PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, August 24, 2009

10.3 misteri ke??

Malam ini meriah sekali dengan bunyi lagu yang berkumandang memalui radio . kebanyakan pelajar dah lama sampai. Kawasan kantin sekolah telah dipenuhi dengan asap berkepul-kepul. Baru pukul 7.00 ptg. Masing-masing bergotong royong menyediakan barang –barang keperluan untuk BBQ malam ni. Ada yang sedang menyapu, membersihkan meja, menyediakan bekas makanan dan ada juga yang sibuk merasa air yang di bancuh sendiri.

‘’ bak aku rasa air tu..’’ arah hazwan pada syida yang sedang membancuh air sunquick. Syida menuangkan sedikit saja air kedalam cawan yang di hulur hazwan tadi.

‘’ mana cukup nak rasa banyak ni?’’
‘’ isi la lebih skit?’’ kata hazwan lagi.
‘’ eii ko ni.. kalu dah segelas ko minum itu bukan merasa lagi tau? Ko ni kan? Saje je nak nyakat aku kan? Dah.. p main jauh-jauh.. ‘’ marah syida sambil menjeling ke arah hazwan yang berlalu dengan tawanya.
‘’ eh leyssa meh la sini.. kita borak-borak..?’’ ajak syida yang melihat aleyssa terseyum kepadanya.
‘’ kau nak air?’’ pelawa syida tanpa menunggu jawapan dari aleyssa dia terus menuangkan air ke cawan dan bagi kat leyssa.
‘’ terima kasih..’’aleyssa yang ingin duduk itu menyambut cawan berisi air sambil terseyum memandang syida. Pelajar yang agak kelam kabut tapi baik hatinya.
‘’ mesti best jamuan malam ni kan? Past ni x tau la kite jump eke tak lagi.. mesti masing-masing bawa haluan sendiri kan?’’ kata syida sambil tangan nya masih lagi mengacau-ngacau air yang di bancuh tadi.
‘’ ak ah.. semua orang dah sampai ke? Cikgu-cikgu? Semua datang kan?’’ balas aleyssa pula sambil memerhatikan kawasan sekeliling.
‘’ Rasanya dah kot? Mungkin ada kat surau.. kan sekejap lagi nak jemaah bersama-sama? Aku pun nak kesana ni.. tapi x de orang lak nak tolong jagakan air ni.. kalau tinggal je.. kau tau la budak2 nih. Belum sempat jamuan mula kang,, airnya dah habis..’’ rungut Syida.
‘’ hmmm.. x pe la.. biar saya je yang jagakan. Lagipun saya cuti.’’ Jjawap aleyssa seakan berbisik kepada syida..
‘’ oooooo.. kalau macam tu okla.. tolong ye?’’ jawab syida sambil berlalu menuju ke surau.

Aleyssa hanya menghantar syida dengan senyumannya. Sambil melihat-lihat pelajar cina yang sedang sibuk menyediakan bara api untuk bakar ayam nanti. Cuma ada segelintir pelajar islam yang masih tinggal. Mesti semuanya cuti.. ( heheheh)
‘’ ada pape yang bleh saya bantu? ‘’ Tanya leyssa pada Ling-ling yang sedang bertungkus lumus menyediakan bara di tempat membakar.
‘’ oo.. leyssa.. kamu x sembahyang meh??’’ Tanya ling-ling kembali. Saat itu merah muka leyssa dengan soalan yang agak kuat dari ling-ling itu. Dia kemudian berbisik sesuatu di telinga gadis cina kecil molek itu.
‘’ oooo.. macam itu kah? Okey okey.. saya paham ma… hihihih..’’ kata ling-ling sambil menganggukan kepalanya. Sebelah tangan nya asyik mengipas arang supaya apinya marak.
‘’eh! Leyssa daripada kau melihat-lihat saja.. lebih baik kau pergi ambil barang dalam stor sana.aku tau la kau tu head girl.. x kan la x bleh wat keje?’’ tiba-tiba saja Dian menyampuk serta mengarahkan aleyssa.
‘’ ermm.. barang ape Dian? Nanti saya amikkan. Awak bagitau je apa dia.’’ Balas aleyssa pula. Lembut.. dia malas hendak bergaduh dengan Dian. Itulah Aleyssa sentiasa lembut dan mengalah. Benar kata sahabat nya farah.. sikapnya yang terlalu mengalah itu yang membuatkan Dian masih lagi berani untuk mengenakannya. Namun apakan daya.. itulah aleyssa. nasib baik lah farah awal-awal lagi sudah ke surau. Kalau tidak x tau la apa jadi bila di atau Dian mengarahkan aleyssa.

