PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Tuesday, August 4, 2009

BAB 4 – don’t judge the book by it’s cover..

''Oh dia..
Enggan melayan diriku lagi..
Pabila aku selambe menegur dia
Dan lagu lagu di radio seolah2 memerli aku
Pabila ku bersama yg lain..
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta??
Yang masih bersemadi untukkmuuuuuu…. ''

Lirik2 lagi yuna telah pun di tukar sesuka hati leyssa… dia berlagu riang sambil berbasikal untuk port istimewa dia.. untuk ape lagi.. sudah semestinya membaca novel terbaru yang di pinjam nya dari library awam. Leyssa asyik bernyanyi mengubah2 lagi lirik lagu yg dia rase kene mengena dengannya.. tanpa dia sedar di mana dia berada..

Keseronokan menyanyi sambil berbasikal mati begitu sahaja bila tiba-tiba basikal yang di kayuh aleyssa bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan dengan laju nya..

Alessya cuak.. pucat mukanya.. kalau di toreh dengan pisau langsung tidak mengeluarkan darah. Panic.. dia dah x tau nak wat pe lagi dah.. bertalu2 pemandu itu membunyikan hon.. bingit sekali bunyinya.. alessya sudah tidak dapat mengawal basikalnya yang menuruni bukit.. dan………. ( senyap…)

‘’aleyssa?? Awak x pape? ‘’ Tanya seorang pemuda. Aleyssa masih lagi terkejut dan berbalam2 matanya yang menghadap matahari.. tertoleh2 kepalanya mencari wajah si pemandu.. hanya bentuk badannya saja yg dapat diperhatikan.


Dia masih lagi terduduk di dalam semak di tepi jalan.. nasib baik la ade semak tu.. kalau bergolek di atas jalan raya mau ye.. rabak kulit putih bersih aleyssa.


‘’ awak x cedera kan?’’ Tanya pemuda itu lagi.. aleyssa naik rimas asyik memandang matahari.. dia lagi rimas kerana dia rasa macam bercakap dengan bayang2 langsung x dapat melihat wajah tuan empunya diri. Dia cuba untuk bangun.. mujur kaki x terseliuh.. masih mampu berdiri, pelawaan untuk di bantu oleh pemuda itu di tolak dengan baik..


Setelah berdiri dan menepuk2 seluar track nya serta memastikan badannya tiada kesan calar mahupun luka.. aleyssa menoleh untuk memastikan siapa yang punya sengal memandu laju di kawasan ini. Saat itu barulah dia merasa kemarahan yang meluap2 kerana manusia itu telah menyebabkan dia landing baiiikk punye dalam semak tu.. saat dia membelakangkan matahari… dia lihat…

‘’ alif haikal?????’’ dan di saat itu juga dia melihat hisham berada di sebelah kereta yang hampir menyebabkan kemalangan besar itu td.


‘’ maafkan saya aleyssa.. saya x sengaja. Saya x dpt kawal kereta ni tadi.. saya seronok bercerita masa dengan syam x sangka lak mcm ni jadinya..nasib baik awak x cedera..’’ panjang lebar penerangan dari alif. Aleyssa mencebik.. dan memandang sekilas kereta berwarna hitam menawan itu,,

My-v S.E limited edition. Cantik.. muda2 lagi dah dihadiahkan kereta.. gumam aleyssa sendiri. Dia masih lagi memerhatikan kenderaan tersebut.


‘’mari saya hantar awak balik?’’ pelawa alif dengan sopan. Hisham hanya tersenyum memandang aleyssa yang agak blurr dengan pelawaan alif..

‘’ x pela.. saya ada hal lain.. saya bukannya cedera pun.. lagipun kalau awak hantar saya balik dengan kereta baru awak tu.. mane saya nak taruk basikal saya nih? Thanks but no thanks.. ‘’ Aleyssa pantas mengelak ajakan alif..sejurus itu aleyssa naik dan terus mengayuh ke destinasinya

Sesampai tempat yang dia tuju. Aleyssa segera melabuhkan punggung nya duduk sambil meletakkan beg sandang yang mengandungi novel terbarunya itu..dan di saat dia mahu melunjurkan kakinya…


‘’Ooouuuuuwwwww… sssssssttt sakit yerr…’’ ada yang x kene dengan kakinya aleyssa menyelak track yang di pakai sampai ke lutut.. dan saat itu barulah dia merasa kepedihan luka yang terdapat di situ.. dia dah mula tersesak2..menahan pedih.. dia x tau nak buat macam mane.. aleyssa sememangnya seorang yang penakut. Dia takut sakit.. takut makan ubat,,, dalam kepalanya sudah berfikir yang teruk2 aje..


