PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Sunday, August 30, 2009

BAB 12 - GooD ByE..

‘’ mak cu.. lepas ni x perlu la kita ungkit lagi pasal tengku farid tu ye? Cukup la apa keluarga dia cakap pada kita.. leyssa dah x nak fikir apa- apa lagi pasal siapa waris leyssa.. cukup la mak cu sanggup bela leyssa, sayang leyssa. Leyssa dah x nak fikir pape lagi.’’ Serius sekali leyssa mengutarakan kata-katanya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka. Belum pun sempat dia mengenali bapa saudaranya itu. Belum pun sempat dia bertanya kan khabar lelaki itu, Tengku Marina telah pun menghina mereka. Walaupun bukan dengan cara yang terang tapi kata-katanya tadi cukup mengguris hati kecil gadis itu. Apatah lagi hati mak ucu nya. Dia sudah tidak mahu lagi mengingati kejadian itu. Farida sememang nya tidak mempunyai pilihan. Dia tidak mahu memaksa gadis itu. Dia tahu anak saudarnya yang satu itu terlalu terluka dengan perbuatan Tengku Marina. Dia juga berjanji pada dirinya sendiri selagi dia mampu untuk menyara aleyssa dia akan teruskan. Sesungguhnya hanya aleyssa saja yang dia ada didunia ini.


******************************************************
Leyssa baru saja pulang dari kedai Ah Kim.dia berhenti sebentar di bawah pohon itu. Dia rindu untuk lepak di bawah pokok seperti selalu. Namun tuntutan kerja membataskannya. Sementara menuggu keputusan SPM di umumkan leyssa lebih senang bekerja. Disamping mendapat duit poket, dia juga mahu membantu mak cu nya membeli barangan dapur. Dia juga mahu berdikari, dia sangat kesihankan mak cu nya yang dilihat semakin hari semakin kurus dan selalu saja tidak sihat. Seboleh-bolehnya dia mahu meringankan beban mak cunya itu. Kawan-kawannya yang lain juga ada dianrtaranya yang keluar dari kampung ini untuk mencuba mencari nasib di bandar bandar besar seperti kuala lumpur. Ada juga diantara mereka sekadar melepak-lepak saja.



Hmmmm… bestnya angin.. lama betul x dapat lepak sambil baca novel kat sini.. ucap aleyssa didalam hati sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi.

Tiba-tiba dia merasa sesuatu. dia membuka matanya.



‘’ lee..’’ terkejut, hanya itu yang terpacul dari mulutnya. Melihat lee yang duduk di sebelahnya. Hari itu dia nampak lain sekali. Di samping itu aleyssa merasa tenang denga kehadiran lee. Dia tersenyum riang.


‘’ lee.. awak buat apa cuti ni? Sementara tunggu result ni, saya kerja kat kedai Ah Kim, seronok keje kat situ. Anty mei tu baik sangat. Saya dah jarang datang sini. Dah x boleh lepak lagi.. ye la.. keje kan?’’ cerita leyssa dengan senang hati. Dia tahu lee mendengar omongannya. Namun dia tidak mengharapkan jawapan dari jejaka itu.


‘’ saya tolong Pak Karim dekat bengkel dia.’’ Jawab lee tiba-tiba.


Aleyssa memandang leesambil terseyum. Memang lain benar lee kali ini. Bisanya dia hanya kan mendengar saja. Payah sekali untuk berbual. Tapi petang ini dia seakan ingin berbual. Aleyssa senag dengan perubahan lee itu. Dia semakin senang hati.


‘’ ooo.. jadi awak tau la baiki membaiki ni? Hmmm.. awak tau repair basikal x? dah lama awak buat kerja ni?’’ soal aleyssa apabila melihat lee terseyum.


‘’ dulu masa sekolah kalau x de kerja selalu jugak tolong-tolong pak karim kat bengkel dia. Tp dia selalu x benarkan sebab dia takut menggangu pelajaran.’’


‘’ jadi awak la yang baiki basikal saya dulukan?’’ terjah aleyssa tiba-tiba. Dia teringat kembali sewaktu dia berterima kasih kepada Alif. Sangkanya alif la yang menolong membaiki basikalnya itu. Namun jawapan dari laif haikal cukup membingungkannya. Alif memberitahu bahawa malam itu dia tidak dapat melakukan perkara seperti yang dijanjikan. lagi pula dia tidak mempunyai peralatan untuk membaiki basikal tersebut. Sebab itu la dia merancang untuk mengajak hisham.


Lee tersenyum saja mendengar keluhan dari bibir gadis comel itu.


‘’ terima kasih ya? ‘’ ucap aleyssa. Dia terseyum memandang wajah lesu didepannya itu. Akhirnya dapat juga dia berterima kasih kepada orang yang menolongnya dalam diam.


‘’ untuk awak..’’ jawab lee. Jawapan itu membuatkan aleyssa berpaling laju memandang tepat wajah jejaka itu. Di saat itu dia melihat kotak kecil di tangan lee.
‘’ untuk awak..’’ ucap lee sambil menghulurkan bungkusan kecik itu kepada leyssa.



‘’ ape ni?’’


‘’ buka lah..’’


‘’ terima kasih..’’ jawab aleyssa sambil perlahan membuka riben cantik berwaran putih yang membaluti kotak berwarna hijau itu.. apabila di buka aleyssa melihat pelbagai jenis coklat yang diletak didalam kotak cantik itu. Dia terseyum bahagia.

‘’ lee.. kenapa awak x suka berkawan dengan saya? ‘’ Tanya aleyssa setelah beberapa jenis coklat yang masuk ke mulut nya. Sambil terseyum dia memandang sambil menghulurkan kotak yang dipenuhi denga coklat itu ke jejaka yang duduk di sebelahnya. Entah kenapa hari ni lee lain sekali. Tidak seperti pada hari-hari biasa. Namun lee pada hari ini amat menyenangkan aleyssa. Jejaka itu sukar diduga. Sememangnya dia selalu beralah untuk mendekati lee. Misinya masih belum tercapai.

‘’ lama tak datang sini?’’ soalan aleyssa di balas dengan soalan oleh lee. Aleyssa dapat melihat lee menguyah perlahan coklat yang di makannya itu. Mukanya yang pucat. Diperhatikan sejenak. Aleyssa Cuma menarik nafas dalam. Belun bersedia untuk bercerita. Entah kenapa kali ini cukup berat sekali untuk dia menceritakan kepada lee. Bukan apa.. seboleh-bolehnya dia ingin melupakan saja perkara yang berlaku dua hari lepas. Biarlah ia menjadi satu mimpi buruk.



‘’ pegi kl dengan mak cu. Saja jalan-jalan cuti – cuti Malaysia?’’ jawab aleyssa sambil tergelak yang di buat-buat.


‘’ hari ni x de cerita untuk saya?’’ Tanya lee lagi. Sesungguhnya dia amat merindui suara dan gelak tawa aleyssa. selalunya dia akan di temani suara itu. Berceloteh.. mengomel.. bercerita.. meluahkan.. dia senang sekali dengan aleyssa. sungguh jika diizinkan dia ingin sekali berbual mesra dengan gadis itu. Namun apakan dayanya.
Aleyssa memandang wajah itu dengan kehairanan. Dia pelik.. selama ni aku ade bercerita dengan dia ni ke? Setahu aku.. asyik aku je yang bercakap. Aku Tanya pun aku yang jawab? Nak dengar suare dia jauh sekali.. rungut leyssa dalam hati. Dia tersenyum lagi.



‘’ aleyssa! apa awak buat kat sini?’’ tiba-tiba suara alif haikal menerjah masuk.
Dia berjalan menuju ke arah aleyssa yang terkejut dengan kedatangan alif haikal.



‘’leyssa mama jemput awak datang ke rumah malam ni. Ajak mak cu sekali.’’ Beritahu alif sambil memandang ke arah lee.


‘’ ada ape malam ni?’’ Tanya aleyssa.


‘’ mama buat majlis makan-makan.. jadi mama suruh jemput leyssa sekali.’’ Balas alif sambil terseyum bangga.


‘’ baiklah malam nanti saya datang dengan mak cu.’’ Balas aleyssa.


‘’ eh... tak pe.. tak pe.. saya akan datang jemput awak malam ni ok?’’ saran alif lagi. Mereka solah-olah tidak menghiraukan lee. Tanpa membuang masa lee bangun dan berjalan lemah. Aleyssa yang terkejut dengan tindakan lee baru menyedari kewujudan jejaka itu.


‘’ lee...!! awak nak pegi mane?’’ laung aleyssa namun langsung tidak berbalas.


‘’ lee!!’’


‘’ leee!!!’’


‘’ lee... behenti la jap...’’ jerit aleyssa sambil berlari anak mengejar jejaka itu. Melihat lee yang behenti melangkah aleyssa cepat-cepat memotong lee.


‘’ awak nak pergi mana? Kita x habis bincang lagi..’’ Tanya aleyssa.


‘’ balik..’’ jawab lee pendek. Kan dah cakap.. mood mamat nih bukan boleh di buat main-main. Sekejap elok.. kejap kang dingin.. kejap nanti x tau la ape jadi.melihat aleyssa terdiam dengan jawapannya lee meneruskan langkahnya. 5 tapak melangkah.. lee berpaling kembali memandang ke arah aleyssa.


‘’ Aleyssa Dania!!’’


panggil lee
Aleyssa yang terpana mendengar lee memangil namanya it uterus memandang tepat ke wajah lee.



‘’ kita tak akan jumpa dalam jangka masa yang agak lama,’’ kata lee sambil memandang sayu kearah leyssa yang agak kehairanan itu.


‘’ jaga diri awak baik-baik’’


‘’Jangan banyak menangis’’


‘’ jangan terlalu percayakan orang sekeliling awak’’ tambah lee lagi. Aleyssa masih lagi terpinga-pinga dengan kata-kata lee.


‘’ jumpa lagi..’’ berakhirnya kata-kata itu lee berlalu pergi meninggalkan aleyssa. melihatkan lee yang semakin jauh.. aleyssa bercadang untuk mengejar lee untuk bertayakan hal tadi. Namun cadangannya itu terbantut apabila alif haikal memanggilnya untuk menghantar nya pulang. Hari pun dah berinjak petang. Dia harus pulang untuk menhadiri majlis jemputan alif haikal tadi. Namun difikirannya masih berlegar-legar ucapan dari lee sebentar tadi.







hmmmm... sory kalau entri ni kurang menarik..

teruskan memberi komen ye?


Wednesday, August 26, 2009

BAB 11 - DaLaM DiAm

“ Dah siap kemas barang kamu leyssa? Kita dah lambat nih? Cepat sayang??’’ gesa mak cu.

“ leyssa!! Teksi dah tunggu ni? Nanti kita lambat? ‘’ jerit mak cu lagi.

Aleyssa terkocoh-kocoh keluar dari biliknya membawa beg bajunya. Beg sandangnya lagi. Dan tak dilupa juga sebuah novel peneman setianya kemana-mana terutama mengenangkan perjalanan yang akan di tempuh nanti agak lama.
‘’ siap makcu ??’’ Tanya aleyssa tersengih-sengih macam kerang x bape wangi dah.

‘’ hishhh budak nih.. sempat lagi nak main-main.. dia tak tau ke kita ni dari tadi terjerit-jerit panggil sape lagi? Mak cu dah lame tunggu kamu tau? Kamu ni.. masih lagi nak main-main. Pak cik ni dah lame tunggu tau?’’ bebel mak cu panjang lebar..

Aleyssa hanya terseyum memandang pak cik Ramu yang terseyum melihat gelagat mak cu yang memarahi leyssa lagaknya memarahi seorang anak kecil. Dan dia masih setia menuggu di dalam teksi. Tanpa di suruh aleyssa memasukkan barangannya ke dalam bonet kereta. Dan terus memboloskan diri ke dalam teksi.
‘’ mak cu!!.. tunggu ape lagi tu? Kite dah lambat nih?’’ jerit aleyssa dari dalam teksi kepada mak cu kesanyangan nya yang masih lagi tak berhenti bercakap. Entah ape yang di bebelkan langsung x didengari aleyssa. Dan saat itu mak cunya memandang aleyssa dengan jelingan tajam yang di buat-buat. Geram agaknya dengan aleyssa yang langsung x mendengar apa yang dicakapkan sebentar tadi.. sambil mencekak pinggang gaya ibu mertuaku… ( hahahaha ) mak cu juga masuk ke dalam teksi dengan wajah mencuka. Sakit hati dengan perangai aleyssa. bukan marah..kadang-kadang dia penat melayan kerenah anak saudaranya yang sorang itu namun di sebalik itu dia sebenarnya juga sangat terhibur dengan gelagat aleyssa. walaupun aleyssa suka melawan cakapnya. Namun dia tahu aleyssa hanya ingin bergurau dan menceriakan suasana keluarga mereka. Mana tak nya.. hidup nya sebelum ini hanya ada aleyssa seorang saja setelah kematian ke dua ibu bapanya. Dan setelah dia menerima perkhabaran di mana dia mendapat tahu bahawa aleyssa masih lagi mempunyai waris di sebelah bapanya. Maka dia bersungguh-sungguh untuk mencari waris aleyssa itu. Wal hal dia sendiri tidak pernah mengenali jauh sekali mengetauhi latar belakang arwah abang iparnya itu.
‘’ mak cu?? Mak cu marah leyssa ke?’’ pertayaan aleyssa itu mengembalikan farida kea lam reality. Agak lama dia mengelamun.