‘’ hai!! Ko tengokla sendiri apa barang yang x de dan diperlukan untuk majlis ni? X kan itu pun ko tak tau? Lembap la kau ni? ‘’ sela Dian lagi.

Aleyssa hanya mampu terseyum. Meletakkan paper yang dipegang untuk menolong Ling-ling tadi dan melangkah meniggalkan Dian yang terseyum kemenangan.
‘’ Leyssa saya tolong kamu?’’ pelawa Ling-ling tiba-tiba.
‘’ kalau kau tolong dia? Sape nak siapkan nih?’’ bangkang Dian keras. Membiarkan saja aleyssa berlalu seorang diri. Ling-ling hanya mengeleng kepala dan meneruskan tugasnya.

hari dah semakin gelap. Sebentar lagi mereka yang menunaikan solat akan selesai dan mula berkumpul di kantin. Maka akan bermula la majlis malam ni. Mesti seronok. X sabarnye?? Gumam aleyssa dalam hatinya melangkah sambil senyuman menghiasi bibirnya. Berseorangan ke bilik stro yang agak jauh dari kawasan kantin agak menyeramkan aleyssa. dia berjalan lambat-lambat memerhatikan sekeliling. Macam-macam dah yang terpikir salam otaknya sekarang ini. Maklumlah kawasan luar Bandar. Dikelilingi hutan pulak tu?
Hmmmm… macam ne ni? Dah la aku sorang je.. banyak pulak barang mak bawa nih? Mana nak letak bakul, penyodok, paper-paper lame ni? Huuuuu.. monolog aleyssa sendirian. Dia masih lagi mencari-cari barang-barang lain di belakang pintu bilik stor itu. Takut untuk melangkah lebih kedalam bilik itu. Dia Cuma berada di tepi dan mencapai apa saja yang berdekatan di pintu saja. apatah lagi dia tahu kunci pintu itu rosak hanya boleh di buka dari luar sahaja.
Sedang asyik dia memilih barang-barang yang hendak di bawanya tiba- tiba…

‘’Saya tolong?’’ sapaan suara lelaki cukup memeranjatkan aleyssa. aleyssa terjerit dan terdorong kedalam bilik stor itu, kejutan itu membuatkan aleyssa melanggar rak barang-barang yang ada. Malang baginya habis kotak-kotak serta entah ape jenis barang lagi yang menimpa badan serta kepalanya.
‘’ auuwww… sakit!!!’’ jerit aleyssa.
‘’ aLeyssa???’’ jerit lee. Dan saat itu suasana gelap serta merta menyelubungi mereka berdua.

‘’ ibu!!! Tolong leyssa bu??? Jerit leyssa dalam nada serak. Air mata nya mula membasahi pipinya. Dia yang sememangnya fobia dengan keadaan gelap.
‘’ Aleyssa? awak ok?’’ Tanya suara tadi.
‘’ sape tu?’’ Tanya aleyssa dalam nada sendu. Teresak-esak menahan tangisnya.
Serentak itu nyalaan liter cukup untuk menerangi bilik itu.

Sementara di kantin, suasana makin rancak dengan lagu-lagu yang di pasang melalui cd-cd yang di bawa sendiri oleh unit siar raya. Acara membakar ayam sosej dan segala bahan telah pun bermula. Masing-masing enjoy dengan acara malam ini. Guru-gur yang turut serta ikut sama berbual sesame mereka. Tiada lagi gap antara guru dan muridnya. Apa yang dilihat saat itu adalah seperti sesi sembang santai sambil menikmati juadah yang terhidang. Masing- masing bergelak ketawa. Ada diantara mereka yang mula berkaraoke, menujukan lagu-lagu kepada rakan-rakan dan guru mereka. Cik jannah turut sama diundang menyanyi. Lain benar sikapnya. Sunggu mesra sekali, diibaratkan kakak yang melayan kerenah adik-adiknya. Semua pelajar terlopong apabila melihat cik jannah muncul di pentas untuk berduet dengan Hisham. Begitu sporting sekali.
Sememangnya majlis ini menjadi majlis yang bermakna sekali buat mereka. Namun tanpa mereka sedari 2 rakan mereka tidak menyertai majlis pada malam itu.
************************************************

