PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Wednesday, August 12, 2009

BAB 9 – Yang tersurat di sebalik yang tersirat.


Bola dilantun-lantun di atas gelangang. Selang beberapa lantunan bola jingga itu akan di lempar memasuki gawang gol dan kembali semula ke tangan dan dilantun lagi beberapa kali sebelum bola itu di jaringkan. Banyak kali perkara yang sama dilakukan sehingga badan boleh basah dek keringat.

‘’ hai… dah lama awak sampai?’’

Suasana di situ masih lagi didominasi oleh bunyi lantunan bola dan sekali sekali bunyi decitan tapak kasut yang bergesel dengan gelanggang.

‘’ lee.. awak x penat ke? Dah sejam awk dok jaring bola tu.’’ Sapa aleyssa bernada agak geram kerana lee lansung tidak mengendahkan kehadiranya di situ.
Lee masih lagi dengan permainannya. Berlari anak sambil menjaringkan bola. Cekap tangannya melantun bola. Jarang sekali bolanya itu melewati jaring. Semuanya dapat dijaringkan dengan bergaya sekali. Sejak lee memberikan kejutan kepadanya temph hari hubungan mereka seakan mendapat nafas baru. Terdapat sedikit perubahan sikap lee terhadap aleyssa. Mereka selalu berada di tempat yang sama pada waktu petang. Walaupun pada dasar nya mereka selalu bertemu muka, namun x pernah berbual. Perjumpaan mereka hanya kerana tempat lepak mereka begitu hampir sekali. Leyssa di bawah pokok itu.. manakala lee di gelanggang basket yg berada di sebelah saja tempat aleyssa. Hanya aleyssa sekali sekala menegur dan cuba berbual dengan lee. Dan lee seperti biasa meneruskan aktivitnya menjaring bola.

‘’ bukkk!!’’ serentak itu..

‘’ aauuuwwww… What the…..’’ kata-kata terhenti di situ apabila lee melihat aleyssa yang menekan-nekan perutnya.. manakala sebelah tangannya lagi menutup mulut menahan tawa. Bola yang dipegang terlepas dari tangan. Lee hampir tersungkur dek penangan dari aleyssa.

Dia menggosok-gosok badan nya yang dilempar botol berisi separuh mineral water. Dalam pada itu dia amat terkejut dengan perbuatan aleyssa yang membalingnya dengan air mineral. ( sakit wooooo..) silap dia juga langsung tidak mengendahkan gadis kecil itu. Segala sapaan dan pertayaannya jarang berjawab. Siapa yang tak sakit hati kalau macam tu?.

Aleyssa gelak sakan di bawah pohon rendang itu. Masih lagi menekan-nekan perutnya kerana ketawa yang melampau. Tiba-tiba ketawa aleyssa terhenti apabila melihat lee meneguk air mineral yang yang di balingnya tadi.. sampai habis.

‘’ lee.. awak minum minuman saya… ‘’ kata aleyssa dengan nada perlahan, namun masih dapat di dengari jelas oleh pendengaran lee.

‘’ dah awak bagi saya?’’ jawab lee sambil merebahkan badannya di bawah pohon redup itu. Mukanya di tutup dengan lengannya.


‘’ sakit x kene tadi?’’ Tanya aleyssa selepas agak lama mendiamkan diri. Lee masih lagi diam.. seolah-olah tertidur.

‘’ sori ye? Saya geram la dah berbuih mulut saya bercakap dengan awak. Tanya itu ini awak langsung x jawab. Ambil perhatian pun tidak. Dah sejam awak dok jaring bola tu.awak kan dah hebat dalam permainan ni? Tp masih lagi nak wat macam tu. Tu sebab saya baling aje botol tu. Sakit hati!!’’ terang aleyssa panjang lebar.

‘’ lee.. nape sejak akhir-akhir ni awak macam nak mengelak dari saya? Saya tau la selame ni pun kite bukan la bercakap sangat.. tp sekurangnya saya selalu berada dekat dengan awak. Dalam kelas.. dalam makmal.. dan kat sini la saya selalu tengok awak berlatih. Tapi sejak hari tu awak macam dah jauhkan diri dari saya je.’’ Tanya aleyssa lagi, walaupun dia tahu memang hanya dia saja yang akan bersuara.. jadi lebih tepat lagi kalau pertayaannya itu di tukar kepada sesi meluahkan perasaan dirinya sahaja.

Sememangnya dia perasan akan perubahan lee selepas kejadian di kutuk Dian dulu lee sudah mula hendak berbaik dengannya. Namun selepas kejadian di tuduh mencuri dan berjumpa dengan pengetua. Lee seolah semakin jauhkan diri darinya. aleyssa mengimbas kembali semasa berada dalam bilik pengetua.

