PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Wednesday, August 19, 2009

BAB 10.2

‘’ Aleyssa Dania Abdullah.. kami dengan sebulat suara melantik kamu untuk menjadi pengganti kepada pemangku head girl yang akan berpindah mengikut keluarganya ke Australia. Kamu tahu perkara ini bukan?’’ soal Cik jannah selaku guru disiplin merangkap guru penasihat badan pengawas sekolah.

Aleyssa hanya menganguk lemah. Dia Cuma memandang jari-jarinya yang bermain sesame sendiri. Kemudian mengangkat wajahnya memandang wajah cik jannah yang duduj di hadapanya.

‘’ kenapa? Ada apa yang kamu nak Tanya saya? Kamu x puas hati dengan keputusan pihak sekolah?’’ Tanya cik jannah seakan tahu apa yang sedang difikirkan aleyssa sekarang ini.

‘’ tapi kenapa saya cikgu? Bukan ke ramai lagi pelajar yang layak selain dari saya?’’ luah aleyssa takut-takut, sememangnya dia tidak pernah mengimpikan jawatan itu.

‘’ kamu tau berapa ramai yang datang temuduga untuk jawatan ini? Dan berapa ramai pelajar yang betul-betul inginkan jawatan ini?’’ soal cik jannah lagi.

Huh? Siap ade temuduga lagi? Tapi aku x pernah tau pun ada temuduga? Dan aku x pernah pun hadiri temuduga itu. Gumam aleyssa didalam hatinya. Dia semakin pelik dengan apa yang berlaku ini.

‘’ beginilah aleyssa, saya ceritakan kenapa dan bagaimana awak terpilih untuk jawatan ini. Setelah kami berbincang dengan guru-guru serta ajk tertinggi badan pengawas kami Nampak hanya awak yang di percayai dapat menyandang tugas kali ni dengan baik.’’

‘’ kenapa? Pertama..Kerana kami lihat hanya awak sahaja yang mampu berkomunikasi dengan baik dengan pelajar bukan melayu. Kami melihat awak berkawan tidak mengira bangsa, walaupun awak seorang pelajar yang suka bersendirian ( berangan ) namun setiap kali ada aktiviti berkumpulan awak akan memberikan tumpuan serta komitmen yang tinggi terhadap apa yang awak lakukan.bukan senang untuk bekerjasa dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai kaum dan kerenah. Tapi kamu boleh lakukanya.’’

‘’ kedua..awak juga seorang kakak yang baik kepada adik-adik kamu. Maksud saya kami tahu kamu mempunyai ramai pengikut dari kalangan junior-junior. Saya mendapat maklumat ini dari kawan kamu yang mengatakan mereka sangat mesra dan suka mendapatkan bantuan kamu sekiranya mereka menhadapi sebarang masalah. Sikap ini yang kami mahukan dalam diri seorang pemimpin. Dimana kamu dapat berinteraksi dengan baik serta dapat mengawal pelajar dengan sikap kamu yang lembut itu. Sikap ini la yang tiada pada mana-mana pelajar yang datang untuk mendapatkan jawatan ini. Kami Nampak ia ada pada kamu. Kamu boleh menjadi pengaruh yang baik kepada pelajar-pelajar junior dengan sikan lemah lembut, baik hati serta hormat menghormati sesame bangsa. Kami guru-guru sudah cukup pening untuk mengatasi masalah perkauman antara pelajar sekolah ini. Jadi kami rasa dengan cara ini kami dapat menyelesaiakan masalah ini.

‘’ dan ketiga.. saya sendiri nak melatih kamu supaya menjadi seorang yang lebih tegas, berkepimpinan, serta di hormati oleh rakan-rakan lain. Buang sikap suka berangan kamu itu. Cuba jadi antara yang terbaik. Saya percaya kamu boleh lakukan. Paham?’’


Kini aleyssa tau... Dia teringat akan kata-kata cik jannah sebelum dia secara rasmi menerima jawatan yang cukup kontroversi di sekolahnya itu. Dia terseyum memandang bilik pengawas yang menjadi markas nya untuk aktiviti-aktivi bersama pelajar junior. Juga study group nya, dan situ jugalah dia mula rapat dengan alif haikal merangkap sebagai ketuanya dalam badan pengawas. Segala aktiviti di jalankan bersama membuatkan mereka semakin serasi.

