PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, August 7, 2009

BAB 8- HaSaD DeNgKi..

Kelihatan dua orang pelajar yang terhendap-hendap di hadapan kelas dalam keadaan yang mencurigakan. Mereka asyik memandang ke kiri dan kanan kelas 4 cemerlang.

‘’ kau sure ke nak wat mende nih.. aku takut kantoi.. x pasal-pasal kene ngadap puan laila.’’ Bisik fiza.

‘’ alah.. kau jangan risau.. aku tau ape yang aku buat. Tak akan kantoi nye.’’ Balas Dian sambil meneruskan rencana nya itu. Selang beberapa minit Dian selesai. Mereka bergegas keluar dari kelas untuk ke tapak perhimpunan. Mereka bergerak pantas untuk mengelakkan diri mereka di kesan oleh pengawas-pengawas yang bertugas. Kelihatan puan pengetua sedang berucap di atas pentas. Ucapan pengetua lansung tidak di hiraukan. Mereka terseyum puas mengenangkan kejadian yang bakal berlaku sebentar lagi.



***************************************************
*************
Dian memulakan dramanya.. dia mula menangis teresak-esak. Syahdu sekali.. pelajar-pelajar yang mula memenuhi yang kelas mengahmpiri meja Dian, ingin tahu apa yang berlaku menyebabkan dia menagis.


‘’ kenapa dengan Dian Fiza? ‘’ Tanya fatihi. Melihat keadaan dian yang menekup mukanya ke meja de selangi dengan esak tangis yang kuat.


‘’ barang dia hilang..’’ jawab fiza dengan wajah sedih mewakili sahabatnya, ( memang pandai la berlakon? )


‘’ barang ape? Letak kat mane?’’


‘’ jam tangan yang Dian beli di London. Katanya dalam beg. Balik perhimpunan dia tgk dah tak de. Itu yang meraung tu..’’ terang fiza lagi sambil mengosok-gosok lembut belakang temannya itu.


Mendengarkan jawapan dari fiza itu. Dian menguatkan lagi volume tangisannya. Bingit kelas mendengarkan tangisan pelajar yang sorang ni. Selang beberapa minit.
Miss Wong melangkah masuk ke kelas. Dari luar kelas lagi dia mendengar tangisan Dian.

‘’ hello class.. ini kenapa bising-bising ni? Sane sane.. semua pergi duduk tempat masing-masing..’’ halau Miss wong seolah menghalau ayam lagaknya. Dia menggerakkan rotannya apabila ada pelajar yang masih engkar.

‘’ Dian.. kenapa kamu meraung pagi- pagi ni?’’ soal miss wong bingit mendengar jeritan tangisan Dian itu.


‘’ jam tangan dia hilang miss wong.’’ jawab fiza bagi pihak Dian.


‘’ jam tangan? Hilang? Mana tempat terakhir kamu letak jam itu?’’ taya miss wong lagi.

‘’ katanya dalam beg. Lepas perhimpunan tadi dia cakap jam tu dah hilang’’ jawab fiza lagi sama seperti jawapan kepada fatihi.

Saat itu aleyssa muncul membawa buku latihan yang di pesan oleh miss wong. Mendengar saja suara ucapan salam dari aleyssa Dian bingkas bangun dan menjerit.

‘’ pulangkan jam aku!!!’’ jerit Dian lantang sambil jarinya menunding tepat kea rah wajah Aleyssa. Aleyssa terkebil-kebil kerana semua mata terarah kepadanya saat itu.. sungguh dia langsung tak paham apa yang berlaku saat ini.

‘’ aku tau kau curi jam aku. Kau dengki dengan aku kan ?? ‘’ tuduh dian lagi.


‘’ Aleyssa?? Betul ke Dian cakap ni?’’ Tanya miss wong sedikit hairan.
Terdengar kata- kata sumbang yang tidak sedap sekali di dengar oleh Aleyssa. Rata-rata mereka berbisik memperkatakan kejadian itu. Aleyssa masih lagi bingung. Dia hanya terdiam mendengarkan mulut lancang itu berkata-kata.

‘’ miss wong. Saya tahu mesti dia yang curi! ‘’ desak Dian lagi.


‘’ ttttak. Bukan saya miss wong??’’ balas Aleyssa saat dia menyedari dia dituduh sebagai pencuri. Bukan ajarannya mak ciknya untuk menjadi pencuri. Walau sesuah mana pun kehidupan mereka mak ciknya x pernah mengajar dia untuk menharapkan sesuatu yang x pasti. Dan yang lebih tepat lagi. Mak ucunya selalu menyedarkan dia tentang taraf hidupnya yang x memungkinkan dia untuk memiliki barang- barang mahal. Aleyssa sendiri tidak pernah mengharap atau bermimpi untuk memilikinya, dia masih lagi sedar diri.

‘’ tipu!! Aku tau kau curi. Aku tahu kau dengki kat aku..’’ sela dian lagi dengan esak tangis.


‘’ tak!! Aku tak tipu dian..’’ jawab leyssa yang semakin cuak apabila miss wong memandang tajam ke arahnya.


‘’ miss wong apa kata kita periksa beg semua pelajar kelas. Kita kan dapat kebernaranya nanti.’’ Tiba-tiba farah memberikan cadangan. Dia geram dengan tuduhan Dian terhadap aleyssa, dan dia juga yakin bahawa dian dah salah letak jamnya itu dan sengaja meletakkan salah itu kepada aleyssa. Dia sangat percaya yang aleyssa tak mungkin melakukanya.


‘’ baiklah. Kita lakukan seperti cadangan farah. Saya nak semua pelajar letakkan semua beg di atas meja masing-masing.’’ Arah miss wong keras.

Aleyssa berjalan menuju ke tempatnya. Sambil berjalan mendapatkan begnya dia terpandang wajah lee yang merenung dirinya tanpa reaksi. Namun dia mengesan sesuatu melalui mata lee. Dia tiada masa untuk memikirkan. Pada saat ini dia hanya ingin meleraikan tuduhan terhadapnya.

Miss Wong memeriksa beg seorang demi seorang. Namun tiada barang yang di syaki. Kini sampai giliran aleyss untuk diperiksa begnya. Dian dan rakannya memandang dengan reaksi kemenangan. Sinis sekali pandangan nya kepada aleyssa.

‘’ aleyssa!! Can’t you please explain this???’’ jerit Miss Wong seakan tidak percaya apa yang dilihatnya. Majalah-majalah hiburan, catalog-catalog barangan,peralatan mekap.. semua barang yang di haramkan oleh pihak sekolah kepada pelajar.

Aleyssa terpempam melihat barang2 yang di keluarkan dari beg sekolah nya. Mata pelajar lain turut tertumpu kepada miss wong. Farah terkedu. Dian terseyum bangga. Rancangannya menjadi. Tangan miss wong masih lagi mencari2 didalam beg itu dia yang masih tidak berpuas hati menterbalikkan beg kepunyaan aleyssa dan mengoncang-goncangkan sehingga satu barang terjatuh dari poket kecil beg itu.


‘’ jam aku!!’’ jerit Dian apabila melihat barang yang jatuh itu merupakan jam tangannya. Dia merluru ke meja aleyssa.


Aleyssa sekali lagi terkejut. Apa la nasib dirinya jadi begini. Matanya mula berkaca,dadanya menahan sebak. Matanya melorot kea rah farah ingin mendapatkan kepastian. Namun hanya gelengan simpati dari sahabatnya itu. Sungguh… farah bingung. siapa yang nak percaya kalau semua bukti di depan mata. Semua ahli kelas menjadi saksi.

‘’ Miss wong.. bukan saya…’’ kata- kata aleyssa tersekat-sekat. Takut memikirkan apa nasib yang bakal menimpanya selepas ini. Dia bingung dan tertanya- Tanya tentang barangan yang berada dalam beg nya itu.

‘’ heii.. aku tahu kau dengkikan aku. Ini rupa sebenar kau!!. X sangka head girl kita ni seorang pencuri!! Dah la mencuri.. bawa lagi barang-barang yang di larang pihak sekolah.’’ Dian masih lagi meracun fikiran Miss Wong.


Ibarat batu yang menghempap kepala. Aleyssa tersentak dengan tuduhan Dian. Dia sudah tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Hanya air matanya semakin deras mengalir ke pipi mulus itu. Dituduh sebagai pencuri.. hinanya dia di mata rakan-rakan yang lain.

‘’ aleyssa awak ikut saya ke pejabat puan Laila sekarang ‘’ kata-kata Miss wong itu merubah wajah aleyssa menjadi pucat lesi. Dia yang tidak mampu lagi untuk berkata-kata hanya menurut saja arahan dari Miss Wong.. pada fikirannya kalau di terangkan pun tiada siapa yang akan percaya. Saat ini hanya wajah kecewa mak cu saja yang terlintas di fikirannya. Mak cu mesti kecewa dengan aku.. bisik aleyssa dalam hatinya sambil mengesar air matanya yang megalir laju.



*********************************************************************

‘’ kenapa awak lakukan semua ni aleyssa? Awak sepatutnya menjadi teladan kepada rakan-rakan yang lain? Bukan dengan cara ini!!’’ tengking puan Laila yang sememangnya garang itu, tersentak aleyssa di tengking sebegitu rupa. Air matanya yang beransur kering mengalir deras kembali.

‘’ saya akan laporkan perkara ini kepada ibu bapa penjaga awak. Seterusnya awak di gantung seminggu. Pasal jawatan awak akan saya putuskan kemudian..’’ tiada apa lagi yang diharapkan oleh aleyssa saat itu. Dia terima. Saat dia bangun untuk meminta izin. Kedengaran pintu bilik puan laila di ketuk. Kemudian muncul cik jannah bersama alif haikal yang tersenyum manis memandang wajah pucat aleyssa. Simpati alif melihat gadis itu.


















2 comments:

zarith natasha said...

gila jahat dian tu..
jhat nk mati...
main kotor plak..
geram tol ar..
ish2... rsa cam nak ja letupkan dian tu dgn bom atom..
huh!... (opss termosi sudah..)
heeee...
bes2..
smbung lg lieza.. go go...

nailofargurlz said...

hampeh jer dian nih..geramnya!!!..cian kat leyssa..