PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, January 10, 2014

SouL MaTe - AkHirNyA KaU MiLiKkU



Bola dilantun-lantun di atas gelangang. Selang beberapa lantunan bola jingga itu akan di lempar memasuki gawang gol dan kembali semula ke tangan dan dilantun lagi beberapa kali sebelum bola itu di jaringkan. Banyak kali perkara yang sama dilakukan sehingga badan boleh basah dek keringat.
‘’hai.. dah lama awak sampai?’’
‘’ lee.. dah la tu, dah sejam awak jaringkan bola tu..’’

Suasana di situ masih lagi didominasi oleh bunyi lantunan bola dan sekali sekali bunyi decitan tapak kasut yang bergesel dengan gelanggang.

‘’ lee.. awak tak penat ke? Dah sejam awk dok jaring bola tu.’’ Sapa aleyssa bernada agak geram kerana lee langsung tidak mengendahkan kehadiranya di situ.
Lee masih lagi dengan permainannya. Berlari  anak sambil menjaringkan bola. Cekap tangannya melantun bola. Jarang sekali bolanya itu melewati jaring. Semuanya dapat dijaringkan dengan bergaya sekali. Sejak lee memberikan kejutan kepadanya tempoh hari hubungan mereka seakan mendapat nafas baru. Terdapat sedikit perubahan sikap lee terhadap aleyssa. Mereka selalu berada di tempat yang sama pada waktu petang. Walaupun pada dasar nya mereka selalu bertemu muka, namun tak pernah berbual. Perjumpaan mereka hanya kerana tempat lepak mereka begitu hampir sekali. Leyssa di bawah pokok itu.. manakala lee di gelanggang basket yg berada di sebelah saja tempat aleyssa. Hanya aleyssa sekali sekala menegur dan cuba berbual dengan lee. Dan lee seperti biasa meneruskan aktivitnya menjaring bola.