Macam mane ni.. mesti mesti kene p hospital.. huhuhu.. x nak..nanti kene jahit.. jangan2 kene potong trus.. huaaaaa. Lagi la x nak… mak cu.. tolong leyssa,,,, jerit leyssa dalam hatinya. Menyesal pula dia tidak menerima pelawaan alif tadi.. ye la.. mase itu dia sendiri tidak sedar yang kakinya luka..

‘’ nah!!’’ plaster dan tisu.. di hulurkan oleh..

‘’ lee…’’ lemah nada aleyssa.. dia yang sudah menakung air mata kembali tenang dengan kehadiran jejaka itu.. hilang rase sakit.. dia asyik memandang wajah lelaki cina itu.. ade sesuatu di wajah itu yang x mesti di ungkaikan.

‘’ luka tu..'' kata2 lee mengembalikan aleyssa ke dunia realitinya.. ( berangan lagi budak nih,,,) aleyssa yang menyedari seluarnya dah tersingkap ke paras lutut.. dengan pantas menurunkan seluarnya kebawah. Dan yang terdengar hanya jeritan halus..


‘’ sini..’’ lee duduk menghadap aleyssa. Aleyssa gugup. Ape yang dia nak lakukan ni?.. jangan la dia wat yang x senonoh kat sini.. mati aku kalau ade orang yang nampak? Malu mak cu nanti kalau aku di katakn bermesra mesraan dengan lelaki cina.. plak tu? ALeyssa sudah memikirkan perkara yang bukan2..


Sedangkan lee nak tutup luka kat kaki leyssa dengan plaster tu je..


‘’ ermmm.. x pe lee.. saya buat sendiri..’’ leyssa dengan pantas mengambil plaster di tangan lee.. dan memusingkan badan nya membelakangkan lee.. malu agaknya..

selesai menampal plaster leyssa bercadang untuk pulang saja memandangkan kaki nya luka dan hanya di tampal plaster.. lukanya itu sepatutnya dibersihkan terlebih dulu dengan antiseptic..dettol ke? manala tau kot2 ade kuman..nanti lagi merebak.



Saat dia ingin berdiri dan mula melangkah leyssa terduduk kembali. Berkerut mukanya menahan sakit di buku lali.. aleyssa memejam mata menahan kesakitan.

Aleyssa tergamam bila dia merasakan kasut sukannya di buka perlahan2. Dia membuka mata perlahan dan di hadapannya …lee memegang kakinya. Dia mendongak.. memandang tepat ke arah leyssa. Terpaku leyssa memandang mata lee.. dalam hati.. mata dia.. hidung dia.. mulut dia. Hehehe.. hemnsem nyerrrr.

‘’tahan skit.’’ Lee ingin membetulkan sedikit pergelangan kaki leyssa.. dan perlahan2 dia meletakkan kaki leyssa ke tanah.. dia lihat leyssa masih lagi merenung mukanya. X berkelip langsung mata bundar itu merenung wajahnya..

‘’ dah..’’ lee bangun dan berjalan menuju ke padang.. meniggalkan leyssa yang masih lagi x berkelip memandang lee.. melihat lee dia terfikir..mana basikal dia? Jalan kaki je? X penah pulak kau tengok dia ni jalan kaki? Hmm….. aik??? Macam ne dia tau aku perlukan plaster ni? . pelbagai soalan yang berlegar-legar di fikiran aleyssa sekarang ini.

3 comments:

zarith natasha said...

cute je lee tu.. heee...
comey2..

Anonymous said...

kak zarith natasha tuan blog apple violet kn????????...........
mane dtg lee tu tibe2 je bg plaster??????????????

Lieza said...

yuppp zarith natasha adalah tuan blog apple violet.. hehehhe...

nape dgn lee??? hihihih
teruskan membaca kalau nak tau yer?