‘’ leyssa mintak maaf ye? Leyssa gurau je.. dari tadi mak cu diam je..’’ ucap leyssa lagi dalam nada sayu. Sungguh dia tidak berniat untuk menyakiti hati ibu saudaranya itu.
‘’ tak de ape la leyssa mak cu tengah fikirkan pak cik kamu ni.. macam mane kita nak cari dia kat sane nanti?’’ jawab farida perlahan. Dia menuggu reaksi dari aleyssa.
‘’ pak cik? Pak cik mane ni mak cu? Mak cu nak kawen ke? Leyssa nak dapat pak cik baru ye?’’ Tanya leyssa. Reaksinya seperti budak perempuan yang nak di hadiahkan patung Barbie saja..
‘’ mak cu dapat tahu leyssa masih ada waris dari sebelah ayah leyssa. Mak cu baru je dapat tahu perkara ini.. sebab itu lah mak cu ajak leyssa datang ke kuala lumpur ini untuk mencarinya.’’ Terang farida sambil mengusap pipi aleyssa.

Terkejut.. hairan.. dan seakan tak percaya. Aleyssa mengeleng-geleng kan kepala nya. Tak tau nak cakap ape lagi. Berita yang di sampaikan mak cu tadi begitu mengejutkan. Selama 17 tahun dia hidup di dunia ini dia Cuma tahu yang dia ada ibu dan ayahnya. Selain itu mak cu nya ini lah saja yang tinggal setelah pemergian ibu dan ayahnya akibat kemalangan jalan raya 10 tahun lalu.Setelah beberapa seketika aleyssa terseyum memandang farida. Dia lantas memegang serta mencium tangan ibu saudara yang sudah di anggap sebagai ibunya. Dia lah ibu dan dialah bapa. Farida terkejut dengan perlakuan aleysa namun dia hanya mampu untuk mengusap kepala aleyssa..
‘’ terima kasih mak cu sebab mak cu sudi menjaga aleyssa selama ni.. tanpa mak cu leyssa x tau apa yang jadi dengan leyssa sekarang..’’ ucap leyssa memandang sayu ke arah farida. Dan serentak itu farida menarik aleyssa kedalam pelukannya. Tangisan kedua beranak itu halus kedengaran di dalam teksi.

‘’ mak cu sayang leyssa. bukan niat mak cu nak tinggalkan leyssa. Cuma mak cu nak leyssa tau leyssa masih ada saudara lain selain mak cu kalau mak cu dah tak de nanti.’’ Kata-kata farida membuat aleyssa sayu dan bertambah sedih. Dia terus memeluk erat mak cunya itu.

‘’ cik.. dah sampai..’’ suara pak cik rama itu telah menyedarkan dua beranak itu tentang di mana mereka berada saat itu. Masing-masing mengesat sisa air mata yang berbaki dipipi, sambil terseyum memandang pak cik rama yang pelik melihat kelakuan dua beranak itu. Di luar teksi tersergam indah baglo dua tingkat yang cantik. Selepas membayar duit teksi mereka berdua masih lagi berada di depan banglo tersebut.
‘’ mak cu. Betul ke alamat ni? Catiknya rumah ni.. mesti orang kaya nih?’’ kata leyssa yang masih lagi melihat-lihat kawasan rumah tersebut. Farida masih lagi melihat2 alamat rumah yang tertera di kertas yang hampir lusuh di tanganya itu.

‘’ betul la ni.. mari kita tekan loceng ni tayakan orang kat dalam..’’ kata mak cu seraya menekan loceng di tepi pagar yang berwarna keemasan itu. Dan tak beberapa lama kemudian muncul seorang wanita yang terkedek-kedek berjalan menghampiri tempat mereka berdiri.
‘’ ada apa buk? Nyarin siapa?’’ Tanya wanita itu dalam dialek indonnya.

‘’ saya cari Tengku Farid. Dia ada?’’ Tanya mak cu seakan-akan tidak pasti.

‘’ ohhh… tuan enggak ada, beliau udah terbang ke London semalam.’’ Jawab wanita itu.
‘’ siapa bik?’’ Tanya seorang wanita yang tampak anggun sekali. Melihat kepada pakaiannya mungkin dia juga ahli keluarga rumah ini.
‘’ ini Puan ada yang nyari tuan ni?’’ jawab wanita yang di panggil bik itu kepada wanita yang berada di beranda rumah itu.

‘’ ayuh.. jemput masuk. Jumpa sama puan dulu.’’ Ajak bibik sopan sambil tangannya menekan remote yang berada dalam poket uniform hijaunya itu.
Mereka di jemput masuk dan duduk di ruang tamu. Aleysa masih lagi memerhati setiap inci rumah itu. Cantikk.. luas.. sangat selesa. Di hiasi perabot-perabot mewah yang semestinya di import dari luar Negara. Sedang dia melihat-lihat sekitar dalam rumah itu. Matanya tertancap pada sebuah gambar. Gambar seorang lelaki. Segak bergaya walau usia nya menjangkau 40 an. Berkot hitam. Pasti berpendidikan tinggi serta berkerjaya orangnya.
‘’ itu suami saya.. Tengku Farid Tengu Muhammad. Dia ada meeting di London. Minggu depan baru dia balik.’’ Tutur kata sopan dari wanita anggun yang dilihatnya tadi mengejutkan aleyssa, namun dia hanya tersenyum dan membetulkan duduknya. Farida dari tadi hanya diam dan memerhati saja.
Di bawah pohon itu…


Lee duduk temenung memandang sambil mendengar lagu. Matanya terpejam seolah mengahayati bait-bait lagu yang disampaikan. Sekejap- sekejap dia akan membuka matanya untuk melihat-lihat di kawasan itu. Solah-olah mencari sesuatu.. atau lebih tepat lagi mencari seseorang yang sudah lama tidak kelihatan. ( x lama.. baru dua hari..) kebiasaanya orang yang dicarinya sudah tercongok di bawah pohon itu sambil membaca novel atau sekadar duduk-duduk saja memerhatikan kanak-kanak bermain.. atau sekali sekala menegur dan menyapa dirinya. Walaupun dia tidak pernah untuk membalas sapaan mahupun cuba untuk berbual-bual dengannya. Saat itu dia merasakan sesuatu. Rasa…. Sesuatu… seperti kehilangan… adakah ini namanya rindu???... dan akhirnya.. dia bosan.. bosan dengan suasana sekarang..


huhuhu... selamat mmebaca, sekali lagi saya minta maaf kalau ada di kalangan watak lam cter niade menyerupai seseorang. percayalah nama itu hanya rekaan. mungkin perwatakannya saja yang memang menyerupai. tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa. just nak cerita dan seronok2 k? teruskan membaca dan meberi komen. Peace...

Monday, August 24, 2009

10.3 misteri ke??

Malam ini meriah sekali dengan bunyi lagu yang berkumandang memalui radio . kebanyakan pelajar dah lama sampai. Kawasan kantin sekolah telah dipenuhi dengan asap berkepul-kepul. Baru pukul 7.00 ptg. Masing-masing bergotong royong menyediakan barang –barang keperluan untuk BBQ malam ni. Ada yang sedang menyapu, membersihkan meja, menyediakan bekas makanan dan ada juga yang sibuk merasa air yang di bancuh sendiri.

‘’ bak aku rasa air tu..’’ arah hazwan pada syida yang sedang membancuh air sunquick. Syida menuangkan sedikit saja air kedalam cawan yang di hulur hazwan tadi.

‘’ mana cukup nak rasa banyak ni?’’
‘’ isi la lebih skit?’’ kata hazwan lagi.
‘’ eii ko ni.. kalu dah segelas ko minum itu bukan merasa lagi tau? Ko ni kan? Saje je nak nyakat aku kan? Dah.. p main jauh-jauh.. ‘’ marah syida sambil menjeling ke arah hazwan yang berlalu dengan tawanya.
‘’ eh leyssa meh la sini.. kita borak-borak..?’’ ajak syida yang melihat aleyssa terseyum kepadanya.
‘’ kau nak air?’’ pelawa syida tanpa menunggu jawapan dari aleyssa dia terus menuangkan air ke cawan dan bagi kat leyssa.
‘’ terima kasih..’’aleyssa yang ingin duduk itu menyambut cawan berisi air sambil terseyum memandang syida. Pelajar yang agak kelam kabut tapi baik hatinya.
‘’ mesti best jamuan malam ni kan? Past ni x tau la kite jump eke tak lagi.. mesti masing-masing bawa haluan sendiri kan?’’ kata syida sambil tangan nya masih lagi mengacau-ngacau air yang di bancuh tadi.
‘’ ak ah.. semua orang dah sampai ke? Cikgu-cikgu? Semua datang kan?’’ balas aleyssa pula sambil memerhatikan kawasan sekeliling.
‘’ Rasanya dah kot? Mungkin ada kat surau.. kan sekejap lagi nak jemaah bersama-sama? Aku pun nak kesana ni.. tapi x de orang lak nak tolong jagakan air ni.. kalau tinggal je.. kau tau la budak2 nih. Belum sempat jamuan mula kang,, airnya dah habis..’’ rungut Syida.
‘’ hmmm.. x pe la.. biar saya je yang jagakan. Lagipun saya cuti.’’ Jjawap aleyssa seakan berbisik kepada syida..
‘’ oooooo.. kalau macam tu okla.. tolong ye?’’ jawab syida sambil berlalu menuju ke surau.

Aleyssa hanya menghantar syida dengan senyumannya. Sambil melihat-lihat pelajar cina yang sedang sibuk menyediakan bara api untuk bakar ayam nanti. Cuma ada segelintir pelajar islam yang masih tinggal. Mesti semuanya cuti.. ( heheheh)
‘’ ada pape yang bleh saya bantu? ‘’ Tanya leyssa pada Ling-ling yang sedang bertungkus lumus menyediakan bara di tempat membakar.
‘’ oo.. leyssa.. kamu x sembahyang meh??’’ Tanya ling-ling kembali. Saat itu merah muka leyssa dengan soalan yang agak kuat dari ling-ling itu. Dia kemudian berbisik sesuatu di telinga gadis cina kecil molek itu.
‘’ oooo.. macam itu kah? Okey okey.. saya paham ma… hihihih..’’ kata ling-ling sambil menganggukan kepalanya. Sebelah tangan nya asyik mengipas arang supaya apinya marak.
‘’eh! Leyssa daripada kau melihat-lihat saja.. lebih baik kau pergi ambil barang dalam stor sana.aku tau la kau tu head girl.. x kan la x bleh wat keje?’’ tiba-tiba saja Dian menyampuk serta mengarahkan aleyssa.
‘’ ermm.. barang ape Dian? Nanti saya amikkan. Awak bagitau je apa dia.’’ Balas aleyssa pula. Lembut.. dia malas hendak bergaduh dengan Dian. Itulah Aleyssa sentiasa lembut dan mengalah. Benar kata sahabat nya farah.. sikapnya yang terlalu mengalah itu yang membuatkan Dian masih lagi berani untuk mengenakannya. Namun apakan daya.. itulah aleyssa. nasib baik lah farah awal-awal lagi sudah ke surau. Kalau tidak x tau la apa jadi bila di atau Dian mengarahkan aleyssa.

‘’ hai!! Ko tengokla sendiri apa barang yang x de dan diperlukan untuk majlis ni? X kan itu pun ko tak tau? Lembap la kau ni? ‘’ sela Dian lagi.

Aleyssa hanya mampu terseyum. Meletakkan paper yang dipegang untuk menolong Ling-ling tadi dan melangkah meniggalkan Dian yang terseyum kemenangan.
‘’ Leyssa saya tolong kamu?’’ pelawa Ling-ling tiba-tiba.
‘’ kalau kau tolong dia? Sape nak siapkan nih?’’ bangkang Dian keras. Membiarkan saja aleyssa berlalu seorang diri. Ling-ling hanya mengeleng kepala dan meneruskan tugasnya.

hari dah semakin gelap. Sebentar lagi mereka yang menunaikan solat akan selesai dan mula berkumpul di kantin. Maka akan bermula la majlis malam ni. Mesti seronok. X sabarnye?? Gumam aleyssa dalam hatinya melangkah sambil senyuman menghiasi bibirnya. Berseorangan ke bilik stro yang agak jauh dari kawasan kantin agak menyeramkan aleyssa. dia berjalan lambat-lambat memerhatikan sekeliling. Macam-macam dah yang terpikir salam otaknya sekarang ini. Maklumlah kawasan luar Bandar. Dikelilingi hutan pulak tu?
Hmmmm… macam ne ni? Dah la aku sorang je.. banyak pulak barang mak bawa nih? Mana nak letak bakul, penyodok, paper-paper lame ni? Huuuuu.. monolog aleyssa sendirian. Dia masih lagi mencari-cari barang-barang lain di belakang pintu bilik stor itu. Takut untuk melangkah lebih kedalam bilik itu. Dia Cuma berada di tepi dan mencapai apa saja yang berdekatan di pintu saja. apatah lagi dia tahu kunci pintu itu rosak hanya boleh di buka dari luar sahaja.
Sedang asyik dia memilih barang-barang yang hendak di bawanya tiba- tiba…

‘’Saya tolong?’’ sapaan suara lelaki cukup memeranjatkan aleyssa. aleyssa terjerit dan terdorong kedalam bilik stor itu, kejutan itu membuatkan aleyssa melanggar rak barang-barang yang ada. Malang baginya habis kotak-kotak serta entah ape jenis barang lagi yang menimpa badan serta kepalanya.
‘’ auuwww… sakit!!!’’ jerit aleyssa.
‘’ aLeyssa???’’ jerit lee. Dan saat itu suasana gelap serta merta menyelubungi mereka berdua.

