PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, August 3, 2009

BAB DUA- Pelik ke???

‘’ duduk kelas..’’ perlahan arahan dari cik jannah. Suasana sunyi tadi pecah dek bunyi berkeriut dari tolakan kerusi 35 pelajar kelas cekal. Masing2 masing masih lagi menuggu tutur bicara seterusnya dari guru yang paling digeruni mereka.

Seperti biasa cik jannah akan berjalan mengelilingi kelas. Satu perkara yang x mungkin tidak dilakukan ketika berada dalam kelas.. memeriksa keadaan kelas.. pantang dia untuk melihat kelas bersepah dan tidak terurus. Ketua kelas akan mendapat habuan. Bagi cik jannah ketua kelas merupakan orang yang di pertanggungjawab untuk menjaga kebersihan maupun keadaan kelas.

Masing2 kecut perut bila cik jannah melalui sebelah mereka. Masing2 jugak akan mencari sebarang sampah yang wujud di persekitaran sebelum di sedari oleh cik jannah. Kelas masih lagi dalam mood silent. Tiba-tiba cik jannah berdehem.dalam hatinya dia agak berpuas hati dengan keadaan kelas pada hari ni.. jika nak di bandingkan dgn minggu lepas.
‘’ kelas.. ada dua tujuan saya masuk ke kelas kamu pada hari ni..’’. Diam, pelajar2 masih lagi menunggu kata2 dari beliau. Mereka tidak berani menyampuk maupun mempersendakan guru nan satu ini..

‘’ Pertama, tahniah kerana kamu Berjaya untuk menjaga kebersihan kelas seperti yang saya harapkan dari minggu lepas. Tahniah Amira ‘’ puji beliau namun masih lagi dalam mood serius. Nur Amira tersenyum bangga kerana telah berjaya memaksa rakan2 lain untuk membersihkan kawasan kelas mereka biar pun dia sendiri selaku ketua kelas turut turun padang untuk sama2 dalam aktiviti membersih. Dialah yang lebih beria2 kalau nak di bandingkan dengan budak2 lain. Pengorbanan nya itu berbaloi apabila mendapat pujian dari cik jannah.

‘’ baiklah kelas.. ade satu pengumuman yang akan saya buat. Di mana kelas ini akan berlaku nya rombakan, 5 org pelajar dari kelas ini akan di tukarkan ke kelas sebelah oleh kerana kelas ini mempunyai bilangan pelajar yg lebih dari kuantiti yang sepatutnya, jadi pihak sekolah telah mengambil keputusan untuk menukarkan pelajar2 ini ke kelas sebelah.. ‘’

Suasana sunyi yang membelenggu kelas cekal tadi telah di cemari soseh2 pelajar yang bercakap sesame sendiri.. mereka masih lagi tidak berani untuk bersuara lantang. Kalau la guru kelas mereka Puan Salwa yang membawa berita tersebut, hingar bingar la kelas jadinya..

‘’ siapa la yang bertuah dapat masuk kelas tu yek?? ‘’ Tanya Amira cemas. Sememangnya dia berharap agar dapat masuk ke kelas itu.. mana tidak... itu merupakan kelas jejaka idaman nya.
Kelas cemerlang merupakan himpunan pelajar yang bijak pandai x kira la dari segi akademik mahupun koko. Walaupun kelas canggih merupakan kelas pertama.. namun kelas cemerlang amat di kagumi kerana pelajar2 kelas ini masih mampu mengekalkan keputusan yang cemerlang standing dengan pelajar kelas pertama sedangkan mereka yang dari kelas cemerlang ini majoritinyan merupakan atlit utama sekolah.

Cik Jannah masih lagi membiarkan mereka bercakap sesama sendiri.. membiarkan mereka berteka- teki.

‘’ sekarang saya akan umumkan nama-nama pelajar yang akan bertukar. Nama yang saya sebutkan sila kemaskan barang2 kamu dan bersedia untuk ikut saya. ‘’
Cik Jannah tenang memberi arahan kepada mereka. Pelbagai reaksi dapat dilihat ada diantara mereka seolah2 sedang berdoa . x tau la samada menginginkan nama mereka dalam senarai atau sebaliknya. Kelakar betul budak2 nih.. gumam cik jannah. Geli hati dengan gelagat mereka.


