PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, August 17, 2009

BAB 10.1

Peperiksaan SPM Cuma tinggal 2 minggu saja lagi... sekejap benar masa berlalu. Kini mereka sudah hampir ke masa-masa genting dalam menentukan hala tuju hidup masing-masing. Kebanyakan guru-guru mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas tambahan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5. Semua pelajar mesti terlibat. Pelajar yang engkar akan dikenakan tindakan. Kelas ini merupakan persediaa terakhir sebelum menghadapi peperiksaan. Masa ini guru-guru akan menurunkan segala ilmu yang ada untuk pelajar masing-masing dengan doa supaya mereka dapat menjawab sehabis yang baik dan mendapat keputusan cemerlang serta mengahrumkan nama pihak sekolah.

Seperti biasa aleyssa datang dan pulang ke sekolah dengan basikalnya, petang itu selepas kelas kimia.. dia bersama dengan farah berjalan menuju ke tempat letak basikalnya.

‘’ leyssa kau faham x ape yang miss wong terang tadi?’’ Tanya farah yang masih lagi bingung memikirkan formula-formula kimia yang diterangkan oleh miss wong dalam kelas tadi.


‘’ faham la skit-skit.. x pe.. sok aku terangkan kat kau mane yang kau tak paham. Mane yang aku bleh jawab aku jawab. Kalau tak kau kene la taye miss wong??’’ balas aleyssa sambil tersenyum dan mendapatkan basikalnya.

‘’alamak… basikal aku pancit la.. macam ne ni? Hari dah petang ni? Nak hujan lak tuh?’’ kata aleyssa dengan nada risau.

‘’ kau tumpang aku la.. kejap lagi abang aku datang.. aku suruh dia anta kau balik..’’
‘’ermmm.. tttak pe la farah.. thanks.. aku balik jalan kaki la.. lagipun rumah kita bukan sehala..’’ jawab leyssa tergagap.. bukan niat dia menolak bantuan dari sahabatnya itu.. mengenangkan abangya farhan yang selalu menjemput farah dengan motosikalnya. Dia sebolehnya mengelak dari membonceng dengan lelaki. Bukannya dia tak tahu yang farhan sememangnya ada perasaan terhadapnya. Ini di akui sendiri oleh farah. Kerana dulu abangnya selalu membelikan bunga dan coklat untuknya. Pernah sekali dia member sekeping kad yg berisi luahan hatinya. Namun ia ditolak baik oleh aleyssa dengan alasan dia masih lagi pelajar sekolah.

Farah akhirnya akur dengan kehendak aleyssa. setelah farhan sampai dia terus berlari mendapatkan abangnya yang menunggu di luar pagar. Aleyssa hanya memerhati dari tempat letak basikalnya yang tidak jauh dari pintu pagar. Dia dapat melihat pandangan tajam dari farhan di tuju kepadanya. Serentak iru dia mengalihkan pandangan ke basikalnya.

‘’ hmmmm… macam mane aku nak balik ni? Huuuuuuuuuuu’’ dalam x sedar aleyssa mengeluh berat.

‘’ kenapa mengeluh ni? Ada ape yang boleh saya bantu?’’ Tanya alif tiba-tiba yang muncul di sebelah aleyssa. terperanjat aleyssa di buatnya. Nasib tak melatah..

‘’ pancit nih? X boleh jalan dah ni.. hari dah petang.. nak hujan lak tu.. kedai bawah tu agaknya dah tutup.’’ Kata-kata alif itu sama seperti yang ada di fikiran aleyssa tadi.

Kalau boleh jalan x de la aku tercegat lagi kat sini.. gumam aleyssa dalam hati.

‘’ saya hantar awak balik? Kebetulan hari ini saya bawak kereta. Saya hantar awak ye?’’ pelawa alif haikal. Aleyssa masih lagi bertolak tambah bahagi darab..

( berfikir la tu..)

‘’ hari dah semakin gelap ni. Mcam nak rebut je? Bahaya la kalau awak balik dengan basikal pancit ni?’’ sogok alif lagi apabila aleyssa masih lagi tidak memberikan jawapan.