‘’ ibu!!! Tolong leyssa bu??? Jerit leyssa dalam nada serak. Air mata nya mula membasahi pipinya. Dia yang sememangnya fobia dengan keadaan gelap.
‘’ Aleyssa? awak ok?’’ Tanya suara tadi.
‘’ sape tu?’’ Tanya aleyssa dalam nada sendu. Teresak-esak menahan tangisnya.
Serentak itu nyalaan liter cukup untuk menerangi bilik itu.

Sementara di kantin, suasana makin rancak dengan lagu-lagu yang di pasang melalui cd-cd yang di bawa sendiri oleh unit siar raya. Acara membakar ayam sosej dan segala bahan telah pun bermula. Masing-masing enjoy dengan acara malam ini. Guru-gur yang turut serta ikut sama berbual sesame mereka. Tiada lagi gap antara guru dan muridnya. Apa yang dilihat saat itu adalah seperti sesi sembang santai sambil menikmati juadah yang terhidang. Masing- masing bergelak ketawa. Ada diantara mereka yang mula berkaraoke, menujukan lagu-lagu kepada rakan-rakan dan guru mereka. Cik jannah turut sama diundang menyanyi. Lain benar sikapnya. Sunggu mesra sekali, diibaratkan kakak yang melayan kerenah adik-adiknya. Semua pelajar terlopong apabila melihat cik jannah muncul di pentas untuk berduet dengan Hisham. Begitu sporting sekali.
Sememangnya majlis ini menjadi majlis yang bermakna sekali buat mereka. Namun tanpa mereka sedari 2 rakan mereka tidak menyertai majlis pada malam itu.
************************************************

‘’ lee…’’ ucap aleyssa sayu… masih lagi teresak-esak menangis.
‘’ saya takut.. saya x suka gelap.. ‘’ ucap aleyssa lagi tersedu-sedu.
‘’awak ok?’’ Tanya lee.
‘’ ok tapi saya rasa sakit kat kepala ni ha...’’ Medengar saja kata-kata aleyssa itu lee terus bangkit mendekati aleyssa dengan pantas. Akibat dari perbuatanya itu liter yang menyala tadi terpadam.
‘’ Lee!!!!’’ jerit aleyssa apabila kegelapan bertandang. Serentak itu lee menyalakan kembali nyalaan liternya itu.
‘’ x pe awak duduk je situ. Jangan gerak..nanti padam lagi.. saya takutttt..’’ arah aleyssa..
‘’ tapi awak cedera..’’
‘’ x pe… sikit je..’’
‘’ handphone awak mane?’’ Tanya lee mendapat akal.
‘’ ada.. kenapa?’’
‘’ gunakan cahaya handphone awak.. cukup kan untuk cerahkan bilik ni?’’
‘’ ak ah.. kenapa saya x terpikir tadi ye?’’ ucap aleyssa terus mengeluarkan nokia 3310. Hanya itu yang mampu di beli mak cu nya.
‘’ ha… dah ok..’’ aleyssa menayangkan handphone yang menyalakan lampu itu kepada lee sambil tersenyum.
‘’ kat mana yang sakit?’’ Tanya lee sambil menghampiri aleyssa.
‘’ kat sini..’’ tunjuk aleyssa sambil meraba dahinya..
‘’ basah..’’
‘’ darah la!’’ ucap le agak kuat. Terkejut barangkali.
Lee mengundur ke belakang dan mengeluarkan tisu dari dalam poketnya. Dan menghulur kepada aleyssa. aleyssa yang melihat tisu itu terhambur tawanya. Gelak sakan la dia melihat tisu yang dihulur lee itu.
‘’ kenapa?’’ Tanya lee hairan
‘’ awak ni tokei tisu eh? Dulu pun awak bagi saya kan? Siap ada spare lagi.. ‘’ kata aleyssa sambil menyambung terus tawanya.
Lee diam. Dia meletakkan tisu tersebut di atas lantai dan mengundur beberapa langkah kemudian duduk memeluk kakinya. Aleyssa terdiam melihat tingkah laku lee itu. Dia merasa bersalah. Niatnya hanya ingin bergurau. X sangka lee kecil hati dengan kata-katanya. Dia bergerak mencapai benda itu dan dia Cuma pegang dan memerhatikan saja tingkah laku lee yang tiba-tiba saja diam. Kembali kepada lee yang asal.
**************************************************************
‘’ dan sekarang di jemput saudara alif haikal bagi mewakili pelajar lelaki untuk memberikan sepatah dua kata.’’ Panggil Hisham selaku pengacara majlis pada malam itu.
‘’ selamat malam semua.. saya x nak cakap banyak, sebab saya tak puas lagi makan-makan malam ni. Saya sangat seronok dengan majlis malam ni. Saya dapat rasakan satu keakraban wujud antara kita yang sebelum ni tak pernah kita capai. Jadi harapan saya semoga hubungansebegini akan kekal sepanjang masa. Semoga rakan-rakan semua dapat mencapai impian masing-masing. Dan jangan lost contac. Ok? Sekian terima kasih.’’ Ucapan dari alif haikal bekas ketua pelajar itu mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.
‘’ dan sekarang giliran head girl kita yang cantik manis.. saudari ALeyssa.. dipersilakan.’’ Terpukan gemuruh dan bunyi siulan nakal dari pelajar lelaki kedengaran diselangi gelak tawa mereka. Masing-masing menoleh untuk mencari kelibat aleyssa.
‘’ aleyssa mana?’’ Tanya alif haikal pada Farah yang sibuk membalik balikkan ayam di atas pemanggang.
‘’ eh? X pasti la aku ingat dia ada kat sini-sini aje? Petang tadi bukan ke dia datang dengan kau?’’ Tanya farah kembali.
‘’ aku terus ke surau nak sediakan tempat solat. Aku ingatkan dia dengan kau?’’
‘’ x de lah? Mana ade? Aku pun terus ke surau tau?’’ kata farah lagi. Dia mula risau dengan keadaan itu, apabila hisham memanggil wakil kepada aleyssa yang tidak muncul-muncul.
‘’ macam ne ni? Aku risau la..’’ Tanya farah. Dia membiarkan saja ayam yang dibakar nya tadi. Sekarang ini hanya sahabatnya itu yang di fikirannya. Di kepalanya mula memikirkan perkara tidak baik yang berlaku kepada sahabatnya itu.
‘’ x pe.. macam ni.. aku cuba cari dekat kawasan ni.. mana tau dia ambil barang ke ape ke?’’ kata Alif.
‘’ kau x nak bagi tau cikgu ke?’’ saran Farah.
‘’ nak bagi tau ape? Bukan kita pasti yang aleyssa hilang kan?’’ balas alif tegang. Dia mula hilang pertimbangan. Kerana memikirkan Aleyssa.
‘’ aku tau, ni mesti keje si Dian tu. X habis-habis dia nak kenekan Leyssa.’’ ucap Farah geram sambil melangkah menuju ke arah Dian dan kawan-kawanya.
‘’ mana Aleyssa?’’ Tanya Farah kasar. Dia sudah hilang sabar sebaik melihat Dian yang terseyum sinis.
‘’ apesal ko Tanya aku? Bukan ke dia tu kawan baik kau??’’ balas Dian juga dengan nada kasar dan sinis sekali menampar pendengaran Farah.
‘’ wait.. korang jangan nak mulakan pergaduhan kat sini. Aku Cuma nak tau samada korang ade Nampak Aleyssa tak? ‘’ pintas Alif apabila dia melihat bunga-bunga perang yang seakan ingin meletus.

‘’ ala… alifff.. mana Dian tau? Nape Alif Tanya Dian? Nape nak cari dia? Dia kan pandai jaga diri? ‘’ ucap Dian. Manja sekali pertuturannya. Dengan lenggok-lenggok badannya sekali. Meluat farah melihat gelagat rakan sekelasnya itu.
‘’ jom la kita makan? Dian bakarkan sosej untuk alif k? ‘’ kata Dian lagi sambil bangun untuk menyediakan hidangan untuk jejaka idamannya itu.

Farah yang geram dengan telatah Dian berlalu dari situ. Dia berkira-kira untuk mencari sahabatnya. Dia yakin yang sesuatu telah berlaku kepada Aleyssa.
‘’ Farah! Tunggu aku. Kita cari sama-sama.’’
Farah berpaling melihat Alif haikal yang berlari anak mengejarnya. Seakan tahu apa yang akan dilakukan Farah. Dia berjalan mengelilingi bangunan sekolah. Mereka tidak tahu kemana hendak cari Aleyssa. sekadar mencuba nasib saja.
*********************************************
Aleyssa yang dari tadi menyanyi – nyanyi kecil lagi you’re my destiny nyayian lee sung wook, dia hentam saja lirik lagu tersebut. Bukan nya dia paham pun? Sambil memerhatikan lee yang Cuma menyandarkan badannya sambil mukanya ditekup di atas lututnya. Aleyssa masih lagi tidak tahu cara untuk memujuk lee. Dia hanya mampu menyanyi kecil saja bagi menghilangkan rasa sunyi yang melanda dirinya, dan memandang lee dari tempat duduknya. Tiba-tiba ‘’ kkriiiookkk..’’ bunyi perutnya menyanyi minta di isi. Serentak itu dia menekan perutnya. Sambil melihat kearah lee yang tiba-tiba mengangkat kepalanya sambil memandang aleyssa. kalau waktu itu cahaya lampu terang mesti lee Nampak muka aleyssa yang merah menahan malu.. dan tiba-tiba juga lee telah meledakkan tawanya. Pertama kali aleyssa melihat lee ketawa sekuat itu. Terserlah lesung pipitnya. Hilang rasa malu tadi. Aleyssa asyik memerhatikan lee yang sedang sakan gelakkan dirinya itu.

‘’ awak x lapar?’’ Tanya aleyssa memulakan bicara. Apabila melihat lee yang mula berhenti ketawa.
Lee hanya menggeleng kepala kerana mulutnya masih lagi mengulum sisa sisa tawanya tadi.
‘’ hmmmm.. saya lapar la.. dari tengah hari tak makan semata-mata nak makan banyak malam ni.. huuuuuuuuuuuuuuuu….’’ Ucap aleyssa lebih kepada luahan perasaan ya kepada diri sendiri sambil menguis-nguis kasut yang dipakainya.
‘’ makan ni dulu’’ sapa lee sambil menghulurkan bar coklat Cadbury yang dikeluarkan dari poket jaketnya lee tersenyum cuma.
Aleyssa terus menyambar bar coklat dan dengan tidak membuang masa lagi dia membuka bungkusan coklat dan terus menyuap kedalam mulutnya.. mengunyah coklat dengan nikmat sekali. Dah la lapar. Dapat pula coklat kegemarannya. Saat dia menikmati makanannya itu dia mendengar bunyi yang membuatkan aleyssa terhenti menguyah.

‘’ lee.. macam mane ni? Bateri nak habis. ‘’ Saat itu juga dia mendapat panggilan dari Farah. Serentak dia menekan laju butang hujau untuk menjawap panggilan itu. Namun dia hampa Farah tidak mendegar suaranya. Bateri semakin nazak.
‘’ nape saya x terfikir dari tadi… lee mana hand phone awak? Saya nak kol Farah!!’’ ucap aleyssa dalam nada sebak.
‘’ x de,, .’’
‘’ macam mane ni.. huhuhuhu’’ balas aleyssa mendengaran jawapan dari lee.

Cahaya lampu handphone yang menerangi kegelapan itu telah padam, aleyssa mula menangis. Kegelapan itu memang cukup menakutkan aleyssa. Dan saat itu lee menyalakan kembali liter di tangannya. Aleyssa yang sedar akan kehadiran cahaya itu bergerak merapati lee. Dia Cuma duduk diam disitu disisi pemuda itu.
Saat itu dia mendengar namanya di panggil. Aleyssa segera bangun menuju ke pintu.
‘’ farah!! Farah!.. aku kat sini. Farahhh…’’ jerit leyssa dari dalam bilik itu.sambil mengetuk-ngetuk pintu sengaja membuat bising supaya farah mendengar jeritannya itu. Seketika kemudian panggilan namanya di dengar semakin dekat. Jelas sekali suara itu merupakan suara sahabatnya, farah.Dan saat pintu terbuka dia meluru keluar dengan cepat. Dan memeluk farhan.
‘’ farah.. nasib baik kau datang cari aku..’’ ucap aleyssa sambil mengesat air matanya.
‘’ macam mana boleh jadi macam ni? Dian kene kan kau lagi ke?’’ soal farah keras.
‘’ eh tak lah.. aku terkunci dalam bilik ni masa aku nak ambil barang tadi.Kau kan tau bilik ni x boleh dibuka dari dalam.. aku terkejut bila lee tegur aku.. pastu aku terdorong jatuh lam bilik ni. Tu yang terkunci tu. Dengan le sekali.’’ Penjelasan aleyssa iitu mengejutkan jejaka yang berada di belakang farah. Farah juga agak terkejut sambil matanya melirik ke dalam bilik itu dan mendapati lee yang baru melangkah keluar dari situ.
‘’ leysaa nape awak tak bagitau saya? Biar saya yang tolong ambilkan barang-barang tu.’’ Soal alif haikal tidak puas hati.
‘’ awak kan buat persediaan untuk solat petang tadi?’’ lagipun bukan berat pun barang2 tu?’’ balas leyssa sambil terseyum. Sejuk hati alif melihat seyuman yabg terukir di wajah gadis itu. Namun masih masih dapat melihat ada sisa air mata yang bergenang di matanya.alif haikal hanya memandang lee dengan ekor matanya saja. Lalu mengajak aleyssa ke kantin untuk makan. Farah turut mengekori.
‘’ lee.. jom? Makan?’’ ajak leyssa. Ajakan leyssa itu hanya berbalas dengan anggukan serta langkah longlai lee sendirian menuju ke kantin. Aleyssa hanya memandang saja kelibat lee yang semakin menghilang. Dan apabila dia sedari dia sudahpun di tarik oleh farah untuk ke meja yang tersedia makanan dan minuman, tanpa melengahkan masa aleyssa terus duduk dan menjamah hidangan yang ada di depan matanya. Tanpa menghiraukan raka-rakan yang lain.




dah tau kan sape yang tolong leyssa? x de la misteri sangat kan ramai yang dah dapat agak.. actually lee memang misteri. dan hanya leyssa yang boleh merungkainya...

selamat berpuasa buat semua umat islam..

