PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Sunday, August 30, 2009

BAB 12 - GooD ByE..

‘’ mak cu.. lepas ni x perlu la kita ungkit lagi pasal tengku farid tu ye? Cukup la apa keluarga dia cakap pada kita.. leyssa dah x nak fikir apa- apa lagi pasal siapa waris leyssa.. cukup la mak cu sanggup bela leyssa, sayang leyssa. Leyssa dah x nak fikir pape lagi.’’ Serius sekali leyssa mengutarakan kata-katanya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka. Belum pun sempat dia mengenali bapa saudaranya itu. Belum pun sempat dia bertanya kan khabar lelaki itu, Tengku Marina telah pun menghina mereka. Walaupun bukan dengan cara yang terang tapi kata-katanya tadi cukup mengguris hati kecil gadis itu. Apatah lagi hati mak ucu nya. Dia sudah tidak mahu lagi mengingati kejadian itu. Farida sememang nya tidak mempunyai pilihan. Dia tidak mahu memaksa gadis itu. Dia tahu anak saudarnya yang satu itu terlalu terluka dengan perbuatan Tengku Marina. Dia juga berjanji pada dirinya sendiri selagi dia mampu untuk menyara aleyssa dia akan teruskan. Sesungguhnya hanya aleyssa saja yang dia ada didunia ini.


******************************************************
Leyssa baru saja pulang dari kedai Ah Kim.dia berhenti sebentar di bawah pohon itu. Dia rindu untuk lepak di bawah pokok seperti selalu. Namun tuntutan kerja membataskannya. Sementara menuggu keputusan SPM di umumkan leyssa lebih senang bekerja. Disamping mendapat duit poket, dia juga mahu membantu mak cu nya membeli barangan dapur. Dia juga mahu berdikari, dia sangat kesihankan mak cu nya yang dilihat semakin hari semakin kurus dan selalu saja tidak sihat. Seboleh-bolehnya dia mahu meringankan beban mak cunya itu. Kawan-kawannya yang lain juga ada dianrtaranya yang keluar dari kampung ini untuk mencuba mencari nasib di bandar bandar besar seperti kuala lumpur. Ada juga diantara mereka sekadar melepak-lepak saja.



Hmmmm… bestnya angin.. lama betul x dapat lepak sambil baca novel kat sini.. ucap aleyssa didalam hati sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi.

Tiba-tiba dia merasa sesuatu. dia membuka matanya.



‘’ lee..’’ terkejut, hanya itu yang terpacul dari mulutnya. Melihat lee yang duduk di sebelahnya. Hari itu dia nampak lain sekali. Di samping itu aleyssa merasa tenang denga kehadiran lee. Dia tersenyum riang.


‘’ lee.. awak buat apa cuti ni? Sementara tunggu result ni, saya kerja kat kedai Ah Kim, seronok keje kat situ. Anty mei tu baik sangat. Saya dah jarang datang sini. Dah x boleh lepak lagi.. ye la.. keje kan?’’ cerita leyssa dengan senang hati. Dia tahu lee mendengar omongannya. Namun dia tidak mengharapkan jawapan dari jejaka itu.


‘’ saya tolong Pak Karim dekat bengkel dia.’’ Jawab lee tiba-tiba.


Aleyssa memandang leesambil terseyum. Memang lain benar lee kali ini. Bisanya dia hanya kan mendengar saja. Payah sekali untuk berbual. Tapi petang ini dia seakan ingin berbual. Aleyssa senag dengan perubahan lee itu. Dia semakin senang hati.


‘’ ooo.. jadi awak tau la baiki membaiki ni? Hmmm.. awak tau repair basikal x? dah lama awak buat kerja ni?’’ soal aleyssa apabila melihat lee terseyum.


‘’ dulu masa sekolah kalau x de kerja selalu jugak tolong-tolong pak karim kat bengkel dia. Tp dia selalu x benarkan sebab dia takut menggangu pelajaran.’’


‘’ jadi awak la yang baiki basikal saya dulukan?’’ terjah aleyssa tiba-tiba. Dia teringat kembali sewaktu dia berterima kasih kepada Alif. Sangkanya alif la yang menolong membaiki basikalnya itu. Namun jawapan dari laif haikal cukup membingungkannya. Alif memberitahu bahawa malam itu dia tidak dapat melakukan perkara seperti yang dijanjikan. lagi pula dia tidak mempunyai peralatan untuk membaiki basikal tersebut. Sebab itu la dia merancang untuk mengajak hisham.


Lee tersenyum saja mendengar keluhan dari bibir gadis comel itu.


‘’ terima kasih ya? ‘’ ucap aleyssa. Dia terseyum memandang wajah lesu didepannya itu. Akhirnya dapat juga dia berterima kasih kepada orang yang menolongnya dalam diam.


‘’ untuk awak..’’ jawab lee. Jawapan itu membuatkan aleyssa berpaling laju memandang tepat wajah jejaka itu. Di saat itu dia melihat kotak kecil di tangan lee.
‘’ untuk awak..’’ ucap lee sambil menghulurkan bungkusan kecik itu kepada leyssa.



‘’ ape ni?’’


‘’ buka lah..’’


‘’ terima kasih..’’ jawab aleyssa sambil perlahan membuka riben cantik berwaran putih yang membaluti kotak berwarna hijau itu.. apabila di buka aleyssa melihat pelbagai jenis coklat yang diletak didalam kotak cantik itu. Dia terseyum bahagia.