‘’ lee…’’ ucap aleyssa sayu… masih lagi teresak-esak menangis.
‘’ saya takut.. saya x suka gelap.. ‘’ ucap aleyssa lagi tersedu-sedu.
‘’awak ok?’’ Tanya lee.
‘’ ok tapi saya rasa sakit kat kepala ni ha...’’ Medengar saja kata-kata aleyssa itu lee terus bangkit mendekati aleyssa dengan pantas. Akibat dari perbuatanya itu liter yang menyala tadi terpadam.
‘’ Lee!!!!’’ jerit aleyssa apabila kegelapan bertandang. Serentak itu lee menyalakan kembali nyalaan liternya itu.
‘’ x pe awak duduk je situ. Jangan gerak..nanti padam lagi.. saya takutttt..’’ arah aleyssa..
‘’ tapi awak cedera..’’
‘’ x pe… sikit je..’’
‘’ handphone awak mane?’’ Tanya lee mendapat akal.
‘’ ada.. kenapa?’’
‘’ gunakan cahaya handphone awak.. cukup kan untuk cerahkan bilik ni?’’
‘’ ak ah.. kenapa saya x terpikir tadi ye?’’ ucap aleyssa terus mengeluarkan nokia 3310. Hanya itu yang mampu di beli mak cu nya.
‘’ ha… dah ok..’’ aleyssa menayangkan handphone yang menyalakan lampu itu kepada lee sambil tersenyum.
‘’ kat mana yang sakit?’’ Tanya lee sambil menghampiri aleyssa.
‘’ kat sini..’’ tunjuk aleyssa sambil meraba dahinya..
‘’ basah..’’
‘’ darah la!’’ ucap le agak kuat. Terkejut barangkali.
Lee mengundur ke belakang dan mengeluarkan tisu dari dalam poketnya. Dan menghulur kepada aleyssa. aleyssa yang melihat tisu itu terhambur tawanya. Gelak sakan la dia melihat tisu yang dihulur lee itu.
‘’ kenapa?’’ Tanya lee hairan
‘’ awak ni tokei tisu eh? Dulu pun awak bagi saya kan? Siap ada spare lagi.. ‘’ kata aleyssa sambil menyambung terus tawanya.
Lee diam. Dia meletakkan tisu tersebut di atas lantai dan mengundur beberapa langkah kemudian duduk memeluk kakinya. Aleyssa terdiam melihat tingkah laku lee itu. Dia merasa bersalah. Niatnya hanya ingin bergurau. X sangka lee kecil hati dengan kata-katanya. Dia bergerak mencapai benda itu dan dia Cuma pegang dan memerhatikan saja tingkah laku lee yang tiba-tiba saja diam. Kembali kepada lee yang asal.
**************************************************************
‘’ dan sekarang di jemput saudara alif haikal bagi mewakili pelajar lelaki untuk memberikan sepatah dua kata.’’ Panggil Hisham selaku pengacara majlis pada malam itu.
‘’ selamat malam semua.. saya x nak cakap banyak, sebab saya tak puas lagi makan-makan malam ni. Saya sangat seronok dengan majlis malam ni. Saya dapat rasakan satu keakraban wujud antara kita yang sebelum ni tak pernah kita capai. Jadi harapan saya semoga hubungansebegini akan kekal sepanjang masa. Semoga rakan-rakan semua dapat mencapai impian masing-masing. Dan jangan lost contac. Ok? Sekian terima kasih.’’ Ucapan dari alif haikal bekas ketua pelajar itu mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.
‘’ dan sekarang giliran head girl kita yang cantik manis.. saudari ALeyssa.. dipersilakan.’’ Terpukan gemuruh dan bunyi siulan nakal dari pelajar lelaki kedengaran diselangi gelak tawa mereka. Masing-masing menoleh untuk mencari kelibat aleyssa.
‘’ aleyssa mana?’’ Tanya alif haikal pada Farah yang sibuk membalik balikkan ayam di atas pemanggang.
‘’ eh? X pasti la aku ingat dia ada kat sini-sini aje? Petang tadi bukan ke dia datang dengan kau?’’ Tanya farah kembali.
‘’ aku terus ke surau nak sediakan tempat solat. Aku ingatkan dia dengan kau?’’
‘’ x de lah? Mana ade? Aku pun terus ke surau tau?’’ kata farah lagi. Dia mula risau dengan keadaan itu, apabila hisham memanggil wakil kepada aleyssa yang tidak muncul-muncul.
‘’ macam ne ni? Aku risau la..’’ Tanya farah. Dia membiarkan saja ayam yang dibakar nya tadi. Sekarang ini hanya sahabatnya itu yang di fikirannya. Di kepalanya mula memikirkan perkara tidak baik yang berlaku kepada sahabatnya itu.
‘’ x pe.. macam ni.. aku cuba cari dekat kawasan ni.. mana tau dia ambil barang ke ape ke?’’ kata Alif.
‘’ kau x nak bagi tau cikgu ke?’’ saran Farah.
‘’ nak bagi tau ape? Bukan kita pasti yang aleyssa hilang kan?’’ balas alif tegang. Dia mula hilang pertimbangan. Kerana memikirkan Aleyssa.
‘’ aku tau, ni mesti keje si Dian tu. X habis-habis dia nak kenekan Leyssa.’’ ucap Farah geram sambil melangkah menuju ke arah Dian dan kawan-kawanya.
‘’ mana Aleyssa?’’ Tanya Farah kasar. Dia sudah hilang sabar sebaik melihat Dian yang terseyum sinis.
‘’ apesal ko Tanya aku? Bukan ke dia tu kawan baik kau??’’ balas Dian juga dengan nada kasar dan sinis sekali menampar pendengaran Farah.
‘’ wait.. korang jangan nak mulakan pergaduhan kat sini. Aku Cuma nak tau samada korang ade Nampak Aleyssa tak? ‘’ pintas Alif apabila dia melihat bunga-bunga perang yang seakan ingin meletus.