Wednesday, August 19, 2009

BAB 10.2

‘’ Aleyssa Dania Abdullah.. kami dengan sebulat suara melantik kamu untuk menjadi pengganti kepada pemangku head girl yang akan berpindah mengikut keluarganya ke Australia. Kamu tahu perkara ini bukan?’’ soal Cik jannah selaku guru disiplin merangkap guru penasihat badan pengawas sekolah.

Aleyssa hanya menganguk lemah. Dia Cuma memandang jari-jarinya yang bermain sesame sendiri. Kemudian mengangkat wajahnya memandang wajah cik jannah yang duduj di hadapanya.

‘’ kenapa? Ada apa yang kamu nak Tanya saya? Kamu x puas hati dengan keputusan pihak sekolah?’’ Tanya cik jannah seakan tahu apa yang sedang difikirkan aleyssa sekarang ini.

‘’ tapi kenapa saya cikgu? Bukan ke ramai lagi pelajar yang layak selain dari saya?’’ luah aleyssa takut-takut, sememangnya dia tidak pernah mengimpikan jawatan itu.

‘’ kamu tau berapa ramai yang datang temuduga untuk jawatan ini? Dan berapa ramai pelajar yang betul-betul inginkan jawatan ini?’’ soal cik jannah lagi.

Huh? Siap ade temuduga lagi? Tapi aku x pernah tau pun ada temuduga? Dan aku x pernah pun hadiri temuduga itu. Gumam aleyssa didalam hatinya. Dia semakin pelik dengan apa yang berlaku ini.

‘’ beginilah aleyssa, saya ceritakan kenapa dan bagaimana awak terpilih untuk jawatan ini. Setelah kami berbincang dengan guru-guru serta ajk tertinggi badan pengawas kami Nampak hanya awak yang di percayai dapat menyandang tugas kali ni dengan baik.’’

‘’ kenapa? Pertama..Kerana kami lihat hanya awak sahaja yang mampu berkomunikasi dengan baik dengan pelajar bukan melayu. Kami melihat awak berkawan tidak mengira bangsa, walaupun awak seorang pelajar yang suka bersendirian ( berangan ) namun setiap kali ada aktiviti berkumpulan awak akan memberikan tumpuan serta komitmen yang tinggi terhadap apa yang awak lakukan.bukan senang untuk bekerjasa dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai kaum dan kerenah. Tapi kamu boleh lakukanya.’’

‘’ kedua..awak juga seorang kakak yang baik kepada adik-adik kamu. Maksud saya kami tahu kamu mempunyai ramai pengikut dari kalangan junior-junior. Saya mendapat maklumat ini dari kawan kamu yang mengatakan mereka sangat mesra dan suka mendapatkan bantuan kamu sekiranya mereka menhadapi sebarang masalah. Sikap ini yang kami mahukan dalam diri seorang pemimpin. Dimana kamu dapat berinteraksi dengan baik serta dapat mengawal pelajar dengan sikap kamu yang lembut itu. Sikap ini la yang tiada pada mana-mana pelajar yang datang untuk mendapatkan jawatan ini. Kami Nampak ia ada pada kamu. Kamu boleh menjadi pengaruh yang baik kepada pelajar-pelajar junior dengan sikan lemah lembut, baik hati serta hormat menghormati sesame bangsa. Kami guru-guru sudah cukup pening untuk mengatasi masalah perkauman antara pelajar sekolah ini. Jadi kami rasa dengan cara ini kami dapat menyelesaiakan masalah ini.

‘’ dan ketiga.. saya sendiri nak melatih kamu supaya menjadi seorang yang lebih tegas, berkepimpinan, serta di hormati oleh rakan-rakan lain. Buang sikap suka berangan kamu itu. Cuba jadi antara yang terbaik. Saya percaya kamu boleh lakukan. Paham?’’


Kini aleyssa tau... Dia teringat akan kata-kata cik jannah sebelum dia secara rasmi menerima jawatan yang cukup kontroversi di sekolahnya itu. Dia terseyum memandang bilik pengawas yang menjadi markas nya untuk aktiviti-aktivi bersama pelajar junior. Juga study group nya, dan situ jugalah dia mula rapat dengan alif haikal merangkap sebagai ketuanya dalam badan pengawas. Segala aktiviti di jalankan bersama membuatkan mereka semakin serasi.

Banyak sekali cabaran yang terpaksa dia lalui dalam menggalas tanggungjawab itu. Semuanya dianggap cabaran untuk dia menjadi lebih baik dan bersemangat. Dia masih lagi inagt bagaimana dia di tuduh mencuri, dituduh tidak menjalankan tugas, ada juga pelajar yang menuduh dia menerima jawatan itu konon-konon nya hendak mendekati jejaka idaman pelajar perempuan iaitu Alif haikal. Tidak kurang juga dia selalu mendapat tentangan dari rakan kelas nya sendiri Dian yang sememangnya ada saja cara untuk mengenakan atau lebih tepat lagi membuatkan kerja harian ALeyssa di sekolah kucar kacir.

Aleyssa masih lagi berdiri menghadap bilik itu, dia tersenyum mengingati kisah-kisah terdahulu yang berjaya mencuit dan menyentuh hati kecilnyai tu selama dia bersekolah disini. X lama lagi sesi persekolahan akan di tinggalkan. Hari ini merupakan hari terakhir dia memakai seragam biru ini. Saat itu, laeyssa cukup sayu melihat-lihat bangunan yang menjadi saksi betapa dia cukup komited dalam mengejar ilmu.

‘’ jauh termenung? Ingat kat sape tu?’’

‘’Oh mak kau??’’ aleyssa betul-betul terkejut dengan sapaan itu.

‘’ ishhh awak ni.. x reti nak bagi salam ke? Kitakan orang islam?’’ marah aleyssa. berdebar-debar jantungnya macam membuat larian 100 meter.

‘’ oppsss.. maaf ye? Assalamualaikum Tuan Puteri aleyssa Dania..’’ jawab alif sambil menyusun sepuluh jari memohon maaf. Dia tersenyum Cuma melihat wajah aleyssa yang kemerahan menahan marahnya itu.

‘’ Waalaikumussalam.. ‘’

‘’ ha.. kan ke bagus macam tu? Bagi salam dulu baru la nak tegur.. xde la saya terkejut macam ni?’’

‘’ dan satu lagi.. nama saya Aleyssa Dania Abdullah saja.. mana ada Puteri. Awak ingat saya ni Puteri raja dari mana?’’ rungut Aleyssa panjang lebar.

‘’ Baiklah ALeyssa Dania Abdullah saja… jom kita balik? Awak nak tunggu putera raja datang jemput ke?’’ seloroh Alif pantas bangun dari kerusi yang didudukinya mengatur langkah sambil tergelak sakan.

‘’ Haikal!!!.. ishhhh geram betul dia ni!! Orang cakap betul2 dia main-main pulak.. ishhhhh.. benci!’’ marah aleyssa sambil turut mengatur langkah mengikuti ALif yang masih bersisa tawanya mengenangkan wajah aleyssa yang mencuka itu.

‘’ leyssa malam nanti bagitau mak cu.. saya jemput ye? ‘’

‘’ tak payah la awak naik basikal malam-malam nanti?’’ kata Alif.

Aleyssa hanya menganguk setuju. Dia juga sebenarnya takut untuk berbasikal ke sekolah pada waktu malam. Tapi dia juga segan apabila alif mempelawa untuk menjemputnya. Nanti apa pula kata jiran-jiran? Dan lagi nahas kalau Dian tau perkara ini. Entah apa pula tindakanya nanti. Namun begitu dia tidak sanggup untuk melepaskan aktiviti malam nanti. Aktiviti dia mana mereka semua pelajar tingkatan 5 akan berkumpul dan mengadakan sedikit jamuan serta BBQ bagi meraikan tamatnya peperiksaan.






Monday, August 17, 2009

BAB 10.1

Peperiksaan SPM Cuma tinggal 2 minggu saja lagi... sekejap benar masa berlalu. Kini mereka sudah hampir ke masa-masa genting dalam menentukan hala tuju hidup masing-masing. Kebanyakan guru-guru mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas tambahan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5. Semua pelajar mesti terlibat. Pelajar yang engkar akan dikenakan tindakan. Kelas ini merupakan persediaa terakhir sebelum menghadapi peperiksaan. Masa ini guru-guru akan menurunkan segala ilmu yang ada untuk pelajar masing-masing dengan doa supaya mereka dapat menjawab sehabis yang baik dan mendapat keputusan cemerlang serta mengahrumkan nama pihak sekolah.

Seperti biasa aleyssa datang dan pulang ke sekolah dengan basikalnya, petang itu selepas kelas kimia.. dia bersama dengan farah berjalan menuju ke tempat letak basikalnya.

‘’ leyssa kau faham x ape yang miss wong terang tadi?’’ Tanya farah yang masih lagi bingung memikirkan formula-formula kimia yang diterangkan oleh miss wong dalam kelas tadi.


‘’ faham la skit-skit.. x pe.. sok aku terangkan kat kau mane yang kau tak paham. Mane yang aku bleh jawab aku jawab. Kalau tak kau kene la taye miss wong??’’ balas aleyssa sambil tersenyum dan mendapatkan basikalnya.

‘’alamak… basikal aku pancit la.. macam ne ni? Hari dah petang ni? Nak hujan lak tuh?’’ kata aleyssa dengan nada risau.

‘’ kau tumpang aku la.. kejap lagi abang aku datang.. aku suruh dia anta kau balik..’’
‘’ermmm.. tttak pe la farah.. thanks.. aku balik jalan kaki la.. lagipun rumah kita bukan sehala..’’ jawab leyssa tergagap.. bukan niat dia menolak bantuan dari sahabatnya itu.. mengenangkan abangya farhan yang selalu menjemput farah dengan motosikalnya. Dia sebolehnya mengelak dari membonceng dengan lelaki. Bukannya dia tak tahu yang farhan sememangnya ada perasaan terhadapnya. Ini di akui sendiri oleh farah. Kerana dulu abangnya selalu membelikan bunga dan coklat untuknya. Pernah sekali dia member sekeping kad yg berisi luahan hatinya. Namun ia ditolak baik oleh aleyssa dengan alasan dia masih lagi pelajar sekolah.

Farah akhirnya akur dengan kehendak aleyssa. setelah farhan sampai dia terus berlari mendapatkan abangnya yang menunggu di luar pagar. Aleyssa hanya memerhati dari tempat letak basikalnya yang tidak jauh dari pintu pagar. Dia dapat melihat pandangan tajam dari farhan di tuju kepadanya. Serentak iru dia mengalihkan pandangan ke basikalnya.

‘’ hmmmm… macam mane aku nak balik ni? Huuuuuuuuuuu’’ dalam x sedar aleyssa mengeluh berat.

‘’ kenapa mengeluh ni? Ada ape yang boleh saya bantu?’’ Tanya alif tiba-tiba yang muncul di sebelah aleyssa. terperanjat aleyssa di buatnya. Nasib tak melatah..

‘’ pancit nih? X boleh jalan dah ni.. hari dah petang.. nak hujan lak tu.. kedai bawah tu agaknya dah tutup.’’ Kata-kata alif itu sama seperti yang ada di fikiran aleyssa tadi.

Kalau boleh jalan x de la aku tercegat lagi kat sini.. gumam aleyssa dalam hati.

‘’ saya hantar awak balik? Kebetulan hari ini saya bawak kereta. Saya hantar awak ye?’’ pelawa alif haikal. Aleyssa masih lagi bertolak tambah bahagi darab..

( berfikir la tu..)

‘’ hari dah semakin gelap ni. Mcam nak rebut je? Bahaya la kalau awak balik dengan basikal pancit ni?’’ sogok alif lagi apabila aleyssa masih lagi tidak memberikan jawapan.

‘’ saya hantar ye?’’ serentak itu dia mengambil buku dan beg aleyssa yang di letak di atas bangku dan berjalan menuju ke keretanya. Hendak tak hendak aleyssa menurut langkah alif menuju my V hitam itu. Saat dia hendak melangkah masuk ke dalam kereta dia melihat lee lalu bersama basikalnya. Apabila matanya bertemu mata lee dia terkejut lee dengan serta merta mengalihkan pandangan mata nya ke arah lain. Kenapa dia tu? Tanya leyssa dalam hatinya. Dia duduk elok sambil menutup kemas pintu kereta dan kereta itu meluncur keluar dari pintu pagar sekolah. Dari dalam kereta aleyssa dapat melihat kelibat lee yang membawa basikalnya. Saat kereta alif melintas basikal lee leyssa hanya memandang lee. Tapi lee langsung tidak memandang ke arahnya. Di telinga lee terselit earphone nya. ( mesti dengar lagu… )

‘’ hmmmmm…’’

‘’kenapa mengeluh leyssa?’’ keluhan leyssa itu didengari alif haikal.

‘’ x de.. saya risaukan basikal saya. Tinggal kat situ. Takut kene curi.’’ Jawab aleyssa apabila terasa dirinya diperhatikan oleh alif haikal.

‘’ nak curi apenye? Kan ke awak tinggalkan basikal tu dalam kawasan sekolah? Sekolah kita kan ada guard. Kalau awak masih risau malam nanti saya akan ajak hisham pergi sekolah dan hantar basikal ke rumah awak ye?’’ ucap alif haikal.

Belum sempat leyssa menjawab. Dia sudah melihat kelibat mak cunya di pintu. Alessa keluar dari kereta dan mendapatkan mak cu. Alif haikal turut keluar bersalaman dengan mak cu.

‘’ maaf mak cik.. saya hantar leyssa balik hari ni. Tadi basikalnya pancit masa balik dari kelas. Jadi saya hantarkan je dia memandangkan hari nak hujan.’’ Terang alif haikal sebelum sempat leyssa menegur mak cunya.

‘’ ooo… terima kasih ya haikal.. mak cik pun risau je.. lambat betul leyssa balik hari ni. Kalau tak de kamu tak tau la macam mane leyssa ni.’’ Ucap farida kepada anak muda di depannya itu. Bukannya jauh sangat rumahnya dengan sekolah. Tapi memandangkan hari lewat petang. Cuaca pula semakin buruk. Dia khuatir sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anak kesayanganya itu.

‘’ sama-sama makcik. Kalau macam tu saya balik dulu ye? Hari pun dah lewat ni. Takut mama risau pulak..’’

‘’ baiklah.. kirim salam kat mama ye? Hati – hati memandu.” Farida masih lagi menuggu sehingga alif selamat keluar dari perkarangan rumah mereka. My v hitam itu meluncur laju di atas jalan raya.. farida hanya terseyum teringatkan pemuda bernama haikal itu.

*************************************************************

Keesokan paginya aleyssa sampai agak lewat kerana hari ini dia berjalan kaki saja. Niatnya untuk melihat keadaan basikalnya. Dia segera mendapatkan basikalnya. Alangkah terkejutnya aleyssa melihat tayar basikalnya dah o.k. dia sekali lagi membelek-belek keadaan basikalnya itu. Tidak puas hati dengan membelek.. dia naik duduk atas basikalnya. Betull.. x pancit lagi dah.. bunyi loceng menghalang dia untuk terus membelek basikal itu lagi. Da terus berlari menuju ke kelas. Dalam perjalanan ke kelas dia teringat akan kata-kata alif haikal semalam.

Masuk ke kelas dia melihat alif haikal sedang khusyuk menulis sesuatu di dalam buku notanya, matanya tidak lepas dari memandang pemuda itu, dia duduk dan meletakkan beg nya di atas meja. Namun matanya masih lagi memandang ke arah haikal yang duduk berselang dengan mejanya. Tiba-tiba alif haikal memandang ke arahnya dan melemparkan senyuman manis buat aleyssa. aleyssa membalas senyuman itu. Saat itu di teringatkan seseorang yang berada di belakangnya. Mana mungkin dia dapat melupakannya. Dia mengalih pandangan nya ke belakang mencari kelibat lee. Namun tidak kelihatan. Dia beralih semula ke depan dan saat itu dia tersentak kerana tiba-tiba lee sudah berdiri di depan mejanya. Berjalan menuju ke tempat duduknya. Tanpa memandang sedikit pun ke arah aleyssa. seperti biasa dia duduk,, letak beg atas meja.. dan menyembamkan mukanya di atas beg sehinggalah kehadiran cikgu ke kelas. ( poyo betul mamat ni)

Tamat saja sesi persekolahan aleyssa bergegas ke tempat letak basikalnya. Hari ni kelas tambahan di batalkan. dia ingin berterima kasih kepada haikal kerana membaiki basikalnya. Dia menunggu haikal di depan pintu pagar sekolah. Tadi didalam kelas dia tidak sempat berbuat demikian.
Aleyssa Nampak haikal dengan Hisham. Namun dia tidak sempat memanggil kedua sahabat itu. Mereka berlalu tanpa perasan akan kelibat aleyssa yang berdiri di tepi pagar sekolah.

Hmmmm… x pe lah esok saje la aku ucap terima kasih.. ucap aleyssa sambil tersenyum menaiki basikalnya.

Dan sewaktu dia mula mengayuh basikalnya kali ini terasa ringan sekali. Bukan macam biasa.. berat semacam. Kali ni dia mengayuh dengan lancar sekali. Dia seronok dengan perubahan basikalnya itu. Sambil menyanyi dia mengayuh perlahan untuk mendapatkan angin petang. Di depanya dia Nampak lee.. aleyssa melajukan kayuhannya supaya dia beriringan dengan lee..

‘’ hai lee… lambat awak hari ni? Petang ni awak main basket tak? saya dah x boleh baca novel lagi? Saya Cuma boleh ambil2 angin je kat situ. Mak cu dah simpan semua novel saya. Dia cakap lepas exam baru saya di benarkan baca novel lagi.. tapi x pe.. saya boleh menulis kat bawah pokok tu? Sambil tengok awak main basket??’’ celoteh aleyssa panjang lebar. Aleyssa tahu dia hanya bercakap seorang. Tapi entah kenapa dia cukup selesa bercakap dengan pemuda sorang ni. Dia boleh meluahkan apa saja. Dia boleh jadi apa saja bila dengan lee.

‘’ lee… saya balik dulu.. jumpe kat padang ye? Bye..’’ aleyssa melambai lee sambil masuk ke simpang rumahnya. Lee hanya memandang dingin perilaku aleyssa terhadapnya. Aleyssa behenti di simpang itu dan memerhati lee dari belakang. Dia Nampak lee masuk ke simpang depan. Tak banyak yang dia tau tentang lee. Dia Cuma tahu yang lee tinggal berseorangan di rumah yang di sewa dari pak cik Karim. 2 tahun yang lalu lee tiba-tiba muncul di pekan ini tanpa sebarang maklumat lanjut mengenai dirinya. Pelajar-pelajar lain tidak menyukai lee.. mungkin kerana sikap nya yang sangat pendiam dan tidak bercampur dengan orang lain. Mungkin sebab itu juga semua orang tidak tahu langsung latar belakangnya. Dengar cerita puan pengetua pernah memanggil lee untuk membawa penjaganya berjumpa pihak sekolah. Dan dengar cerita lagi.. pak karim lah yang datang sebagai wakil penjaga lee. Mak cu juga pernah bercakap tentang kehadiran remaja cina yang tinggal di rumah Pak Kasim. Dalam Diam aleyssa bertekad untuk mengumpul dan mencari maklumat berkaitan pemuda cina itu. Dia tersenyum sendiri sambil menyorong basikalnya masuk ke parkir perkarangan rumahnya.


hmmm... sori ye? upload sikit2 ade problem skit dengan manuskrip,,, huhuhu



Friday, August 14, 2009

BAB 10 – Andai Ku Tahu

Perhatian kepada semua ajk tertinggi pengawas sekolah.. satu perjumpaan akan diadakan pada jam 10.00 pg. semua ahli wajib hadir.

Pengumuman itu disampaikan oleh unit siar raya sekolah semasa waktu rehat pelajar. Suasana di perkarangan sekolah pada hari ini tenang sekali. Di bangku berdekatan dengan kolam ikan itu aleyssa sedang asyik menulis sesuatu.

‘’ assalamualaikum… ‘’

‘’ tulis ape tu?’’ sapa alif haikal.

Aleyssa tersentak dengan sapaan jejaka itu serentak itu dia mengangkat mukanya memandang gerangan yang menegurnya.. Tiba-tiba saja muncul. Nasib baik bagi salam.. sejuk jugak hati. Dia menjawab salam dari alif haikal dengan senyuman. Sambil tanganya menutup buku dan memusing-musingkan pen di tangannya.

‘’ maaf.. saya menggangu ke?’’ Tanya alif serba salah apabila melihat aleyssa yang seakan tidak senang dengan kehadirannya.

‘’ eh.. tak lah.. hurmmmm.. ade ape awak cari saya? ‘’ Tanya aleyssa sopan. Sememangnya dia agak tidak senang dengan kehadiran jejaka kegilaan ramai pelajar perempuan sekolah ini. Termasuklah dian. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu ada gossip-gosip liar melanda kalau-kalau kejadian ini sampai ke telinga dian.

‘’ oh.. tttakk cume nak bagi tau yang lepas ni kita ada meeting kat bilik pengawas’’

‘’ tau.. saya dengar unit siar raya buat pengumuman tadi..’’

‘’urmmm.. kita pergi sekali ye?’’ ajak alif haikal teragak-agak.

‘’ okey.. jom lah.. kejap lagi jam 10.00 kite gerak sekarang..’’ jawab aleyssa selamba sambil bangun untuk bergerak ke destinasi mereka. Alif haikal terseyum dan mengekori aleyssa seterusnya cuba menyaingi langkah aleyssa yang laju supaya seiring sejalan dengannya.

di satu sudut lainnya...

‘’ kau tengok tu??. Macam ade pape je??’’ kata fiza sambil memuncungkan bibirnya kepada aleyssa dan alif yang beriringan ke bilik pengawas.

‘’ gatal punya perempuan. Memang nak kene dengan aku!!’’ bentak Dian sambil menjeling ke arah mereka berdua.


Malam itu aleyssa duduk sendirian di meja belajarnya. Kembali menyambung tulisannya yang tergangu pagi tadi. Dia juga asyik memikirkan perubahan lee. Semakin lama dia dapat merasakan lee semakin menjauhinya. Dia juga pelik dengan sikap jejaka yang di panggil haikal. Ade saja alas an yang di beri untuk mendekati dirinya. Saat kepalanya dah serabut dengan pelbagai tanda Tanya dia memandang tulisannya di dalam buku nota yang selalu di bawanya itu…


ku tak perduli
bila ku benar - benar cinta mati
ku tak perduli
ku memang begini
bila ku benar benar cinta mati

ku tak peduli
apa saja yang kau inginkan
aku rela

Bukannya aku takut
akan kehilangan dirimu...
tapi aku takut
kehilangan cintamu..

mungkin saja saat itu
kau mempermainkan aku...
seakan kau bisa membalas cintaku...

ku tak mengerti
yang selama ini ku rasakan....
pasti...
kau tak perduli
bila saja yang ku inginkan
kamu rela



lirik lagu yang dinyayikan mulan jameela. Satu lagi minat aleyssa. Dia sangat suka mengumpul lirik-lirik lagu yang dia rasakan dapat meluahkan perasaanya saat dan tika itu.. tiada siapa yang tahu minatnya yang satu ini. Tidak juga farah sahabat baiknya sendiri tidak juga mak cu nya yang sememangnya tempat dia mengadu cerita tentang apa saja. Dia akan menulis apabila dia berseorangan sahaja. Baginya ini adalah salah satu cara dia meredakan tekanan hidupnya. ( mungkin?? )

Wednesday, August 12, 2009

BAB 9 – Yang tersurat di sebalik yang tersirat.


Bola dilantun-lantun di atas gelangang. Selang beberapa lantunan bola jingga itu akan di lempar memasuki gawang gol dan kembali semula ke tangan dan dilantun lagi beberapa kali sebelum bola itu di jaringkan. Banyak kali perkara yang sama dilakukan sehingga badan boleh basah dek keringat.

‘’ hai… dah lama awak sampai?’’

Suasana di situ masih lagi didominasi oleh bunyi lantunan bola dan sekali sekali bunyi decitan tapak kasut yang bergesel dengan gelanggang.

‘’ lee.. awak x penat ke? Dah sejam awk dok jaring bola tu.’’ Sapa aleyssa bernada agak geram kerana lee lansung tidak mengendahkan kehadiranya di situ.
Lee masih lagi dengan permainannya. Berlari anak sambil menjaringkan bola. Cekap tangannya melantun bola. Jarang sekali bolanya itu melewati jaring. Semuanya dapat dijaringkan dengan bergaya sekali. Sejak lee memberikan kejutan kepadanya temph hari hubungan mereka seakan mendapat nafas baru. Terdapat sedikit perubahan sikap lee terhadap aleyssa. Mereka selalu berada di tempat yang sama pada waktu petang. Walaupun pada dasar nya mereka selalu bertemu muka, namun x pernah berbual. Perjumpaan mereka hanya kerana tempat lepak mereka begitu hampir sekali. Leyssa di bawah pokok itu.. manakala lee di gelanggang basket yg berada di sebelah saja tempat aleyssa. Hanya aleyssa sekali sekala menegur dan cuba berbual dengan lee. Dan lee seperti biasa meneruskan aktivitnya menjaring bola.

‘’ bukkk!!’’ serentak itu..

‘’ aauuuwwww… What the…..’’ kata-kata terhenti di situ apabila lee melihat aleyssa yang menekan-nekan perutnya.. manakala sebelah tangannya lagi menutup mulut menahan tawa. Bola yang dipegang terlepas dari tangan. Lee hampir tersungkur dek penangan dari aleyssa.

Dia menggosok-gosok badan nya yang dilempar botol berisi separuh mineral water. Dalam pada itu dia amat terkejut dengan perbuatan aleyssa yang membalingnya dengan air mineral. ( sakit wooooo..) silap dia juga langsung tidak mengendahkan gadis kecil itu. Segala sapaan dan pertayaannya jarang berjawab. Siapa yang tak sakit hati kalau macam tu?.