‘’ saya hantar ye?’’ serentak itu dia mengambil buku dan beg aleyssa yang di letak di atas bangku dan berjalan menuju ke keretanya. Hendak tak hendak aleyssa menurut langkah alif menuju my V hitam itu. Saat dia hendak melangkah masuk ke dalam kereta dia melihat lee lalu bersama basikalnya. Apabila matanya bertemu mata lee dia terkejut lee dengan serta merta mengalihkan pandangan mata nya ke arah lain. Kenapa dia tu? Tanya leyssa dalam hatinya. Dia duduk elok sambil menutup kemas pintu kereta dan kereta itu meluncur keluar dari pintu pagar sekolah. Dari dalam kereta aleyssa dapat melihat kelibat lee yang membawa basikalnya. Saat kereta alif melintas basikal lee leyssa hanya memandang lee. Tapi lee langsung tidak memandang ke arahnya. Di telinga lee terselit earphone nya. ( mesti dengar lagu… )

‘’ hmmmmm…’’

‘’kenapa mengeluh leyssa?’’ keluhan leyssa itu didengari alif haikal.

‘’ x de.. saya risaukan basikal saya. Tinggal kat situ. Takut kene curi.’’ Jawab aleyssa apabila terasa dirinya diperhatikan oleh alif haikal.

‘’ nak curi apenye? Kan ke awak tinggalkan basikal tu dalam kawasan sekolah? Sekolah kita kan ada guard. Kalau awak masih risau malam nanti saya akan ajak hisham pergi sekolah dan hantar basikal ke rumah awak ye?’’ ucap alif haikal.

Belum sempat leyssa menjawab. Dia sudah melihat kelibat mak cunya di pintu. Alessa keluar dari kereta dan mendapatkan mak cu. Alif haikal turut keluar bersalaman dengan mak cu.

‘’ maaf mak cik.. saya hantar leyssa balik hari ni. Tadi basikalnya pancit masa balik dari kelas. Jadi saya hantarkan je dia memandangkan hari nak hujan.’’ Terang alif haikal sebelum sempat leyssa menegur mak cunya.

‘’ ooo… terima kasih ya haikal.. mak cik pun risau je.. lambat betul leyssa balik hari ni. Kalau tak de kamu tak tau la macam mane leyssa ni.’’ Ucap farida kepada anak muda di depannya itu. Bukannya jauh sangat rumahnya dengan sekolah. Tapi memandangkan hari lewat petang. Cuaca pula semakin buruk. Dia khuatir sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anak kesayanganya itu.

‘’ sama-sama makcik. Kalau macam tu saya balik dulu ye? Hari pun dah lewat ni. Takut mama risau pulak..’’

‘’ baiklah.. kirim salam kat mama ye? Hati – hati memandu.” Farida masih lagi menuggu sehingga alif selamat keluar dari perkarangan rumah mereka. My v hitam itu meluncur laju di atas jalan raya.. farida hanya terseyum teringatkan pemuda bernama haikal itu.

*************************************************************

Keesokan paginya aleyssa sampai agak lewat kerana hari ini dia berjalan kaki saja. Niatnya untuk melihat keadaan basikalnya. Dia segera mendapatkan basikalnya. Alangkah terkejutnya aleyssa melihat tayar basikalnya dah o.k. dia sekali lagi membelek-belek keadaan basikalnya itu. Tidak puas hati dengan membelek.. dia naik duduk atas basikalnya. Betull.. x pancit lagi dah.. bunyi loceng menghalang dia untuk terus membelek basikal itu lagi. Da terus berlari menuju ke kelas. Dalam perjalanan ke kelas dia teringat akan kata-kata alif haikal semalam.

Masuk ke kelas dia melihat alif haikal sedang khusyuk menulis sesuatu di dalam buku notanya, matanya tidak lepas dari memandang pemuda itu, dia duduk dan meletakkan beg nya di atas meja. Namun matanya masih lagi memandang ke arah haikal yang duduk berselang dengan mejanya. Tiba-tiba alif haikal memandang ke arahnya dan melemparkan senyuman manis buat aleyssa. aleyssa membalas senyuman itu. Saat itu di teringatkan seseorang yang berada di belakangnya. Mana mungkin dia dapat melupakannya. Dia mengalih pandangan nya ke belakang mencari kelibat lee. Namun tidak kelihatan. Dia beralih semula ke depan dan saat itu dia tersentak kerana tiba-tiba lee sudah berdiri di depan mejanya. Berjalan menuju ke tempat duduknya. Tanpa memandang sedikit pun ke arah aleyssa. seperti biasa dia duduk,, letak beg atas meja.. dan menyembamkan mukanya di atas beg sehinggalah kehadiran cikgu ke kelas. ( poyo betul mamat ni)