‘’ saya akan laporkan perkara ini kepada ibu bapa penjaga awak. Seterusnya awak di gantung seminggu. Pasal jawatan awak akan saya putuskan kemudian..’’ tiada apa lagi yang diharapkan oleh aleyssa saat itu. Dia terima. Saat dia bangun untuk meminta izin. Kedengaran pintu bilik puan laila di ketuk. Kemudian muncul cik jannah bersama alif haikal yang tersenyum manis memandang wajah pucat aleysaa. Simpati alif melihat gadis itu.

‘’Puan.. ada perkara yang saya nak maklumkan pada puan berkenaan tuduhan terhadap Aleyssa.’’ Bicara cik jannah dengan penuh rasa hormat.


‘’ kenapa? Apa masalahnya?’’ Tanya Puan Laila.

‘’ Bukan ALeyssa yang mencuri jam tu puan. Dan saya juga percaya barangan- barangan itu juga bukan milik Aleyssa. Mungkin dia di sabotaj.’’ Terang cik jannah.

“ Apa yang membuatkan awak pasti dengan kata-kata awak ni? Bukan kah sudah terbukti jam serta barangan itu di jumpai dalam begnya?’’ Tanya puan laila lagi seakan tidak pasti.

“ pagi tadi saya ada mintak tolong si aleyssa bawakan buku-buku latihan ke bilik guru, dan di tangan aleyssa penuh dengan botol airnya.. bekalnya.. waktu itu saya terpaksa pulang ke kereta kerana tertingal barang. Pada mulanya saya kesiankanya.. namun untuk tidak menghampakan saya dia menyuruh saya meletakkan buku itu kedalam begnya. Dan sememangnya hanya buku pelajaran saja yang saya lihat berada dalam beg aleyssa. Dan mustahil la aleyssa mencuri jam tersebut kerana sepanjang perhimpunan dia ada bersama saya untuk mebuat rondaan ke blog satu. Alif haikal boleh menjadi saksinya.’’ Terang cik jannah sambil memandang alif yang mengangguk tanda mengiakan penerangan cik jannah.

Saat itu baru aleyssa teringat perkara yang berlaku pagi tadi semasa dia kelam kabut untuk meletakkan beg nya dan bergegas ke tapak perhimpunan dan pada waktu itu jugak cik jannah meminta pertolongan darinya. aleyssa terseyum lega.
‘’ terima kasih cikgu. Kalau tidak apa lah nasib saya.’’ Ucap aleyssa dengan nada gembira kerana dilepaskan. Puan laila mengerahkan cik jannah untuk menyiasat perkara ini.

‘’ awak patut berterima kasih kepada alif haikal yang terus datang berjumpa dengan saya semasa awak di bawa berjumpa dengan puan laila. Dia kata awak tak bersalah. Dan saya kan tau apa ada dalam beg awak?’’ terang cik jannah sambil berlalu meninggalkan mereka berdua untuk kembali ke bilik guru.

‘’ terima kasih ya haikal sebab tolong saya?’’ ucap aleyssa menundukkan wajahnya.
‘’sama-sama.. saya tau awak x salah. Saya akan siasat siapa yang menganiaya awak. Yang bersalah akan di hukum setimpalnya.’’ Kata alif haikal geram. Dia terkejut apabila masuk ke kelas dan di beritahu bahawa aleyssa di tuduh mencuri. Selepas mendengar serba sedikit cerita dari hisham dia terus mendapatkan cik jannah. Dan sewaktu dia melangkah masuk ke dalam kelas bersama-sama alif Haikal semua isi kelas memandangnya dengan pelbagai reaksi. Aleyssa hanya mampu menundukkan wajahnya berjalan ke tempat duduknya dan saat itu dia dapat melihat sepasang mata yang merenungnya dengan pandangan yang lain sekali.

‘’ Puan laila telah memberi arahan untuk menyiasat perkara ini. ALeyssa tidak bersalah. Kalau korang semua tak puas hati korang boleh Tanya pada cik jannah kerana dia merupakan saksi Aleyssa, dan perkara ini tidak akan diam begini sahaja. Aku akan siasat siapa dalang di sebaliknya.’’ Tegas kata- kata alif membela nasib Aleyssa.


Dan masa yang sama Dian serta rakan-rakannya hampa kerana rancangan mereka gagal. Terselit perasaan takut kantoi akan perbuatan mereka itu.

Aleyssa tersedar dari lamunannya.. dan saat itu dia mendapati lee sudah tiada lagi di situ..
‘’ Hurmmm… selalu macam ni. Bila la awak nak berbual dengan saya lee?? Saya nak sangat bercerita dengan awak..’’ keluh aleyssa sendiri.

Aleyssa sebenarnya tidak tahu yang lee sebenarnya berperang dengan perasaanya sendiri…


sory kalau entri kali kurang menarik,, hurmmm,,, harap korang still enjoy. ya?


1 comment:

Princess said...

best tau..hensem nye yg gmbr tu.. cpt smbng tau..best sngt ni..