PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Wednesday, August 5, 2009

BAB 7 – SeCrEt AdMiRe

Sesi persekolahan berjalan seperti biasa. ALeyssa sedikit sebanyak telah mula selesa dengan tugas barunya sebagai pemangku head girl . Walaupun sikap mengelamun nya itu masuh lagi tidak dapat di ubah. Hari berganti hari bulan berganti bulan. Tak banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan aleyssa.

Cuti penghujung tahun kian menjelang. Pelbagai aktivi yang dirancang oleh pelajar-pelajar. Di musim cuti sekolah ini la mereka mengambil peluang untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.kedengaran mereka bercerita sesame sendiri tentang destinasi yang bakal di tuju sepanjang musim cuti sekolah. Ada dikalangan mereka di katakan akan melancong ke luar Negara bersama keluarga.. alangkah gembiranya mereka mengenangkan detik-detik yang bakal mereka lalui bersam keluarga tersayang.

‘’ cuti tahun ni kau ade plan pape tak?’’ soal farah.





‘’ macam biasa? Makan …tido.. baca novel.. membesar.. makan.. dan tido…’’ selamber sekali jawapan dari aleyssa. Ingin menutup perasaan sebenar saat dia terdengar rancangan2 menarik rakan kelasnya tadi.

Jawapan dari leyssa meruntun jiwa farah. Dia tahu leyssa tak punya sesiapa melainkan mak cik nya yang menjaganya sejak kematian ibu bapanya . bila kematian tu tidak pula di ceritakan. Farah pernah bertanya perihal ibu bapa leyssa namun tiada jawapan. Leyssa selalu mengelak untuk memperkatakan tentang keluarganya.

‘’ apa kata tahun ni kau ikut aku balik kampung kat perak.. nak?’’ ajak farah bersungguh. Cadangnya mau memujuk hati leyssa. Walaupun leyssa selalu ceria namun farah tahu gadis itu sebenarnya di landa kesedihan yang tiada siapa yang tahu. Dia sangat pandai menyembunyikan rasa sedihnya itu.

‘’ tak pe la farah..’’




‘’ ala.. nape pulak? Nanti aku suh ayah aku bagi tau mak cik kau.. mesti dia kasik punye..’’ pujuk farah lagi..




‘’ aku tahu mak cu akan benarkan..’’




‘’ habis tu.. ape yang kau risaukan lagi?’’




‘’ aku risau la nak tinggal dia sorang- sorang?’’ balas leyssa lagi dengan nada sayu..




‘’ hmmm… kalau macam tu aku tak paksa. Tapi kalau kau ubah fikiran. Bagi tau je aku.. bila-bila masa k?’’ tutur farah sambil menepuk keras bahu kawannya itu

‘’ adoi!!! Sakitlah.. kau ni…’’ jerit aleyssa.




Mereka berdua tertawa dan berjalan menuju ke kelas.

*********************************************************








Sudah seminggu cuti sekolah berlalu.. rutin harian aleyssa masih lagi seperti biasa. Bangun pagi kemas rumah.. makan.. baca novel.. dan tido. Untuk stok cuti tahun ni.. aleyssa telah memborong kebanyakan novel yang ada di libry awam tu. Di bawah pohon itu lah dia menghabiskan masa petangnya dengan membaca novel2 kegemaran. Dan selama seminggu itu juga dia menunggu kehadiran seseorang di situ. Namun segalannya hampa, orang yang di tunggu tidak kunjung tiba. Seperti tahun- tahun yang lalu cuti tahunannya sangat la membosankan. Tidak seperti kawan-kawannya yang lain.. bermacam pengalaman yang mereka dapat sepanjang musim cuti dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama keluarga masing, sayu hati leyssa mengenangkan ibu bapanya. Kalau la mereka masih hidup.. sudah tentu dia bahagia bersama ibu… membantu ibu menyediakan makanan, dapat makan dan berkelah di tepi tasik.. bermain layang-layang dengan papa. Alangkah seronoknya kalau itu menjadi kenyataan dalam hidupnya sekarang. Saat ini dia merasakan diri nya ketinggalan berbanding rakan-rakannya yang lain. Terasa di tinggalkan…









******************************************************









Begitu cepat masa berlalu. Tahun ini adalah tahun penentu bagi pelajar menengah rendah. Tahun penentu hala tuju hidup seseorang. Aleyssa memulakan tahun baru dengan penuh semangat dan tekad baru untuk berjaya dalam hidup.

‘’ ya.. tahun ni penentu hidup aku. Aku mesti lakukan yang terbaik!!.. chaiyokk chaiyokk!!’’ jerit aleyssa dalam perjalanan ke sekolah pagi itu.

Di dalam kelas pelajar yang lain bising sekali. Masing- masing kecoh menceritakan pengalaman2 mereka lalui masa cuti sekolah hari tu. Aleyssa tumpang gembira buat rakan- rakannya. Sambil meletakkan beg di atas meja. Matanya merenung kerusi di belakang. Tempat tu… masih kosong.. tiba-tiba dia merasakan sesuatu di dalam mejanya. Dia menarik keluar benda tersebut.





‘’ cantiknya!!’’ tiba-tiba farah merampas benda tersebut dan membelek- belek bungkusan sederhana besar yang di balut cantik dengan kertas berwarna unggu. Warna kesukaan leyssa.





‘’Bukak la. ‘’ suruh farah. Macam hadiah tu dia yang punya.


‘’ kau je la bukak.’’ Balas leyssa. Dan tanpa membuang masa lagi farah terus mengoyak sampul dan terserlah isi sebenar dalam bungkusan tadi. Coklat import. Pelbagai jenis dan bentuk.


‘’ wah.. cantiknya.. mesti sedap.. sayang je nak makan.’’


‘’ hmm…’’ leyssa senyum.


‘’ sape yang kasik?’’ Tanya farah.

‘’ entah.. ada lam meja ni ha..’’ jawab leyssa.


‘’ ????? cube tengok. Kalau-kalau ade kad ke? Surat ke?’’ suruh farah lagi.

Aleyssa hanya menggeleng dengan sikap sahabatnya itu. Namun tangannya tetap mencari-cari sesuatu di dalam meja nya. Senyumannya terhenti apabila tangannya tertangkap sekeping kad.betul kata farah.

Just for you..
Hope you love it.

‘’ ni je yang di tulis? Tanpa nama?’’

‘’ ko Nampak? Ade ke dia tulis nama?’’ soal leyssa kembali.


'' wow.. kawan kita dapat coklat la.. dari oversea lagi tu..'' sapa Dian sinis sekali.


'' kau bercuti kat oversea ke leysaa? kemana?'' tanya Dian lagi sambil mencuit2 kotak coklat itu.



'' setahu aku kau x de sape-sape lagi kat dunia ni selain mak cik kau tu kan?'' sela Dian terus menerus.



tersentuh hati aleyssa di hina seperti itu, matanya mula berkaca, dia sebak. x terkata lagi.. farah hanya menggosok-gosok belakang teman itu. dia tau teman nya yang satu ini selalu mengalah dan bersabar dengan cakap- cakap orang. namun x disangka. hari pertama sekolah dia sudah menerima kutukan begitu.



'' kau tau? cuti lepas aku melancong bersama famili aku ke london.. seronokkkkk... shoping.. bersantai2 besttt sangat tau siap main salji lagi..?'' cerita Dian dengan memek-memek muka bangga sekali.


'' kau kemane cuti lepas?london? paris? atau bali?? atau pun singapore yang paling dekat.. atau kau masih lagi dengan novel bodoh kau tu. dan menghabiskan masa kat bawah pokok buruk tu? pleasseeee la.. kau x de keje lain ke yang nak di buat? borink tau hidup kau ni?'' kutuk Dian lagi.



saat itu. aleyssa tak dapat bertahan lagi. dia berlari meninggalkan Dian yang ketawa puas dapat memalukannya di hadapan semua pelajar kelas.


aleyssa berlari ke hujung bangunan. disitu dia duduk di tangga.. farah di tepi hanya diam.. tak tahu lagi cara hendak memujuk hati sahabatnya yang sedih itu.


'' salah aku ke aku kehilangan ibu bapa..??''

'' salah aku ke aku x kemana2...?


'' salah aku ke aku hanya punya mak cik yang bersusah payah membela aku?''



'' salah aku ke?? hina sangat ka aku x de mak ayah??''



'' salah ke....'' hanya takat itu sahaja yang mampu terluah di bibir aleyssa.. hanya tangisan halus kedengaran.



'' tinggalkan aku sendiri farah.. pleasessss..'' pinta aleyssa sebak.


farah tau saat ini aleyssa perlukan masa untuk sendirian.



aleyyssa terus menekup mukanya dengan baju.. habis lencun lengan bajunya dek air mata yang mengalir. dia dapat rasakan seseorang masih disisinya..


'' farah.. kan aku dah cakap.. leave me alone!!'' serentak itu dia mengangkat muka memandang farah disebelah.



terpempam leyssa,, bukan farah duduk di sebelahnya. dia hanya duduk.. memandang ke dinding. dua tangan di sorok ke dalam poket. leyssa rasa tenang dengan kehadiranya. kesedihannya tadi seolah-olah terbang begitu saja, leyssa masih lagi memandang wajah di sebelahnya. tenang sekali.. bersih.. hidung mancung.. mata redup.. bibir merah.. betul.. kesedihannya tadi hilang begitu saja,




'' kanan atau kiri?'' tanya lee tiba-tiba.


'' ape???'' soal leyssa dengan muka yang blurrr..


'' pilih.. tgn kanan atau tangan kiri..'' jawab lee sambil mulutnya memuncungkan ke arah kedua tangnnya yang berada dalam poket seluarnya itu. lucu bangat muka lee saat itu.


'' kenapa?'' soal leyssa lagi.. dia pelik dengan tingkah laku lee hari ini.. satu lagi kejutan yang diterima pada awal persekolahan. namun kejutan ini amat menyenangkannya.


'' can't you just .. pilih aje??'' jawab lee tenang.



'' ermmmm ...orang kata kanan tu baik..islam pun galakkan mula dengan langkah kanan. kita guna tgn kanan untuk makan.. langkah kanan maknanya nasib baik bla.. bla bla...'' panjang pula jawapan dari leyssa.. dan belum sempat leyssa memberikan jawapannya... lee menghulurkan sebungkus tisu kepada aleyssa yang dikeluarkan dari poket kanannya.

'' jangan nangis lagi.. x cantik lorhh...'' seraya itu lee bangun dan berlalu meninggalkan leyssa yang masih lagi terpinga-pinga menyambut tisu.

'' wait!!! lee..'' panggil leyssa. langkah lee terhenti seketika.



'' mana awak tahu saya pilih kanan?''

Diam kejap.. aleyyssa mengesat sisa air mata di wajahnya saat menunggu jawapan dari lee.


'' penerangan awk yg panjang tu... lagipun..'' kata- kata lee terhenti. dia mengeluarkan tangan dari poket kirinya. sama!! sebungkus tisu...
aleyssa terkedu.. perasaan bercampur geram dipermainkan. tapi seronok.. terharu.. bercampur sekali.
lee berlalu masuk ke kelas dengan senyuman di bibir merah itu.
at last!! dia senyum



actually saya postkan dulu episod kali ni. sebab saya akn cuti 3 hari.. skrip dah siap sampai episod 9. tp masa x de nak up load sbb minggu ni ade kelas.. ade test lak tu.. so.. kene la study skit..
harap korang semua bleh tunggu ye? hihihi







****************************************************
*****************************

4 comments:

Princess said...

at last..lee senyum gak..hahaha..
n3 kli ni cpt sngt la kak lieza..
hmmm..knape aleyssia tu x tmpar je muka dian tuh!

dasar x reti jga mulut..sory teremosi sket..

Lieza said...

dah salah postkan nih.. sepatutnya save as draft. tp dah terpublish. x pe la.. enjoy ye? td baru perasan.. hihihi

nailofargurlz said...

gramnya ngan dian tue..rasa nak tampar jer mulut dian tuh..akhirnya lee syum gak..

Anonymous said...

best2!!=)