PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, August 14, 2009

BAB 10 – Andai Ku Tahu

Perhatian kepada semua ajk tertinggi pengawas sekolah.. satu perjumpaan akan diadakan pada jam 10.00 pg. semua ahli wajib hadir.

Pengumuman itu disampaikan oleh unit siar raya sekolah semasa waktu rehat pelajar. Suasana di perkarangan sekolah pada hari ini tenang sekali. Di bangku berdekatan dengan kolam ikan itu aleyssa sedang asyik menulis sesuatu.

‘’ assalamualaikum… ‘’

‘’ tulis ape tu?’’ sapa alif haikal.

Aleyssa tersentak dengan sapaan jejaka itu serentak itu dia mengangkat mukanya memandang gerangan yang menegurnya.. Tiba-tiba saja muncul. Nasib baik bagi salam.. sejuk jugak hati. Dia menjawab salam dari alif haikal dengan senyuman. Sambil tanganya menutup buku dan memusing-musingkan pen di tangannya.

‘’ maaf.. saya menggangu ke?’’ Tanya alif serba salah apabila melihat aleyssa yang seakan tidak senang dengan kehadirannya.

‘’ eh.. tak lah.. hurmmmm.. ade ape awak cari saya? ‘’ Tanya aleyssa sopan. Sememangnya dia agak tidak senang dengan kehadiran jejaka kegilaan ramai pelajar perempuan sekolah ini. Termasuklah dian. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu ada gossip-gosip liar melanda kalau-kalau kejadian ini sampai ke telinga dian.

‘’ oh.. tttakk cume nak bagi tau yang lepas ni kita ada meeting kat bilik pengawas’’

‘’ tau.. saya dengar unit siar raya buat pengumuman tadi..’’

‘’urmmm.. kita pergi sekali ye?’’ ajak alif haikal teragak-agak.

‘’ okey.. jom lah.. kejap lagi jam 10.00 kite gerak sekarang..’’ jawab aleyssa selamba sambil bangun untuk bergerak ke destinasi mereka. Alif haikal terseyum dan mengekori aleyssa seterusnya cuba menyaingi langkah aleyssa yang laju supaya seiring sejalan dengannya.

di satu sudut lainnya...

‘’ kau tengok tu??. Macam ade pape je??’’ kata fiza sambil memuncungkan bibirnya kepada aleyssa dan alif yang beriringan ke bilik pengawas.

‘’ gatal punya perempuan. Memang nak kene dengan aku!!’’ bentak Dian sambil menjeling ke arah mereka berdua.


Malam itu aleyssa duduk sendirian di meja belajarnya. Kembali menyambung tulisannya yang tergangu pagi tadi. Dia juga asyik memikirkan perubahan lee. Semakin lama dia dapat merasakan lee semakin menjauhinya. Dia juga pelik dengan sikap jejaka yang di panggil haikal. Ade saja alas an yang di beri untuk mendekati dirinya. Saat kepalanya dah serabut dengan pelbagai tanda Tanya dia memandang tulisannya di dalam buku nota yang selalu di bawanya itu…


ku tak perduli
bila ku benar - benar cinta mati
ku tak perduli
ku memang begini
bila ku benar benar cinta mati

ku tak peduli
apa saja yang kau inginkan
aku rela

Bukannya aku takut
akan kehilangan dirimu...
tapi aku takut
kehilangan cintamu..

mungkin saja saat itu
kau mempermainkan aku...
seakan kau bisa membalas cintaku...

ku tak mengerti
yang selama ini ku rasakan....
pasti...
kau tak perduli
bila saja yang ku inginkan
kamu rela



lirik lagu yang dinyayikan mulan jameela. Satu lagi minat aleyssa. Dia sangat suka mengumpul lirik-lirik lagu yang dia rasakan dapat meluahkan perasaanya saat dan tika itu.. tiada siapa yang tahu minatnya yang satu ini. Tidak juga farah sahabat baiknya sendiri tidak juga mak cu nya yang sememangnya tempat dia mengadu cerita tentang apa saja. Dia akan menulis apabila dia berseorangan sahaja. Baginya ini adalah salah satu cara dia meredakan tekanan hidupnya. ( mungkin?? )

No comments: