pintu dapur rumahnya. Dan di saat dia mendekati ruangan dapur itu dia dapat mendengar suara tangisan wanita. Dia pelik.. namun dia melangkah juga masuk dan berdiri di hadapan encik Halim sambil tersenyum manis.

‘’ ada ape pak cik?’’ Tanya leyssa sambil melihat-lihat di dalam dapur. Dia melihat ada sekumpulan wanita yang berkumpul di suatu sudut dan ada suara tangisan kedengaran.

‘’ kenapa pak cik? Itu suara mak cik Lina kan? Kenapa mak cik lina menangis?’’

Tanya leyssa yang pasti suara tangisan yang didengari itu adalah suara ibu Alif Haikal.

‘’ pak cik harap kamu bersabar ye dengan apa yang bakal pak cik bagi tahu pada kamu ni? Encik Halim mula berbicara. Namun masih lagi merasa serba salah dan tidak tahu cara untuk menyampaikan berita tersebut kepada gadis malang itu.

Aleyssa masih lagi terseyum menunggu sahaja perkhabaran dari encik Halim.

‘’ mak cik kamu dah tak de leyssa..’’ kata encik Halim.

‘’ mak cik pergi mana?’’ Tanya leyssa. Pelik dengan kenyataan encik Halim.

Mak cik Lina tiba-tiba bangun dan mendekati aleyssa. matanya merah sebak dadanya menahan tangis. Dia kemudian memeluk erat bahu aleyssa sambil menepuk-nepuk belakang gadis itu. Dan tangisan tidak dapat lagi dibendung. Beberapa saat saja selepas memeluk aleyssa mama alif menghamburkan tangisannya disitu. Tak terkata lagi. Aleyssa yang masih lagi bingung dengan suasana itu memandang sekeliling. Semua mata tertumpu kepadanya. Sungguh dia bingung. Apa sebenarnya yang berlaku. Sungguh dia ingin tahu.

‘’mama.. ape dah jadi ni? ‘’ Tanya alif haikal yang baru muncul melihat keadaan didapur yang kedengaran riuh dari luar rumah. Dia Cuma memandang mamanya yang sedang memeluk aleyssa yang seolah-olah sedang blurr...

Saat itu mak cik lina melepaskan pelukannya dan menarik tangan aleyssa dan membawa ke sudut yang di diami oleh kaum hawa yang semuanya berwajah suram. Di saat dia melihat sekujur tubuh kaku yang dilitupi kain batik dia hanya memandang mak cik lina dengan wajah tanda Tanya. Statik aleyssa di sebelah mak cik lina. Mak piah orang gaji kepada encik Halim membuka kain yang menutup sekujur tubuh itu. Dan di saat aleyssa melihat wajah disebalik litupan kain itu. Dia tersentak.. dia terlalu mengenali wajah yang terbujur kaku itu. Dia cukup menyayangi wanita itu. Dia masih lagi merenung saja wajah itu. Tanpa bergerak seinci pun. Dia tahu apa makna semua ini. Dia juga tau maksud pak cik Halim tadi. dia juga sudah mengerti kenapa mak cik Lina berkelakuan begitu. Saat dia ingin melangkah menghampiri jasad itu. Tiba- tiba kegelapan menerjah pandangan nya. Dan dia langsung tidak dapat melihat apalagi menyentuh wajah kesayangannya itu.....


sori kalau entri ni pendek.. huhuhuhu... tengah fikirkan kemana lee pergi nih... hehehehhe... lagipun tengah dok serabut mikirkan kenapa banner kat tepi ni x mau hilang2. x reti dah nak wat lagu mana lagi.... huuuuuuuuuuuuu....



No comments: