PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Wednesday, August 5, 2009

BAB 6 – Marah tanda sayang???

‘’semua pelajar diminta berkumpul di dewan jubli perak tepat jam 5.30 ptg dan semua pelajar haruslah menunaikan solat asar terlebih dahulu.. kerana kemungkinan aktiviti kita mungkin sampai ke waktu maghrib. Pelajar yang lewat akan di kenakan kompaun. Ketua kumpulan haruslah peka terhadap anak buah masing- masing. Saya mahu kamu bergerak secara berkumpulan. Segala aktiviti juga mesti dilakukan secara berkumpulan. Fasi-fasi akan sentiasa memerhatikan kamu semua. Sebarang kesalahan akan di kenakan kompaun. Manakala sebarang perlakuan baik bergantungla kepada mood fasi-fasi anda untuk memberikan mata tambahan.’’ Terang cikgu alias serba sedikit mengenai perjalan perkhemahan bersepadu badan- badan berunifom yang kali ini diadakan di hutan simpan jubli perak.

‘’ ape la cikgu tu,, mane aci. Lambat skit kene kompaun. Salah skit kene kompaun. Tapi wat baik belum tentu dapat hadiah. Benci!!’’ rungut Dian.

‘’ yela.. ntah pape’’ kata fiza

‘’Cepatla.. nanti lambat kene kompaun lagi?’’ gesa amira.

Rata-rata pelajar memang tidak berpuas hati dengan peraturan itu. Mereka menganggap ia menjadi satu bebanan dan paksaan dalam melakukan seusatu perkara, namun di sebalik nya mereka sebanarnya tidak sedar bahawa ia di tetapkan supaya mereka lebih alert untuk tidak melakukan sebarang kesilapan. Disamping dapat melatih diri supaya lebih berdisiplin dalam hidup.

Selesai taklimat dari fasilitator dan wakil renjer hutan pada jam 10.30 mlm. Peserta di jemput untuk minum di dewan makan.

‘’Alif.. kau nak minum?’’

‘’tak. Aku x rasa dahaga pun. Aku temankan kau je la.’’

‘’ok.’’ Belum sempat mereka memulakan langkah untuk ke dewan makan nama alif haikal di panggil.

********************************************************************************

‘’ Eh!.. Dian kau perasan tak sejak akhir-akhir ni kan aku tengok si aleyssa tu selalu je mendapat perhatian dari cikgu-cikgu. Aku dengar dia terima jawatan penolong kepada alif haikal?’’ Tanya mira.

‘’Ak ah la..aku pun perasan. Nape ek?’’ soal fiza lagi.

Namun hanya jelingan maut yang mereka dapat dari Dian untuk jawapan kepada soalan mereka, dalam otak mereka kini terbit pelbagai andaian apabila melihatkan kemarahan sahabat mereka itu.

‘’ untuk aktiviti merentas sungai, kamu dikhendaki menggunakan pelampung ini untukmenyeberang sungai kecil ini sehingga sampai ke hujung jeti sana. Dan semestinya kamu hendaklah bergerak secara kumpulan. Kami disini hanya akan memerhati. Bagaimana cara untuk ke seberang bergantung kepada kreativi kumpulan kamu. Pastikan juga semua ahli kumpulan Berjaya sampai dengan selamat ke hujung jeti sana, paham??’’

Penerangan dari fasilitator yang bertugas untuk aktiviti kali ini membuatkan Dian dan rakan-rakannya telan air liur, muka cuak terpamer.



‘’ habis la kasut baru aku..’’ rungut Dian memandang kasutnya. cantik.. mahal lak tu..

‘’ kotor la baju macam ni.. huhuhuh’’

‘’ ermmm encik.. x boleh ke kalau kami berjalan saja di tepi sungai ini untuk sampai kat sane? Nanti basah la baju kami? ‘’ rengek Dian macam kanak- kanak.

‘’ kalau macam tu lebih baik kamu duduk di rumah saja? Bersantai didalam bilik. X basah.. kan??’’ sinis sekali jawapan yang di terima.

Dian terkedu, malu dengan jawapan yang tepat ke mukannya. Merah padam la wajahnya. Dia menghentak-hentakkan kaki sebagai tanda protes.