‘’ ala… alifff.. mana Dian tau? Nape Alif Tanya Dian? Nape nak cari dia? Dia kan pandai jaga diri? ‘’ ucap Dian. Manja sekali pertuturannya. Dengan lenggok-lenggok badannya sekali. Meluat farah melihat gelagat rakan sekelasnya itu.
‘’ jom la kita makan? Dian bakarkan sosej untuk alif k? ‘’ kata Dian lagi sambil bangun untuk menyediakan hidangan untuk jejaka idamannya itu.

Farah yang geram dengan telatah Dian berlalu dari situ. Dia berkira-kira untuk mencari sahabatnya. Dia yakin yang sesuatu telah berlaku kepada Aleyssa.
‘’ Farah! Tunggu aku. Kita cari sama-sama.’’
Farah berpaling melihat Alif haikal yang berlari anak mengejarnya. Seakan tahu apa yang akan dilakukan Farah. Dia berjalan mengelilingi bangunan sekolah. Mereka tidak tahu kemana hendak cari Aleyssa. sekadar mencuba nasib saja.
*********************************************
Aleyssa yang dari tadi menyanyi – nyanyi kecil lagi you’re my destiny nyayian lee sung wook, dia hentam saja lirik lagu tersebut. Bukan nya dia paham pun? Sambil memerhatikan lee yang Cuma menyandarkan badannya sambil mukanya ditekup di atas lututnya. Aleyssa masih lagi tidak tahu cara untuk memujuk lee. Dia hanya mampu menyanyi kecil saja bagi menghilangkan rasa sunyi yang melanda dirinya, dan memandang lee dari tempat duduknya. Tiba-tiba ‘’ kkriiiookkk..’’ bunyi perutnya menyanyi minta di isi. Serentak itu dia menekan perutnya. Sambil melihat kearah lee yang tiba-tiba mengangkat kepalanya sambil memandang aleyssa. kalau waktu itu cahaya lampu terang mesti lee Nampak muka aleyssa yang merah menahan malu.. dan tiba-tiba juga lee telah meledakkan tawanya. Pertama kali aleyssa melihat lee ketawa sekuat itu. Terserlah lesung pipitnya. Hilang rasa malu tadi. Aleyssa asyik memerhatikan lee yang sedang sakan gelakkan dirinya itu.

‘’ awak x lapar?’’ Tanya aleyssa memulakan bicara. Apabila melihat lee yang mula berhenti ketawa.
Lee hanya menggeleng kepala kerana mulutnya masih lagi mengulum sisa sisa tawanya tadi.
‘’ hmmmm.. saya lapar la.. dari tengah hari tak makan semata-mata nak makan banyak malam ni.. huuuuuuuuuuuuuuuu….’’ Ucap aleyssa lebih kepada luahan perasaan ya kepada diri sendiri sambil menguis-nguis kasut yang dipakainya.
‘’ makan ni dulu’’ sapa lee sambil menghulurkan bar coklat Cadbury yang dikeluarkan dari poket jaketnya lee tersenyum cuma.
Aleyssa terus menyambar bar coklat dan dengan tidak membuang masa lagi dia membuka bungkusan coklat dan terus menyuap kedalam mulutnya.. mengunyah coklat dengan nikmat sekali. Dah la lapar. Dapat pula coklat kegemarannya. Saat dia menikmati makanannya itu dia mendengar bunyi yang membuatkan aleyssa terhenti menguyah.