‘’ Nur Amira Binti Bakri , Che Ling Ling , Mohd Hisham Hashim , Chan Sew Lin, dan last but not least lee… kamu semua boleh berkemas sekarang, saya bagi masa 2 minit sahaja.’’ Arah cik jannah.

Nur amira lega.. impian menjadi kenyataan.. cepat2 dia berkemas kerna dah x sabar lagi hendak bersama2 jejaka idaman nya itu. Heeeee…. Seronok nye? X sabar rase nye..
Yess!
Yess!
Yess! . monolog amira sendirian sambil tangannya lincah memasukkan barang2 ke dalam beg nya.

Ling-ling dan sew lin berpelukan..gembira.. kerana mereka tidak akan berpisah.. sape yang tak kenal kembar siam x seiras.. lain mak lain bapak, tapi mereka sangat rapat.

Hisham pula terseyum bangga. Dia telah siap dan bersedia.

‘’ saya x nak tukar cikgu..’’ tiba2 lee bangun. Semua isi kelas terdiam.
Suatu perkara yang ajaib bagi mereka… mendengar suara pelajar berketurunan cina yang sorang ini.. begitu ajaib lagi bila lee membantah arahan dari cik jannah. Bercakap tanpa reaksi Dan lagi… reaksi hairan bermain di wajah2 pelajar kelas itu.

‘’ kenapa lee? Apa masalah kamu… ini adalah arahan dari pihak atasan sekolah. Hendak x hendak kamu mesti patuh. ‘’ terang cik jannah tepat merenung muka lee.

‘’ saya x nak dengar alasan lagi.. kemas barang2 kamu dan ikut saya sekarang!! ‘’ jelas sekali suara cik jannah meninggi memberi arahan.. serta merta 4 pelajar lain bangun untuk mengikuti beliau. Cik jannah tahu.. lee merupakan pelajar yang pendiam. Jarang sekali bersuara.. di marah dileter sekali pun dia akan hanya tunduk, diam dan membisu.. pelajar baru ini agak misteri dan ganjil berbanding pelajar cina mahupun melayu yang lain.. kalau nak di bandingkan dengan pelajar2 cina yang lain. Mereka sangat aktif, kalau berbual riuh satu kelas.. tp lee… lain sangat.

4 Cemerlang..

‘’ dah siap salin apa yang saya tulis kat depan tu.. Cik Aleyssa Dania??’’ Tanya Puan Balqis dengan nada ejekan.

‘’ atau kamu masih berangan lagi???’’ tambah beliau lagi. Seiring itu beliau berjalan merapati meja Aleyssa melihat pelajar itu terkial2 menulis. X selesa agaknya menulis sambil berdiri.

Senyuman Farah menyakitkan hati Aleyssa. Sedang ingin dia mengatakan sesuatu kepada Farah… kedengaran cik jannah memberi salam dan terus masuk di ekori 4 pelajar lain tentunya amira yang tersengih2 ling-ling , sew lin,dan hisham.

Masing2 memberi perhatian kepada cik jannah serta pelajar2 yang ade di hadapan mereka.

‘’ maaf puan Balqis.. saya nak amik masa skit untuk membuat satu pengumuman. Boleh ye puan? ‘’ Pinta cik jannah lembut sambil terseyum manis.. tidak dinafikan cik jannah sangat manis apabila terseyum. Namun senyuman itu jarang sekali dapat dilihat pelajar. Mungkin kerana status beliau yang merupakan guru disiplin. Dan mungkin juga kerana beliau ingin menanamkan sikap gerun dalam diri pelajarnya.

‘’ Silakan cik jannah ‘’ balas Puan Balqis seraya mengambil tempat duduknya.

‘’ ok kelas.. di sini ada 5 pelajar baru yang masuk dan belajar di kelas kamu. Jadi saya nak kamu sama2 membantu mana yang patut untuk pelajar ini. Saya rasa kamu semua saling mengenali so, x perlulah saya kenalkan lagi. Mereka hanya dari kelas sebelah. Di sebabkan berlaku limpahan pelajar.. pihak sekolah mengambil keputusan untuk memilih 5 pelajar untuk di tempatkan di kelas ini. Mereka ini semua merupakan pelajar yang terpilih.’’ Terang cik jannah.

Suasana kelas menjadi agak bising dengan bisikan2 dari pelajar kelas cemerlang. Masing2 agak terkejut dengan berita yang baru disampaikan sebentar tadi.

‘’ cikgu.. kata 5 tp nape ade 4 org je cikgu? ‘’ Soalan dari Alif Haikal membuatkan cik jannah memandang kearah bekas pelajar 4 cekal.

‘’ mana lee?? ‘’ Tanya cik jannah. Dan serentak dengan itu alif haikal seolah2 terhenti nafas. Mukanya yang ceria sebentar tadi serta merta bertukar merah padam. Mendengar nama saja telah menaikkan bahang ketidak puasan hati terhadap pelajar nan satu ini.. menyesal aku Tanya.. gumam alif.

Namun ade sepasang mata yang sibuk mencari2 kelibat orang yang dinanti.

Dengan perasaan malas lee mengheret beg nya untuk masuk ke kelas. 4 rakan nya yang lain telah pun mengambil tempat duduk masing2. Lee masih lagi tercegat di sebelah cik jannah.. semua mata pelajar2 perempuan asyik memerhatikan lee. Ada yang berbisik2 sesama mereka. Lee dengan reaksi tenang masih lagi tercegat di situ.

‘’ ha.. ape lagi kamu tunggu lee? Di belakang ade satu tempat kosong buat kamu. Bergerak sekarang’’ arah cik jannah seolah2 mengarahkan pasukan berunifom.

Lee berjalan malas melintasi alif haikal yang tajam merenung manusia yang di katakan tiada perasaan itu. Renungan alif langsung tidak dihiraukan lee.. yang tanpa dia sedari dia masih lagi di perhatikan oleh sepasang mata tidak berkelip memandangnya sehinggala dia duduk dan meletakkan barangnya di atas meja,

‘’ Cik ALeyssa Dania!!.. ‘’ sergahan puan balqis sekali lagi menyentakkan dada aleyssa..

‘’ dah siap ape yang kamu salin? Ape lagi yang kamu mimpikan ni? Nak bermimpi tunggula malam nanti.. ha.. mase tu mimpi la ape saja yang kamu nak!.. kamu ni masih lagi x serik.. dah di denda menyalin sambil berdiri.. masih lgi lagi dengan sifat berangan kamu tu ye?? Haiii…. Ape la nak jadi dengan pelajar saya yang sorang ni.. ‘’ bebel puan balqis.

Gelengan dan bebelan puan Balqis tadi telah menyedarkan Aleyssa tentang duduk sebenar diri nya sekarang.. dia lupa bahawa dia sedang menjalani hukuman.. dia lupa bahawa dia sedang berdiri menyalin nota2 di papan putih akibat kerana sikapnya yang tidak menumpukan perhatian dalam kelas.
Di saat itu dia dapat merasakan malu yang teramat bila semua mata tertumpu kepada dia sambil menyembunyikan tawa masing2. Dan lebih memalukan lagi ialah dia juga turut diperhatikan oleh rakan baru kelasnya yang merupakan bekas pelajar kelas cekal. Terutamanya si dia.

Aduhhh.. malunye aku..mane aku nak letak muke aku nih.. bleh x kalau aku sorok je kat bawah meja ni.. malunye….. huhuhuh.. ngomel Aleyssa sendirian .

4 comments:

Anonymous said...

entah..

Princess said...

best sngt..cpt smbng tau..

Lee tu memng x de prasaan tol..

Anonymous said...

lee ade perasaan cume x nak tunjuk je tuh.. heheheh

zarith natasha said...

lee tu sgr awesome..
heee..
best2..
smbung2..