Aktiviti bermula dengan apabila setiap kumpulan di bekalkan dengan dua pelampung dimana pelampung itu perlu digunakan untuk membawa ahli2 kumpulan menyeberang ke sana, kumpulan pertama Berjaya sampai dengan bantuan dari fasilitator yang bertugas kerana seorang dari peserta hampir lemas kerana di tinggalkan oleh pasukan mereka sendri. Begitu juga terjadi kepada kumpulan 2 dan 3.

Kumpulan pimpinan alif haikal merupakan kumpulan pertama sampai dengan jayanya tanpa mendapatkan bantuan dari fasilitator, kemunculan alif sebagai peserta terakhir kumpulannya mendapat sorakan gemuruh dari rakan- rakan yang telah selamat tiba.

Kumpulan terakhir ialah kumpulan yang di anggotai Dian dan rakan-rakan. Di hujung jeti Aleyssa menanti teman-temannya dengan perasaan tidak puas hati, dia bengang kerana semalam alif haikal menyampaikan pesanan dari cik jannah yang menugaskan dia sebagai pemerhati menggantikan Puan Balqis.

‘’ aku x nak terjun !!’’

‘’ Dian.. jangan la macam ni.. jom la..’’

‘’ aku tak nak!!!’’

‘’ kalau kau tak nak terjun nanti bila nak sudah aktiviti ni? Dah gelap ni. Jomla.. kita sama-sama k?’’

Pujukan berkali-kali dari amira membuatkan Dian tiada pilihan. Perlahan-lahan mereka meranduk air sungai. Tidak la sedalam mana. Semua ahli lain telah selamat tiba. Hanya tinggal Dian, Amira dan….. lee sebagai peserta terakhir. Ketua pasukannya menuggu di tengah sungai bersama pelampung.

Entah dimana silapnya amira sempat berpegang pelampung yang di hulurkan oleh ketua pasukannya tetapi...

‘’ tolong!! Tolong’’ Dian meronta-ronta di dalam air .

Peserta-peserta lain terkejut mendengar jeritan dari tengah sungai itu. Aleyssa turut melihat dan cemas. Takut berlaku tragedy yang tidak diingini, kemudian dia lihat seseorang muncul dari belakang mangsa dan mendapatkan mangsa dan berenang sambil menarik mangsa ke arah jeti, semakin hampir dengan jeti aleyssa dapat melihat jelas.. namun apa yang dilihat membuatkan hati nya rasa sesuatu. Sakit semacam.

Dian sedar lee menarik lengan nya untuk membantu dia stabil di dalam air. Dia dan geram kerana orang yang diharapkan untuk turun membantunya bukan seperti yang di harapkan. Demi untuk meraih simpati dia memeluk lee dari belakang semasa dia ditarik hampir jeti dan di sambut oleh rakan- rakan yang lain dengan tepukan gemuruh. Tapi aleyssa hanya tergamam dan terseyum hambar sambil menghampiri Dian dengan kotak kecemasan yang sememangnya untuk kecemasan2 begini. Aleyssa memeriksa jika berlaku kecederaan pada Dian. Hanya lengannya sahaja yang calar mungkin terkena kayu semasa di angkat ke atas jeti, leyssa yang ingin membantu terhenti apabila matanya melirik ke arah le yang masih lagi terduduk letih mungkin terlihat darah yang mengalir pekat dari kaki lee membuatkan leyssa tersentuh hatinya.

‘’ kaki awak berdarah’’

‘’ tak pe..’’

Dian telah di biarkan di rawat oleh sahabat baiknya sendiri manakala leyssa merapati lee melihat kecederaan di kakinya. Saat ini dia lebih risaukan lee berbanding mangsa sebenar. Namun tiada apa yang boleh dilakukannya. Fasi yang bertugas mengambil alih merawat kaki lee. Aleyysa membisu dan memerhatikan saja.

******************************************************************






hmmm... saya x tau la.. mungkin cter ni agak slow skit. harap anda semua bersabar ye? saya cube untuk memperbaiki lagi olahan cter supaya lebih menarik dan mantap.. thankss sangat2 pada yang sudi membaca. jangan segan2 nak tinggalkan komen. saya terima sebarang kritikan yg membina.

3 comments:

Princess said...

apasl lee tlong si dian?? x suke la..menggedik semcm je si dian tuh..yekkk

err..Lee ni sya rse sah2 x de prasaan..kesian2..hakhakhak..

grau je..

Lieza said...

sabo3 dik oii
hehehehe

zarith natasha said...

lee ni mmg sgt misteri..
mnarik. rsa mcm nk tau lg byk psl lee..
smbung lg.. heee
bst. keep it up..