Aleyssa gelak sakan di bawah pohon rendang itu. Masih lagi menekan-nekan perutnya kerana ketawa yang melampau. Tiba-tiba ketawa aleyssa terhenti apabila melihat lee meneguk air mineral yang yang di balingnya tadi.. sampai habis.

‘’ lee.. awak minum minuman saya… ‘’ kata aleyssa dengan nada perlahan, namun masih dapat di dengari jelas oleh pendengaran lee.

‘’ dah awak bagi saya?’’ jawab lee sambil merebahkan badannya di bawah pohon redup itu. Mukanya di tutup dengan lengannya.


‘’ sakit x kene tadi?’’ Tanya aleyssa selepas agak lama mendiamkan diri. Lee masih lagi diam.. seolah-olah tertidur.

‘’ sori ye? Saya geram la dah berbuih mulut saya bercakap dengan awak. Tanya itu ini awak langsung x jawab. Ambil perhatian pun tidak. Dah sejam awak dok jaring bola tu.awak kan dah hebat dalam permainan ni? Tp masih lagi nak wat macam tu. Tu sebab saya baling aje botol tu. Sakit hati!!’’ terang aleyssa panjang lebar.

‘’ lee.. nape sejak akhir-akhir ni awak macam nak mengelak dari saya? Saya tau la selame ni pun kite bukan la bercakap sangat.. tp sekurangnya saya selalu berada dekat dengan awak. Dalam kelas.. dalam makmal.. dan kat sini la saya selalu tengok awak berlatih. Tapi sejak hari tu awak macam dah jauhkan diri dari saya je.’’ Tanya aleyssa lagi, walaupun dia tahu memang hanya dia saja yang akan bersuara.. jadi lebih tepat lagi kalau pertayaannya itu di tukar kepada sesi meluahkan perasaan dirinya sahaja.

Sememangnya dia perasan akan perubahan lee selepas kejadian di kutuk Dian dulu lee sudah mula hendak berbaik dengannya. Namun selepas kejadian di tuduh mencuri dan berjumpa dengan pengetua. Lee seolah semakin jauhkan diri darinya. aleyssa mengimbas kembali semasa berada dalam bilik pengetua.

‘’ saya akan laporkan perkara ini kepada ibu bapa penjaga awak. Seterusnya awak di gantung seminggu. Pasal jawatan awak akan saya putuskan kemudian..’’ tiada apa lagi yang diharapkan oleh aleyssa saat itu. Dia terima. Saat dia bangun untuk meminta izin. Kedengaran pintu bilik puan laila di ketuk. Kemudian muncul cik jannah bersama alif haikal yang tersenyum manis memandang wajah pucat aleysaa. Simpati alif melihat gadis itu.

‘’Puan.. ada perkara yang saya nak maklumkan pada puan berkenaan tuduhan terhadap Aleyssa.’’ Bicara cik jannah dengan penuh rasa hormat.


‘’ kenapa? Apa masalahnya?’’ Tanya Puan Laila.

‘’ Bukan ALeyssa yang mencuri jam tu puan. Dan saya juga percaya barangan- barangan itu juga bukan milik Aleyssa. Mungkin dia di sabotaj.’’ Terang cik jannah.

“ Apa yang membuatkan awak pasti dengan kata-kata awak ni? Bukan kah sudah terbukti jam serta barangan itu di jumpai dalam begnya?’’ Tanya puan laila lagi seakan tidak pasti.

“ pagi tadi saya ada mintak tolong si aleyssa bawakan buku-buku latihan ke bilik guru, dan di tangan aleyssa penuh dengan botol airnya.. bekalnya.. waktu itu saya terpaksa pulang ke kereta kerana tertingal barang. Pada mulanya saya kesiankanya.. namun untuk tidak menghampakan saya dia menyuruh saya meletakkan buku itu kedalam begnya. Dan sememangnya hanya buku pelajaran saja yang saya lihat berada dalam beg aleyssa. Dan mustahil la aleyssa mencuri jam tersebut kerana sepanjang perhimpunan dia ada bersama saya untuk mebuat rondaan ke blog satu. Alif haikal boleh menjadi saksinya.’’ Terang cik jannah sambil memandang alif yang mengangguk tanda mengiakan penerangan cik jannah.

Saat itu baru aleyssa teringat perkara yang berlaku pagi tadi semasa dia kelam kabut untuk meletakkan beg nya dan bergegas ke tapak perhimpunan dan pada waktu itu jugak cik jannah meminta pertolongan darinya. aleyssa terseyum lega.
‘’ terima kasih cikgu. Kalau tidak apa lah nasib saya.’’ Ucap aleyssa dengan nada gembira kerana dilepaskan. Puan laila mengerahkan cik jannah untuk menyiasat perkara ini.

‘’ awak patut berterima kasih kepada alif haikal yang terus datang berjumpa dengan saya semasa awak di bawa berjumpa dengan puan laila. Dia kata awak tak bersalah. Dan saya kan tau apa ada dalam beg awak?’’ terang cik jannah sambil berlalu meninggalkan mereka berdua untuk kembali ke bilik guru.

‘’ terima kasih ya haikal sebab tolong saya?’’ ucap aleyssa menundukkan wajahnya.
‘’sama-sama.. saya tau awak x salah. Saya akan siasat siapa yang menganiaya awak. Yang bersalah akan di hukum setimpalnya.’’ Kata alif haikal geram. Dia terkejut apabila masuk ke kelas dan di beritahu bahawa aleyssa di tuduh mencuri. Selepas mendengar serba sedikit cerita dari hisham dia terus mendapatkan cik jannah. Dan sewaktu dia melangkah masuk ke dalam kelas bersama-sama alif Haikal semua isi kelas memandangnya dengan pelbagai reaksi. Aleyssa hanya mampu menundukkan wajahnya berjalan ke tempat duduknya dan saat itu dia dapat melihat sepasang mata yang merenungnya dengan pandangan yang lain sekali.

‘’ Puan laila telah memberi arahan untuk menyiasat perkara ini. ALeyssa tidak bersalah. Kalau korang semua tak puas hati korang boleh Tanya pada cik jannah kerana dia merupakan saksi Aleyssa, dan perkara ini tidak akan diam begini sahaja. Aku akan siasat siapa dalang di sebaliknya.’’ Tegas kata- kata alif membela nasib Aleyssa.


Dan masa yang sama Dian serta rakan-rakannya hampa kerana rancangan mereka gagal. Terselit perasaan takut kantoi akan perbuatan mereka itu.

Aleyssa tersedar dari lamunannya.. dan saat itu dia mendapati lee sudah tiada lagi di situ..
‘’ Hurmmm… selalu macam ni. Bila la awak nak berbual dengan saya lee?? Saya nak sangat bercerita dengan awak..’’ keluh aleyssa sendiri.

Aleyssa sebenarnya tidak tahu yang lee sebenarnya berperang dengan perasaanya sendiri…


sory kalau entri kali kurang menarik,, hurmmm,,, harap korang still enjoy. ya?


Friday, August 7, 2009

BAB 8- HaSaD DeNgKi..

Kelihatan dua orang pelajar yang terhendap-hendap di hadapan kelas dalam keadaan yang mencurigakan. Mereka asyik memandang ke kiri dan kanan kelas 4 cemerlang.

‘’ kau sure ke nak wat mende nih.. aku takut kantoi.. x pasal-pasal kene ngadap puan laila.’’ Bisik fiza.

‘’ alah.. kau jangan risau.. aku tau ape yang aku buat. Tak akan kantoi nye.’’ Balas Dian sambil meneruskan rencana nya itu. Selang beberapa minit Dian selesai. Mereka bergegas keluar dari kelas untuk ke tapak perhimpunan. Mereka bergerak pantas untuk mengelakkan diri mereka di kesan oleh pengawas-pengawas yang bertugas. Kelihatan puan pengetua sedang berucap di atas pentas. Ucapan pengetua lansung tidak di hiraukan. Mereka terseyum puas mengenangkan kejadian yang bakal berlaku sebentar lagi.



***************************************************
*************
Dian memulakan dramanya.. dia mula menangis teresak-esak. Syahdu sekali.. pelajar-pelajar yang mula memenuhi yang kelas mengahmpiri meja Dian, ingin tahu apa yang berlaku menyebabkan dia menagis.


‘’ kenapa dengan Dian Fiza? ‘’ Tanya fatihi. Melihat keadaan dian yang menekup mukanya ke meja de selangi dengan esak tangis yang kuat.


‘’ barang dia hilang..’’ jawab fiza dengan wajah sedih mewakili sahabatnya, ( memang pandai la berlakon? )


‘’ barang ape? Letak kat mane?’’


‘’ jam tangan yang Dian beli di London. Katanya dalam beg. Balik perhimpunan dia tgk dah tak de. Itu yang meraung tu..’’ terang fiza lagi sambil mengosok-gosok lembut belakang temannya itu.


Mendengarkan jawapan dari fiza itu. Dian menguatkan lagi volume tangisannya. Bingit kelas mendengarkan tangisan pelajar yang sorang ni. Selang beberapa minit.
Miss Wong melangkah masuk ke kelas. Dari luar kelas lagi dia mendengar tangisan Dian.

‘’ hello class.. ini kenapa bising-bising ni? Sane sane.. semua pergi duduk tempat masing-masing..’’ halau Miss wong seolah menghalau ayam lagaknya. Dia menggerakkan rotannya apabila ada pelajar yang masih engkar.

‘’ Dian.. kenapa kamu meraung pagi- pagi ni?’’ soal miss wong bingit mendengar jeritan tangisan Dian itu.


‘’ jam tangan dia hilang miss wong.’’ jawab fiza bagi pihak Dian.


‘’ jam tangan? Hilang? Mana tempat terakhir kamu letak jam itu?’’ taya miss wong lagi.

‘’ katanya dalam beg. Lepas perhimpunan tadi dia cakap jam tu dah hilang’’ jawab fiza lagi sama seperti jawapan kepada fatihi.

Saat itu aleyssa muncul membawa buku latihan yang di pesan oleh miss wong. Mendengar saja suara ucapan salam dari aleyssa Dian bingkas bangun dan menjerit.

‘’ pulangkan jam aku!!!’’ jerit Dian lantang sambil jarinya menunding tepat kea rah wajah Aleyssa. Aleyssa terkebil-kebil kerana semua mata terarah kepadanya saat itu.. sungguh dia langsung tak paham apa yang berlaku saat ini.

‘’ aku tau kau curi jam aku. Kau dengki dengan aku kan ?? ‘’ tuduh dian lagi.


‘’ Aleyssa?? Betul ke Dian cakap ni?’’ Tanya miss wong sedikit hairan.
Terdengar kata- kata sumbang yang tidak sedap sekali di dengar oleh Aleyssa. Rata-rata mereka berbisik memperkatakan kejadian itu. Aleyssa masih lagi bingung. Dia hanya terdiam mendengarkan mulut lancang itu berkata-kata.

‘’ miss wong. Saya tahu mesti dia yang curi! ‘’ desak Dian lagi.


‘’ ttttak. Bukan saya miss wong??’’ balas Aleyssa saat dia menyedari dia dituduh sebagai pencuri. Bukan ajarannya mak ciknya untuk menjadi pencuri. Walau sesuah mana pun kehidupan mereka mak ciknya x pernah mengajar dia untuk menharapkan sesuatu yang x pasti. Dan yang lebih tepat lagi. Mak ucunya selalu menyedarkan dia tentang taraf hidupnya yang x memungkinkan dia untuk memiliki barang- barang mahal. Aleyssa sendiri tidak pernah mengharap atau bermimpi untuk memilikinya, dia masih lagi sedar diri.

‘’ tipu!! Aku tau kau curi. Aku tahu kau dengki kat aku..’’ sela dian lagi dengan esak tangis.


‘’ tak!! Aku tak tipu dian..’’ jawab leyssa yang semakin cuak apabila miss wong memandang tajam ke arahnya.


‘’ miss wong apa kata kita periksa beg semua pelajar kelas. Kita kan dapat kebernaranya nanti.’’ Tiba-tiba farah memberikan cadangan. Dia geram dengan tuduhan Dian terhadap aleyssa, dan dia juga yakin bahawa dian dah salah letak jamnya itu dan sengaja meletakkan salah itu kepada aleyssa. Dia sangat percaya yang aleyssa tak mungkin melakukanya.


‘’ baiklah. Kita lakukan seperti cadangan farah. Saya nak semua pelajar letakkan semua beg di atas meja masing-masing.’’ Arah miss wong keras.

Aleyssa berjalan menuju ke tempatnya. Sambil berjalan mendapatkan begnya dia terpandang wajah lee yang merenung dirinya tanpa reaksi. Namun dia mengesan sesuatu melalui mata lee. Dia tiada masa untuk memikirkan. Pada saat ini dia hanya ingin meleraikan tuduhan terhadapnya.

Miss Wong memeriksa beg seorang demi seorang. Namun tiada barang yang di syaki. Kini sampai giliran aleyss untuk diperiksa begnya. Dian dan rakannya memandang dengan reaksi kemenangan. Sinis sekali pandangan nya kepada aleyssa.

‘’ aleyssa!! Can’t you please explain this???’’ jerit Miss Wong seakan tidak percaya apa yang dilihatnya. Majalah-majalah hiburan, catalog-catalog barangan,peralatan mekap.. semua barang yang di haramkan oleh pihak sekolah kepada pelajar.