‘’ lee.. macam mane ni? Bateri nak habis. ‘’ Saat itu juga dia mendapat panggilan dari Farah. Serentak dia menekan laju butang hujau untuk menjawap panggilan itu. Namun dia hampa Farah tidak mendegar suaranya. Bateri semakin nazak.
‘’ nape saya x terfikir dari tadi… lee mana hand phone awak? Saya nak kol Farah!!’’ ucap aleyssa dalam nada sebak.
‘’ x de,, .’’
‘’ macam mane ni.. huhuhuhu’’ balas aleyssa mendengaran jawapan dari lee.

Cahaya lampu handphone yang menerangi kegelapan itu telah padam, aleyssa mula menangis. Kegelapan itu memang cukup menakutkan aleyssa. Dan saat itu lee menyalakan kembali liter di tangannya. Aleyssa yang sedar akan kehadiran cahaya itu bergerak merapati lee. Dia Cuma duduk diam disitu disisi pemuda itu.
Saat itu dia mendengar namanya di panggil. Aleyssa segera bangun menuju ke pintu.
‘’ farah!! Farah!.. aku kat sini. Farahhh…’’ jerit leyssa dari dalam bilik itu.sambil mengetuk-ngetuk pintu sengaja membuat bising supaya farah mendengar jeritannya itu. Seketika kemudian panggilan namanya di dengar semakin dekat. Jelas sekali suara itu merupakan suara sahabatnya, farah.Dan saat pintu terbuka dia meluru keluar dengan cepat. Dan memeluk farhan.
‘’ farah.. nasib baik kau datang cari aku..’’ ucap aleyssa sambil mengesat air matanya.
‘’ macam mana boleh jadi macam ni? Dian kene kan kau lagi ke?’’ soal farah keras.
‘’ eh tak lah.. aku terkunci dalam bilik ni masa aku nak ambil barang tadi.Kau kan tau bilik ni x boleh dibuka dari dalam.. aku terkejut bila lee tegur aku.. pastu aku terdorong jatuh lam bilik ni. Tu yang terkunci tu. Dengan le sekali.’’ Penjelasan aleyssa iitu mengejutkan jejaka yang berada di belakang farah. Farah juga agak terkejut sambil matanya melirik ke dalam bilik itu dan mendapati lee yang baru melangkah keluar dari situ.
‘’ leysaa nape awak tak bagitau saya? Biar saya yang tolong ambilkan barang-barang tu.’’ Soal alif haikal tidak puas hati.
‘’ awak kan buat persediaan untuk solat petang tadi?’’ lagipun bukan berat pun barang2 tu?’’ balas leyssa sambil terseyum. Sejuk hati alif melihat seyuman yabg terukir di wajah gadis itu. Namun masih masih dapat melihat ada sisa air mata yang bergenang di matanya.alif haikal hanya memandang lee dengan ekor matanya saja. Lalu mengajak aleyssa ke kantin untuk makan. Farah turut mengekori.
‘’ lee.. jom? Makan?’’ ajak leyssa. Ajakan leyssa itu hanya berbalas dengan anggukan serta langkah longlai lee sendirian menuju ke kantin. Aleyssa hanya memandang saja kelibat lee yang semakin menghilang. Dan apabila dia sedari dia sudahpun di tarik oleh farah untuk ke meja yang tersedia makanan dan minuman, tanpa melengahkan masa aleyssa terus duduk dan menjamah hidangan yang ada di depan matanya. Tanpa menghiraukan raka-rakan yang lain.




dah tau kan sape yang tolong leyssa? x de la misteri sangat kan ramai yang dah dapat agak.. actually lee memang misteri. dan hanya leyssa yang boleh merungkainya...

selamat berpuasa buat semua umat islam..

2 comments:

fzm2 said...

tp aleysa xtw lg yg
lee t0l0ng dye..
huhuhuu

zarith natasha said...

ook oww.. lee toching kot...
thnks lieza coz epi ni byk psal lee...skanya dia.. n skany jerry yan tu..
heee...
smbong2...