‘’ lee.. kenapa awak x suka berkawan dengan saya? ‘’ Tanya aleyssa setelah beberapa jenis coklat yang masuk ke mulut nya. Sambil terseyum dia memandang sambil menghulurkan kotak yang dipenuhi denga coklat itu ke jejaka yang duduk di sebelahnya. Entah kenapa hari ni lee lain sekali. Tidak seperti pada hari-hari biasa. Namun lee pada hari ini amat menyenangkan aleyssa. Jejaka itu sukar diduga. Sememangnya dia selalu beralah untuk mendekati lee. Misinya masih belum tercapai.

‘’ lama tak datang sini?’’ soalan aleyssa di balas dengan soalan oleh lee. Aleyssa dapat melihat lee menguyah perlahan coklat yang di makannya itu. Mukanya yang pucat. Diperhatikan sejenak. Aleyssa Cuma menarik nafas dalam. Belun bersedia untuk bercerita. Entah kenapa kali ini cukup berat sekali untuk dia menceritakan kepada lee. Bukan apa.. seboleh-bolehnya dia ingin melupakan saja perkara yang berlaku dua hari lepas. Biarlah ia menjadi satu mimpi buruk.



‘’ pegi kl dengan mak cu. Saja jalan-jalan cuti – cuti Malaysia?’’ jawab aleyssa sambil tergelak yang di buat-buat.


‘’ hari ni x de cerita untuk saya?’’ Tanya lee lagi. Sesungguhnya dia amat merindui suara dan gelak tawa aleyssa. selalunya dia akan di temani suara itu. Berceloteh.. mengomel.. bercerita.. meluahkan.. dia senang sekali dengan aleyssa. sungguh jika diizinkan dia ingin sekali berbual mesra dengan gadis itu. Namun apakan dayanya.
Aleyssa memandang wajah itu dengan kehairanan. Dia pelik.. selama ni aku ade bercerita dengan dia ni ke? Setahu aku.. asyik aku je yang bercakap. Aku Tanya pun aku yang jawab? Nak dengar suare dia jauh sekali.. rungut leyssa dalam hati. Dia tersenyum lagi.



‘’ aleyssa! apa awak buat kat sini?’’ tiba-tiba suara alif haikal menerjah masuk.
Dia berjalan menuju ke arah aleyssa yang terkejut dengan kedatangan alif haikal.



‘’leyssa mama jemput awak datang ke rumah malam ni. Ajak mak cu sekali.’’ Beritahu alif sambil memandang ke arah lee.


‘’ ada ape malam ni?’’ Tanya aleyssa.


‘’ mama buat majlis makan-makan.. jadi mama suruh jemput leyssa sekali.’’ Balas alif sambil terseyum bangga.


‘’ baiklah malam nanti saya datang dengan mak cu.’’ Balas aleyssa.


‘’ eh... tak pe.. tak pe.. saya akan datang jemput awak malam ni ok?’’ saran alif lagi. Mereka solah-olah tidak menghiraukan lee. Tanpa membuang masa lee bangun dan berjalan lemah. Aleyssa yang terkejut dengan tindakan lee baru menyedari kewujudan jejaka itu.


‘’ lee...!! awak nak pegi mane?’’ laung aleyssa namun langsung tidak berbalas.


‘’ lee!!’’


‘’ leee!!!’’


‘’ lee... behenti la jap...’’ jerit aleyssa sambil berlari anak mengejar jejaka itu. Melihat lee yang behenti melangkah aleyssa cepat-cepat memotong lee.


‘’ awak nak pergi mana? Kita x habis bincang lagi..’’ Tanya aleyssa.


‘’ balik..’’ jawab lee pendek. Kan dah cakap.. mood mamat nih bukan boleh di buat main-main. Sekejap elok.. kejap kang dingin.. kejap nanti x tau la ape jadi.melihat aleyssa terdiam dengan jawapannya lee meneruskan langkahnya. 5 tapak melangkah.. lee berpaling kembali memandang ke arah aleyssa.


‘’ Aleyssa Dania!!’’


panggil lee
Aleyssa yang terpana mendengar lee memangil namanya it uterus memandang tepat ke wajah lee.



‘’ kita tak akan jumpa dalam jangka masa yang agak lama,’’ kata lee sambil memandang sayu kearah leyssa yang agak kehairanan itu.


‘’ jaga diri awak baik-baik’’


‘’Jangan banyak menangis’’


‘’ jangan terlalu percayakan orang sekeliling awak’’ tambah lee lagi. Aleyssa masih lagi terpinga-pinga dengan kata-kata lee.


‘’ jumpa lagi..’’ berakhirnya kata-kata itu lee berlalu pergi meninggalkan aleyssa. melihatkan lee yang semakin jauh.. aleyssa bercadang untuk mengejar lee untuk bertayakan hal tadi. Namun cadangannya itu terbantut apabila alif haikal memanggilnya untuk menghantar nya pulang. Hari pun dah berinjak petang. Dia harus pulang untuk menhadiri majlis jemputan alif haikal tadi. Namun difikirannya masih berlegar-legar ucapan dari lee sebentar tadi.







hmmmm... sory kalau entri ni kurang menarik..

teruskan memberi komen ye?


1 comment:

Anonymous said...

lee dh pdai ckp byk la....suke nye...semak je si alif tu dorang bru nk sembng....agk2 lee nk g mane ar?????