Aleyssa terpempam melihat barang2 yang di keluarkan dari beg sekolah nya. Mata pelajar lain turut tertumpu kepada miss wong. Farah terkedu. Dian terseyum bangga. Rancangannya menjadi. Tangan miss wong masih lagi mencari2 didalam beg itu dia yang masih tidak berpuas hati menterbalikkan beg kepunyaan aleyssa dan mengoncang-goncangkan sehingga satu barang terjatuh dari poket kecil beg itu.


‘’ jam aku!!’’ jerit Dian apabila melihat barang yang jatuh itu merupakan jam tangannya. Dia merluru ke meja aleyssa.


Aleyssa sekali lagi terkejut. Apa la nasib dirinya jadi begini. Matanya mula berkaca,dadanya menahan sebak. Matanya melorot kea rah farah ingin mendapatkan kepastian. Namun hanya gelengan simpati dari sahabatnya itu. Sungguh… farah bingung. siapa yang nak percaya kalau semua bukti di depan mata. Semua ahli kelas menjadi saksi.

‘’ Miss wong.. bukan saya…’’ kata- kata aleyssa tersekat-sekat. Takut memikirkan apa nasib yang bakal menimpanya selepas ini. Dia bingung dan tertanya- Tanya tentang barangan yang berada dalam beg nya itu.

‘’ heii.. aku tahu kau dengkikan aku. Ini rupa sebenar kau!!. X sangka head girl kita ni seorang pencuri!! Dah la mencuri.. bawa lagi barang-barang yang di larang pihak sekolah.’’ Dian masih lagi meracun fikiran Miss Wong.


Ibarat batu yang menghempap kepala. Aleyssa tersentak dengan tuduhan Dian. Dia sudah tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Hanya air matanya semakin deras mengalir ke pipi mulus itu. Dituduh sebagai pencuri.. hinanya dia di mata rakan-rakan yang lain.

‘’ aleyssa awak ikut saya ke pejabat puan Laila sekarang ‘’ kata-kata Miss wong itu merubah wajah aleyssa menjadi pucat lesi. Dia yang tidak mampu lagi untuk berkata-kata hanya menurut saja arahan dari Miss Wong.. pada fikirannya kalau di terangkan pun tiada siapa yang akan percaya. Saat ini hanya wajah kecewa mak cu saja yang terlintas di fikirannya. Mak cu mesti kecewa dengan aku.. bisik aleyssa dalam hatinya sambil mengesar air matanya yang megalir laju.



*********************************************************************

‘’ kenapa awak lakukan semua ni aleyssa? Awak sepatutnya menjadi teladan kepada rakan-rakan yang lain? Bukan dengan cara ini!!’’ tengking puan Laila yang sememangnya garang itu, tersentak aleyssa di tengking sebegitu rupa. Air matanya yang beransur kering mengalir deras kembali.

‘’ saya akan laporkan perkara ini kepada ibu bapa penjaga awak. Seterusnya awak di gantung seminggu. Pasal jawatan awak akan saya putuskan kemudian..’’ tiada apa lagi yang diharapkan oleh aleyssa saat itu. Dia terima. Saat dia bangun untuk meminta izin. Kedengaran pintu bilik puan laila di ketuk. Kemudian muncul cik jannah bersama alif haikal yang tersenyum manis memandang wajah pucat aleyssa. Simpati alif melihat gadis itu.


















Wednesday, August 5, 2009

BAB 7 – SeCrEt AdMiRe

Sesi persekolahan berjalan seperti biasa. ALeyssa sedikit sebanyak telah mula selesa dengan tugas barunya sebagai pemangku head girl . Walaupun sikap mengelamun nya itu masuh lagi tidak dapat di ubah. Hari berganti hari bulan berganti bulan. Tak banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan aleyssa.

Cuti penghujung tahun kian menjelang. Pelbagai aktivi yang dirancang oleh pelajar-pelajar. Di musim cuti sekolah ini la mereka mengambil peluang untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.kedengaran mereka bercerita sesame sendiri tentang destinasi yang bakal di tuju sepanjang musim cuti sekolah. Ada dikalangan mereka di katakan akan melancong ke luar Negara bersama keluarga.. alangkah gembiranya mereka mengenangkan detik-detik yang bakal mereka lalui bersam keluarga tersayang.

‘’ cuti tahun ni kau ade plan pape tak?’’ soal farah.





‘’ macam biasa? Makan …tido.. baca novel.. membesar.. makan.. dan tido…’’ selamber sekali jawapan dari aleyssa. Ingin menutup perasaan sebenar saat dia terdengar rancangan2 menarik rakan kelasnya tadi.

Jawapan dari leyssa meruntun jiwa farah. Dia tahu leyssa tak punya sesiapa melainkan mak cik nya yang menjaganya sejak kematian ibu bapanya . bila kematian tu tidak pula di ceritakan. Farah pernah bertanya perihal ibu bapa leyssa namun tiada jawapan. Leyssa selalu mengelak untuk memperkatakan tentang keluarganya.

‘’ apa kata tahun ni kau ikut aku balik kampung kat perak.. nak?’’ ajak farah bersungguh. Cadangnya mau memujuk hati leyssa. Walaupun leyssa selalu ceria namun farah tahu gadis itu sebenarnya di landa kesedihan yang tiada siapa yang tahu. Dia sangat pandai menyembunyikan rasa sedihnya itu.

‘’ tak pe la farah..’’




‘’ ala.. nape pulak? Nanti aku suh ayah aku bagi tau mak cik kau.. mesti dia kasik punye..’’ pujuk farah lagi..




‘’ aku tahu mak cu akan benarkan..’’




‘’ habis tu.. ape yang kau risaukan lagi?’’




‘’ aku risau la nak tinggal dia sorang- sorang?’’ balas leyssa lagi dengan nada sayu..




‘’ hmmm… kalau macam tu aku tak paksa. Tapi kalau kau ubah fikiran. Bagi tau je aku.. bila-bila masa k?’’ tutur farah sambil menepuk keras bahu kawannya itu

‘’ adoi!!! Sakitlah.. kau ni…’’ jerit aleyssa.




Mereka berdua tertawa dan berjalan menuju ke kelas.

*********************************************************








Sudah seminggu cuti sekolah berlalu.. rutin harian aleyssa masih lagi seperti biasa. Bangun pagi kemas rumah.. makan.. baca novel.. dan tido. Untuk stok cuti tahun ni.. aleyssa telah memborong kebanyakan novel yang ada di libry awam tu. Di bawah pohon itu lah dia menghabiskan masa petangnya dengan membaca novel2 kegemaran. Dan selama seminggu itu juga dia menunggu kehadiran seseorang di situ. Namun segalannya hampa, orang yang di tunggu tidak kunjung tiba. Seperti tahun- tahun yang lalu cuti tahunannya sangat la membosankan. Tidak seperti kawan-kawannya yang lain.. bermacam pengalaman yang mereka dapat sepanjang musim cuti dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama keluarga masing, sayu hati leyssa mengenangkan ibu bapanya. Kalau la mereka masih hidup.. sudah tentu dia bahagia bersama ibu… membantu ibu menyediakan makanan, dapat makan dan berkelah di tepi tasik.. bermain layang-layang dengan papa. Alangkah seronoknya kalau itu menjadi kenyataan dalam hidupnya sekarang. Saat ini dia merasakan diri nya ketinggalan berbanding rakan-rakannya yang lain. Terasa di tinggalkan…









******************************************************









Begitu cepat masa berlalu. Tahun ini adalah tahun penentu bagi pelajar menengah rendah. Tahun penentu hala tuju hidup seseorang. Aleyssa memulakan tahun baru dengan penuh semangat dan tekad baru untuk berjaya dalam hidup.

‘’ ya.. tahun ni penentu hidup aku. Aku mesti lakukan yang terbaik!!.. chaiyokk chaiyokk!!’’ jerit aleyssa dalam perjalanan ke sekolah pagi itu.

Di dalam kelas pelajar yang lain bising sekali. Masing- masing kecoh menceritakan pengalaman2 mereka lalui masa cuti sekolah hari tu. Aleyssa tumpang gembira buat rakan- rakannya. Sambil meletakkan beg di atas meja. Matanya merenung kerusi di belakang. Tempat tu… masih kosong.. tiba-tiba dia merasakan sesuatu di dalam mejanya. Dia menarik keluar benda tersebut.





‘’ cantiknya!!’’ tiba-tiba farah merampas benda tersebut dan membelek- belek bungkusan sederhana besar yang di balut cantik dengan kertas berwarna unggu. Warna kesukaan leyssa.





‘’Bukak la. ‘’ suruh farah. Macam hadiah tu dia yang punya.


‘’ kau je la bukak.’’ Balas leyssa. Dan tanpa membuang masa lagi farah terus mengoyak sampul dan terserlah isi sebenar dalam bungkusan tadi. Coklat import. Pelbagai jenis dan bentuk.


‘’ wah.. cantiknya.. mesti sedap.. sayang je nak makan.’’


‘’ hmm…’’ leyssa senyum.


‘’ sape yang kasik?’’ Tanya farah.

‘’ entah.. ada lam meja ni ha..’’ jawab leyssa.


‘’ ????? cube tengok. Kalau-kalau ade kad ke? Surat ke?’’ suruh farah lagi.

Aleyssa hanya menggeleng dengan sikap sahabatnya itu. Namun tangannya tetap mencari-cari sesuatu di dalam meja nya. Senyumannya terhenti apabila tangannya tertangkap sekeping kad.betul kata farah.

Just for you..
Hope you love it.

‘’ ni je yang di tulis? Tanpa nama?’’

‘’ ko Nampak? Ade ke dia tulis nama?’’ soal leyssa kembali.


'' wow.. kawan kita dapat coklat la.. dari oversea lagi tu..'' sapa Dian sinis sekali.


'' kau bercuti kat oversea ke leysaa? kemana?'' tanya Dian lagi sambil mencuit2 kotak coklat itu.



'' setahu aku kau x de sape-sape lagi kat dunia ni selain mak cik kau tu kan?'' sela Dian terus menerus.



tersentuh hati aleyssa di hina seperti itu, matanya mula berkaca, dia sebak. x terkata lagi.. farah hanya menggosok-gosok belakang teman itu. dia tau teman nya yang satu ini selalu mengalah dan bersabar dengan cakap- cakap orang. namun x disangka. hari pertama sekolah dia sudah menerima kutukan begitu.



'' kau tau? cuti lepas aku melancong bersama famili aku ke london.. seronokkkkk... shoping.. bersantai2 besttt sangat tau siap main salji lagi..?'' cerita Dian dengan memek-memek muka bangga sekali.


'' kau kemane cuti lepas?london? paris? atau bali?? atau pun singapore yang paling dekat.. atau kau masih lagi dengan novel bodoh kau tu. dan menghabiskan masa kat bawah pokok buruk tu? pleasseeee la.. kau x de keje lain ke yang nak di buat? borink tau hidup kau ni?'' kutuk Dian lagi.



saat itu. aleyssa tak dapat bertahan lagi. dia berlari meninggalkan Dian yang ketawa puas dapat memalukannya di hadapan semua pelajar kelas.


aleyssa berlari ke hujung bangunan. disitu dia duduk di tangga.. farah di tepi hanya diam.. tak tahu lagi cara hendak memujuk hati sahabatnya yang sedih itu.


'' salah aku ke aku kehilangan ibu bapa..??''

'' salah aku ke aku x kemana2...?


'' salah aku ke aku hanya punya mak cik yang bersusah payah membela aku?''



'' salah aku ke?? hina sangat ka aku x de mak ayah??''



'' salah ke....'' hanya takat itu sahaja yang mampu terluah di bibir aleyssa.. hanya tangisan halus kedengaran.



'' tinggalkan aku sendiri farah.. pleasessss..'' pinta aleyssa sebak.


farah tau saat ini aleyssa perlukan masa untuk sendirian.



aleyyssa terus menekup mukanya dengan baju.. habis lencun lengan bajunya dek air mata yang mengalir. dia dapat rasakan seseorang masih disisinya..


'' farah.. kan aku dah cakap.. leave me alone!!'' serentak itu dia mengangkat muka memandang farah disebelah.



terpempam leyssa,, bukan farah duduk di sebelahnya. dia hanya duduk.. memandang ke dinding. dua tangan di sorok ke dalam poket. leyssa rasa tenang dengan kehadiranya. kesedihannya tadi seolah-olah terbang begitu saja, leyssa masih lagi memandang wajah di sebelahnya. tenang sekali.. bersih.. hidung mancung.. mata redup.. bibir merah.. betul.. kesedihannya tadi hilang begitu saja,




'' kanan atau kiri?'' tanya lee tiba-tiba.


'' ape???'' soal leyssa dengan muka yang blurrr..


'' pilih.. tgn kanan atau tangan kiri..'' jawab lee sambil mulutnya memuncungkan ke arah kedua tangnnya yang berada dalam poket seluarnya itu. lucu bangat muka lee saat itu.


'' kenapa?'' soal leyssa lagi.. dia pelik dengan tingkah laku lee hari ini.. satu lagi kejutan yang diterima pada awal persekolahan. namun kejutan ini amat menyenangkannya.


'' can't you just .. pilih aje??'' jawab lee tenang.



'' ermmmm ...orang kata kanan tu baik..islam pun galakkan mula dengan langkah kanan. kita guna tgn kanan untuk makan.. langkah kanan maknanya nasib baik bla.. bla bla...'' panjang pula jawapan dari leyssa.. dan belum sempat leyssa memberikan jawapannya... lee menghulurkan sebungkus tisu kepada aleyssa yang dikeluarkan dari poket kanannya.