Tamat saja sesi persekolahan aleyssa bergegas ke tempat letak basikalnya. Hari ni kelas tambahan di batalkan. dia ingin berterima kasih kepada haikal kerana membaiki basikalnya. Dia menunggu haikal di depan pintu pagar sekolah. Tadi didalam kelas dia tidak sempat berbuat demikian.
Aleyssa Nampak haikal dengan Hisham. Namun dia tidak sempat memanggil kedua sahabat itu. Mereka berlalu tanpa perasan akan kelibat aleyssa yang berdiri di tepi pagar sekolah.

Hmmmm… x pe lah esok saje la aku ucap terima kasih.. ucap aleyssa sambil tersenyum menaiki basikalnya.

Dan sewaktu dia mula mengayuh basikalnya kali ini terasa ringan sekali. Bukan macam biasa.. berat semacam. Kali ni dia mengayuh dengan lancar sekali. Dia seronok dengan perubahan basikalnya itu. Sambil menyanyi dia mengayuh perlahan untuk mendapatkan angin petang. Di depanya dia Nampak lee.. aleyssa melajukan kayuhannya supaya dia beriringan dengan lee..

‘’ hai lee… lambat awak hari ni? Petang ni awak main basket tak? saya dah x boleh baca novel lagi? Saya Cuma boleh ambil2 angin je kat situ. Mak cu dah simpan semua novel saya. Dia cakap lepas exam baru saya di benarkan baca novel lagi.. tapi x pe.. saya boleh menulis kat bawah pokok tu? Sambil tengok awak main basket??’’ celoteh aleyssa panjang lebar. Aleyssa tahu dia hanya bercakap seorang. Tapi entah kenapa dia cukup selesa bercakap dengan pemuda sorang ni. Dia boleh meluahkan apa saja. Dia boleh jadi apa saja bila dengan lee.

‘’ lee… saya balik dulu.. jumpe kat padang ye? Bye..’’ aleyssa melambai lee sambil masuk ke simpang rumahnya. Lee hanya memandang dingin perilaku aleyssa terhadapnya. Aleyssa behenti di simpang itu dan memerhati lee dari belakang. Dia Nampak lee masuk ke simpang depan. Tak banyak yang dia tau tentang lee. Dia Cuma tahu yang lee tinggal berseorangan di rumah yang di sewa dari pak cik Karim. 2 tahun yang lalu lee tiba-tiba muncul di pekan ini tanpa sebarang maklumat lanjut mengenai dirinya. Pelajar-pelajar lain tidak menyukai lee.. mungkin kerana sikap nya yang sangat pendiam dan tidak bercampur dengan orang lain. Mungkin sebab itu juga semua orang tidak tahu langsung latar belakangnya. Dengar cerita puan pengetua pernah memanggil lee untuk membawa penjaganya berjumpa pihak sekolah. Dan dengar cerita lagi.. pak karim lah yang datang sebagai wakil penjaga lee. Mak cu juga pernah bercakap tentang kehadiran remaja cina yang tinggal di rumah Pak Kasim. Dalam Diam aleyssa bertekad untuk mengumpul dan mencari maklumat berkaitan pemuda cina itu. Dia tersenyum sendiri sambil menyorong basikalnya masuk ke parkir perkarangan rumahnya.


hmmm... sori ye? upload sikit2 ade problem skit dengan manuskrip,,, huhuhu



4 comments:

fzm2 said...

hurmmmm
msty lee yg baiki beskal
aleesya ek????huhuhu
smbonk lg yerk

Lieza said...

amboi... pandai je meneka yerk?? hihihi.. tunggu la... ekekekke

zarith natasha said...

lieza.. lee ni sgt mnarik la..
msteri pn ya..
cpt2 la smbomg..
nk tau lbeh lg psai dia..
best2..
heee..

Hana Norisa said...

mmmmmmmmmmm....
spe lah yg agaknya yg repair basikal tu...
nmpk gaya macm haikal tu...
tp ntahlah...
takkanlah lee kot...