Banyak sekali cabaran yang terpaksa dia lalui dalam menggalas tanggungjawab itu. Semuanya dianggap cabaran untuk dia menjadi lebih baik dan bersemangat. Dia masih lagi inagt bagaimana dia di tuduh mencuri, dituduh tidak menjalankan tugas, ada juga pelajar yang menuduh dia menerima jawatan itu konon-konon nya hendak mendekati jejaka idaman pelajar perempuan iaitu Alif haikal. Tidak kurang juga dia selalu mendapat tentangan dari rakan kelas nya sendiri Dian yang sememangnya ada saja cara untuk mengenakan atau lebih tepat lagi membuatkan kerja harian ALeyssa di sekolah kucar kacir.

Aleyssa masih lagi berdiri menghadap bilik itu, dia tersenyum mengingati kisah-kisah terdahulu yang berjaya mencuit dan menyentuh hati kecilnyai tu selama dia bersekolah disini. X lama lagi sesi persekolahan akan di tinggalkan. Hari ini merupakan hari terakhir dia memakai seragam biru ini. Saat itu, laeyssa cukup sayu melihat-lihat bangunan yang menjadi saksi betapa dia cukup komited dalam mengejar ilmu.

‘’ jauh termenung? Ingat kat sape tu?’’

‘’Oh mak kau??’’ aleyssa betul-betul terkejut dengan sapaan itu.

‘’ ishhh awak ni.. x reti nak bagi salam ke? Kitakan orang islam?’’ marah aleyssa. berdebar-debar jantungnya macam membuat larian 100 meter.

‘’ oppsss.. maaf ye? Assalamualaikum Tuan Puteri aleyssa Dania..’’ jawab alif sambil menyusun sepuluh jari memohon maaf. Dia tersenyum Cuma melihat wajah aleyssa yang kemerahan menahan marahnya itu.

‘’ Waalaikumussalam.. ‘’

‘’ ha.. kan ke bagus macam tu? Bagi salam dulu baru la nak tegur.. xde la saya terkejut macam ni?’’

‘’ dan satu lagi.. nama saya Aleyssa Dania Abdullah saja.. mana ada Puteri. Awak ingat saya ni Puteri raja dari mana?’’ rungut Aleyssa panjang lebar.

‘’ Baiklah ALeyssa Dania Abdullah saja… jom kita balik? Awak nak tunggu putera raja datang jemput ke?’’ seloroh Alif pantas bangun dari kerusi yang didudukinya mengatur langkah sambil tergelak sakan.

‘’ Haikal!!!.. ishhhh geram betul dia ni!! Orang cakap betul2 dia main-main pulak.. ishhhhh.. benci!’’ marah aleyssa sambil turut mengatur langkah mengikuti ALif yang masih bersisa tawanya mengenangkan wajah aleyssa yang mencuka itu.

‘’ leyssa malam nanti bagitau mak cu.. saya jemput ye? ‘’

‘’ tak payah la awak naik basikal malam-malam nanti?’’ kata Alif.

Aleyssa hanya menganguk setuju. Dia juga sebenarnya takut untuk berbasikal ke sekolah pada waktu malam. Tapi dia juga segan apabila alif mempelawa untuk menjemputnya. Nanti apa pula kata jiran-jiran? Dan lagi nahas kalau Dian tau perkara ini. Entah apa pula tindakanya nanti. Namun begitu dia tidak sanggup untuk melepaskan aktiviti malam nanti. Aktiviti dia mana mereka semua pelajar tingkatan 5 akan berkumpul dan mengadakan sedikit jamuan serta BBQ bagi meraikan tamatnya peperiksaan.






4 comments:

Hana Norisa said...

the mystery spe yg baiki basikal leysaa blum terungkai lah....
alif tu mmg syok kat leysaa ek?

fzm2 said...

ak ah psl baiki beskal
bl0m tw lg kn??
huhuu..cpt2 smb0nk eh

Lieza said...

hmmm... sabar-sabar.. misteri akan terjawab nanti.. buat mase ni. ia masih menjadi misteriiiiii.. ahaks.. tunggu yek?? ekekekek

zarith natasha said...

mna Lee?
rndu lak kt dia...
zarith ska Lee la.
hope Lee dgn leysa...
smbung lg..
keep it up lieza...