'' jangan nangis lagi.. x cantik lorhh...'' seraya itu lee bangun dan berlalu meninggalkan leyssa yang masih lagi terpinga-pinga menyambut tisu.

'' wait!!! lee..'' panggil leyssa. langkah lee terhenti seketika.



'' mana awak tahu saya pilih kanan?''

Diam kejap.. aleyyssa mengesat sisa air mata di wajahnya saat menunggu jawapan dari lee.


'' penerangan awk yg panjang tu... lagipun..'' kata- kata lee terhenti. dia mengeluarkan tangan dari poket kirinya. sama!! sebungkus tisu...
aleyssa terkedu.. perasaan bercampur geram dipermainkan. tapi seronok.. terharu.. bercampur sekali.
lee berlalu masuk ke kelas dengan senyuman di bibir merah itu.
at last!! dia senyum



actually saya postkan dulu episod kali ni. sebab saya akn cuti 3 hari.. skrip dah siap sampai episod 9. tp masa x de nak up load sbb minggu ni ade kelas.. ade test lak tu.. so.. kene la study skit..
harap korang semua bleh tunggu ye? hihihi







****************************************************
*****************************

BAB 6 – Marah tanda sayang???

‘’semua pelajar diminta berkumpul di dewan jubli perak tepat jam 5.30 ptg dan semua pelajar haruslah menunaikan solat asar terlebih dahulu.. kerana kemungkinan aktiviti kita mungkin sampai ke waktu maghrib. Pelajar yang lewat akan di kenakan kompaun. Ketua kumpulan haruslah peka terhadap anak buah masing- masing. Saya mahu kamu bergerak secara berkumpulan. Segala aktiviti juga mesti dilakukan secara berkumpulan. Fasi-fasi akan sentiasa memerhatikan kamu semua. Sebarang kesalahan akan di kenakan kompaun. Manakala sebarang perlakuan baik bergantungla kepada mood fasi-fasi anda untuk memberikan mata tambahan.’’ Terang cikgu alias serba sedikit mengenai perjalan perkhemahan bersepadu badan- badan berunifom yang kali ini diadakan di hutan simpan jubli perak.

‘’ ape la cikgu tu,, mane aci. Lambat skit kene kompaun. Salah skit kene kompaun. Tapi wat baik belum tentu dapat hadiah. Benci!!’’ rungut Dian.

‘’ yela.. ntah pape’’ kata fiza

‘’Cepatla.. nanti lambat kene kompaun lagi?’’ gesa amira.

Rata-rata pelajar memang tidak berpuas hati dengan peraturan itu. Mereka menganggap ia menjadi satu bebanan dan paksaan dalam melakukan seusatu perkara, namun di sebalik nya mereka sebanarnya tidak sedar bahawa ia di tetapkan supaya mereka lebih alert untuk tidak melakukan sebarang kesilapan. Disamping dapat melatih diri supaya lebih berdisiplin dalam hidup.

Selesai taklimat dari fasilitator dan wakil renjer hutan pada jam 10.30 mlm. Peserta di jemput untuk minum di dewan makan.

‘’Alif.. kau nak minum?’’

‘’tak. Aku x rasa dahaga pun. Aku temankan kau je la.’’

‘’ok.’’ Belum sempat mereka memulakan langkah untuk ke dewan makan nama alif haikal di panggil.

********************************************************************************

‘’ Eh!.. Dian kau perasan tak sejak akhir-akhir ni kan aku tengok si aleyssa tu selalu je mendapat perhatian dari cikgu-cikgu. Aku dengar dia terima jawatan penolong kepada alif haikal?’’ Tanya mira.

‘’Ak ah la..aku pun perasan. Nape ek?’’ soal fiza lagi.

Namun hanya jelingan maut yang mereka dapat dari Dian untuk jawapan kepada soalan mereka, dalam otak mereka kini terbit pelbagai andaian apabila melihatkan kemarahan sahabat mereka itu.

‘’ untuk aktiviti merentas sungai, kamu dikhendaki menggunakan pelampung ini untukmenyeberang sungai kecil ini sehingga sampai ke hujung jeti sana. Dan semestinya kamu hendaklah bergerak secara kumpulan. Kami disini hanya akan memerhati. Bagaimana cara untuk ke seberang bergantung kepada kreativi kumpulan kamu. Pastikan juga semua ahli kumpulan Berjaya sampai dengan selamat ke hujung jeti sana, paham??’’

Penerangan dari fasilitator yang bertugas untuk aktiviti kali ini membuatkan Dian dan rakan-rakannya telan air liur, muka cuak terpamer.



‘’ habis la kasut baru aku..’’ rungut Dian memandang kasutnya. cantik.. mahal lak tu..

‘’ kotor la baju macam ni.. huhuhuh’’

‘’ ermmm encik.. x boleh ke kalau kami berjalan saja di tepi sungai ini untuk sampai kat sane? Nanti basah la baju kami? ‘’ rengek Dian macam kanak- kanak.

‘’ kalau macam tu lebih baik kamu duduk di rumah saja? Bersantai didalam bilik. X basah.. kan??’’ sinis sekali jawapan yang di terima.

Dian terkedu, malu dengan jawapan yang tepat ke mukannya. Merah padam la wajahnya. Dia menghentak-hentakkan kaki sebagai tanda protes.

Aktiviti bermula dengan apabila setiap kumpulan di bekalkan dengan dua pelampung dimana pelampung itu perlu digunakan untuk membawa ahli2 kumpulan menyeberang ke sana, kumpulan pertama Berjaya sampai dengan bantuan dari fasilitator yang bertugas kerana seorang dari peserta hampir lemas kerana di tinggalkan oleh pasukan mereka sendri. Begitu juga terjadi kepada kumpulan 2 dan 3.

Kumpulan pimpinan alif haikal merupakan kumpulan pertama sampai dengan jayanya tanpa mendapatkan bantuan dari fasilitator, kemunculan alif sebagai peserta terakhir kumpulannya mendapat sorakan gemuruh dari rakan- rakan yang telah selamat tiba.

Kumpulan terakhir ialah kumpulan yang di anggotai Dian dan rakan-rakan. Di hujung jeti Aleyssa menanti teman-temannya dengan perasaan tidak puas hati, dia bengang kerana semalam alif haikal menyampaikan pesanan dari cik jannah yang menugaskan dia sebagai pemerhati menggantikan Puan Balqis.

‘’ aku x nak terjun !!’’

‘’ Dian.. jangan la macam ni.. jom la..’’

‘’ aku tak nak!!!’’

‘’ kalau kau tak nak terjun nanti bila nak sudah aktiviti ni? Dah gelap ni. Jomla.. kita sama-sama k?’’

Pujukan berkali-kali dari amira membuatkan Dian tiada pilihan. Perlahan-lahan mereka meranduk air sungai. Tidak la sedalam mana. Semua ahli lain telah selamat tiba. Hanya tinggal Dian, Amira dan….. lee sebagai peserta terakhir. Ketua pasukannya menuggu di tengah sungai bersama pelampung.

Entah dimana silapnya amira sempat berpegang pelampung yang di hulurkan oleh ketua pasukannya tetapi...

‘’ tolong!! Tolong’’ Dian meronta-ronta di dalam air .

Peserta-peserta lain terkejut mendengar jeritan dari tengah sungai itu. Aleyssa turut melihat dan cemas. Takut berlaku tragedy yang tidak diingini, kemudian dia lihat seseorang muncul dari belakang mangsa dan mendapatkan mangsa dan berenang sambil menarik mangsa ke arah jeti, semakin hampir dengan jeti aleyssa dapat melihat jelas.. namun apa yang dilihat membuatkan hati nya rasa sesuatu. Sakit semacam.

Dian sedar lee menarik lengan nya untuk membantu dia stabil di dalam air. Dia dan geram kerana orang yang diharapkan untuk turun membantunya bukan seperti yang di harapkan. Demi untuk meraih simpati dia memeluk lee dari belakang semasa dia ditarik hampir jeti dan di sambut oleh rakan- rakan yang lain dengan tepukan gemuruh. Tapi aleyssa hanya tergamam dan terseyum hambar sambil menghampiri Dian dengan kotak kecemasan yang sememangnya untuk kecemasan2 begini. Aleyssa memeriksa jika berlaku kecederaan pada Dian. Hanya lengannya sahaja yang calar mungkin terkena kayu semasa di angkat ke atas jeti, leyssa yang ingin membantu terhenti apabila matanya melirik ke arah le yang masih lagi terduduk letih mungkin terlihat darah yang mengalir pekat dari kaki lee membuatkan leyssa tersentuh hatinya.

‘’ kaki awak berdarah’’

‘’ tak pe..’’

Dian telah di biarkan di rawat oleh sahabat baiknya sendiri manakala leyssa merapati lee melihat kecederaan di kakinya. Saat ini dia lebih risaukan lee berbanding mangsa sebenar. Namun tiada apa yang boleh dilakukannya. Fasi yang bertugas mengambil alih merawat kaki lee. Aleyysa membisu dan memerhatikan saja.

******************************************************************






hmmm... saya x tau la.. mungkin cter ni agak slow skit. harap anda semua bersabar ye? saya cube untuk memperbaiki lagi olahan cter supaya lebih menarik dan mantap.. thankss sangat2 pada yang sudi membaca. jangan segan2 nak tinggalkan komen. saya terima sebarang kritikan yg membina.

BAB 5 - KeLiRu..

‘’Leyssa.. kau join x perkhemahan bersepadu nanti..’’ soal farah tertunduk-tunduk dengan suara yang perlahan takut di dengari Teacher Wong yang sedang menulis formula- formula kimia di papan putih.

‘’ mungkin...’’ diam.. dan terus menulis…

‘’ ye la.. kau mesti la wajib pergi..kau kan suke aktiviti lasak’’ jawab farah.

‘’ kau bawak baju berapa pasang? ‘’ soal farah lagi.

‘’ tak tau..’’ balas aleyssa

‘’ kita pergi naik bus kan? ‘’

‘’mungkin’’

‘’ kau rase kali ni semua pelajar terlibat ke?’’

‘’ tak tahu..’’

‘’ eiii.. kau ni kenape.. dari tadi aku tanye asyik jawab mungkin.. tak tahu.. ‘’ sergah farah agak memeranjatkan aleyssa,, malahan bukan aleyssa je.. semua mata sedang mereka berdua..termasuk la mata sepet teacher kimia nya itu..

‘’ maaf teacher.. x sengaja..’’ farah tersengih sambil mengangkat tangan seolah olah memohon ampun dari permaisurinya..
Teacher wong menjeling tajam ke arah mereka berdua sebagai amaran supaya tidak melakukan nya lagi. Farah mengeluh kecil sambil pen di tangannya ligat menari di atas buku notanya.


‘’ leyssa…’’


‘’ ape dia’’


‘’ ade pesanan untuk kau ni ‘’


‘’ape??’’


‘’ cik jannah nak jumpa kau di bilik guru lepas rehat kang ‘’

‘’ buat ape?? ‘’ Tanya leyssa pada fatihi ketua kelas 4 cemerlang.

‘’ mana la aku tau. Dia Cuma suh aku sampaikan pesanan kat kau. Jangan lupe??’’ selepas menyampaikan pesanan itu fatihi berlalu meninggalkan leyssa yang masih memikirkan tujuan cik jannah memanggilnya..


Kertas kerja aku dah antar… Minggu ni baru sekali aku lewat… ape lagi yang aku buat ni? Fikir aleyssa sambil mengetuk2 kepala nya. Dia takut kalau-kalau dia ade membuat kesilapan tanpa di sedari. Sikapnya yang suka berangan memanm memungkinkan dia melakukan kesilapan tanpa di sedari.. fikirnya mungkin ada di kalangan guru-guru yang melaporkan kepada beliau tentang tabiat buruknya yang suke mengelamun itu.


‘’Leyss. Dah jumpe cik jannah?’’

Angguk sekali..


‘’Dia marah kau lagi’’


Geleng tiga kali..


‘’dia tolak mata demerit kau?’’


Geleng lagi..

‘’Aleyssa Dania!! Cube la jawab kalau aku tanye?’’ jerit farah geram dengan tindakan sahabat baiknya itu.


‘’ dia nak aku terima jawatan perlantikan untuk pengawas baru bagi sesi 2003 seterusnya merangkap kepada penolong ketua pengawas ‘’


‘’Serius’’


Angguk..


‘’ kau terima?’


‘’ aku tak tau. Kau bukan x kenal aku farah’’


‘’ aku tau, tp aku juga tau pilihan guru itu tepat.dan beliau mungkin ada sebab untuk memilih kau sebagai calon untuk jawatan tu. Kau terima je ye?’’ nasihat farah sambil menggosok-gosok bahu temannya sebagai tanda sokongan darinya.


Dalam mereka tidak sedar ada manusia yang mendengar perbualan itu menerima berita tersebut dengan hati yang membara.



Malam itu puas aleyssa memikirkan ape motif sebenar perlantikan dia sebagai ahli jawatan kuasa kedua tertinggi di sekolah. Sedangkan pada hematnya masih ramai pelajar lain yang layak untuk memegang jawatan tersebut. Puas dia mengiring kekiri ke kanan.. namun hanya keluhan yang terbit dari bibirnya, puas dia bangun duduk berjalan mundar mandir di dalam biliknya namun masih tiada jawapan yang dapat di kaitkan dengan persoalannya tadi. Aleyssa pasrah lalu berbaring meletak tangan nya di atas dahi dan kemudian entah bila waktunya dia terlelap sendiri.