‘’ bukkk!!’’   botol mineral yang dibaling mengena.
belum pun habis lagi aleyssa bercerita lee sudah terkekeh-kekeh ketawa sambil merah mukanya. Tangannya menekan perut. Sneak dibuatknya apabila teringatkan kisah dia dibaling botol mineral oleh aleyssa dulu.
‘’ jadi, waktu tu leyssa memang dah sukakan abang? ‘’ Lee yang semakin reda ketawa mula memandang serius wajah yang sedikit blurr itu. tiba tiba akal nakalnya menjelma. Pantas saja bibirnya menyapa pipi aleyssa.
            ‘’ abang… ‘’ rengek aleyssa manja sambil  menggosok lembut pipinya. Tertunduk dia menahan malu.
            ‘’ sambung balik cerita leyssa. Leyssa tau tak masa tu abang rasa nak terkam je orang yang baling botol tu kata abang ni. Ikutkan rasa hati maunya orang tu lebam biji mata, memang nak kena belasah. ‘’ ujar lee spontan, merubah air muka ALeyssa, tak sangka pula lee marah dengan tindakannya.
            Perasan dengan perubahan wajah isteri tersayang, lee menyapa tangan itu dan diletakkan ke dadanya. Sambil tersenyum manis. Dia berdehem lembut.
            ‘’ tapi leyssa tau kenapa abang tak buat apa-apa masa tu? ‘’ soal Lee memancing wajah aleyssa. Tanpa menunggu pertayaan langsung dari aleyssa lee menambah.
            ‘’ memang waktu tu abang tengah marah sangat,  walaupun abang dengar leyssa asyik panggil nama abang, tapi abang malas nak hiraukan, sebab waktu abang memang tengah bengang sebenarnya. Tapi bila abang sedar leyssa yang buat, pastu Nampak muka leyssa waktu tu, abang tiba-tiba rasa nak gelak pun ada. Kelakar sangat muka sayang masa tu. Ikutkan hati abang rasa nak peluk je. ‘’ terang lee tanpa berselindung sambil membuntang mata aleyssa mendengar rahsia lama. Lee tergelak lagi. Sungguh dia merasa sangat bahagia sekarang apabila apa yang dia impikan selama ini tercapai jua.
            ‘’ oh.. jadi waktu tu la abang dah sukakan leyssa? ‘’ soal leyssa meneka. Lee sedikit tersentak dengan soalan tersebut, tapi dia tetap kelihatan tenang dengan senyuman yang tak pernah hilang dari bibir. Kali ini dia memandang terus ke mata isterinya. Aleyssa kaku, dia pantas mengalihkan pandangan matanya. Dadanya bergetar hebat. Tak sanggup menentang mata suaminya itu lama-lama.
            ‘’ tak lah. ‘’ jawab lee pendek, mengundang kerutan di dahi leyssa.
            ‘’ habis tu? ‘’ soal leyssa mula menunjukkan muncungnya. Semakin manja pula aleyssa denganya kini. Lee ternyata senang dengan sikap aleyssa begitu.
            ‘’ muncung ni la yang abang geram sangat tau? ‘’ pantas bibir itu di cium sekejap.
            ‘’ abang ni, nakal sangat kenapa? Dulu abang tak macam ni tau? ‘’ geram dengan tindakan spontan lee aleyssa menapak untuk meninggalkan lelaki itu. tak habis ceritanya kalau lee asyik menduga dia sebegitu. Hati perempuannya cukup bergetar dengan layanan romantic lee. Namun jangan harap la dia dapat lepas dari lee apabila tangannya di tarik lembut, tubuhnya jatuh ke riba, dipeluk erat tubuh kecil itu. bahagia menyelinap ke seluruh benaknya.
            ‘’ sayang ni pun tak macam dulu la, asyik merajuk saja. Dulu bukan sayang ke yang selalu goda abang? ‘’ kenyataan itu membuatkan mata aleyssa terbeliak sambil mencerlung ke wajah suaminya yang menahan senyuman itu.
            ‘’ bila masa leyssa goda abang? ‘’ terjerit dia menongkah peryataan itu. tergigit-gigit bibir dibuatnya. Teringatkan waktu mula-mula dia ingin merapatkan diri dengan budak cina yang baru masuk ke sekolahnya.
            ‘’ ala, bukan ke dulu leyssa selalu curi-curi pandang abang, lepas tu sengaja cari peluang nak dekat dengan abang. Lepas tu suka sangat bercakap… ‘’ tak sempat dia mengabiskan kata-kata, mulutnya di tekup tangan aleyssa. Mukanya merah menahan malu yang amat sangat.
            ‘’ sayang, abang tak kisah pun. Jujur abang cakap, abang memang tertarik sangat dengan leyssa waktu tu. Waktu abang sedih dan hilang arah tuju kehidupan leyssa lah yang selalu membuatkan abang senyum, membuatkan abang gembira dengan kehadiran leyssa waktu itu. leyssa tak tahu, waktu itu abang rasa macam hidup kat dunia ni dah tak bermakna langsung. Setelah abang tahu kebenaran tentang keluarga abang dari pak karim, abang bertambah takut, dan sedih, tapi kehadiran aleyssa Dania secara tidak langsung membuatkan abang lebih tenang dari hari ke hari. Leyssa ingat tak leyssa selalu bercakap sorang-sorang dekat bawah pokok dekat tempat abang selalu main basket. ‘’ leyssa mengangguk perlahan, matanya serius memandang wajah yang sedikit merona wajah kesedihan apabila kisah keluarganya di bicarakan.
            ‘’ leyssa tahu? Setiap petang abang tunggu leyssa hadir ke situ, setiap kali leyssa ada, abang tak jadi nak main basket, sebab abang lebih seronok dengar leyssa berceloteh, mulut leysaa memang tak boleh diam, ada saja perkara yang leyssa nak bercerita, lama kelamaan perkara itu dah jadi hobi dan ketagihan buat abang. ‘’ melopong mulut aleyssa.
            ‘’ tapi abang tak pernah pun nak balas bercakap dengan leyssa, abang biarkan leyssa cakap sorang-sorang. Leyssa pelik, geram pun ada, abang selalu buat muka tak ada perasaan bila leyssa dekat dengan abang. Berbual dengan abang waktu tu. Kadang-kadang jenuh juga melayan cakap sorang-sorang. Kalau abang nak tahu waktu tu leyssa langsung tak rasa nak marah. Masa tu leyssa Cuma nak abang ada kat situ je. Temankan leyssa. Apa punya perasaan pun leyssa tak tahu. Yang leyssa tahu leyssa sangat selesa dapat bercerita dengan budak cina yang sombong dan tak ada perasaan. ‘’ leyssa mula tergelak apabila teringat perasaanya dulu.
            ‘’ ooo.. leyssa kutuk abang eh? Mari sini, abang denda. ‘’ pantas tangannya menggeletek tubuh aleyssa. Terjerit-jerit aleyssa menahan kegelian. Sungguh dia memang sensitive di sesetengah tempat. Kesian melihat aleyssa seperti tidak cukup nafas ketawa, lee mendudukkan tubuh kecil itu di sebelahnya. Tangannya masih merangkul pinggang isteri tercinta. Mereka berdua tiba-tiba diam melayan perasaan masing-masing. Sejak tadi menyelongkar kisah silam mereka berdua membuatkan mulut mereka lenguh bercerita. Puas berada di balkoni, mereka bergerak masuk ke ruang tamu. Mengadap televisyen yang tidak terpasang pun. Mata mereka asyik melayari kisah-kisah lampau yang mebuatkan mereka tidak kering gusi, dan sekali sekala tersentak dengan kenyataan-kenyataan yang selama ini mejadi rahsia antara satu sama lain. Lee mengeratkan pelukannya dagunya di sangkut ke bahu aleyssa. Haruman lembut rambut lurus itu menyapa hidungnya. Aleyssa senang dengan perlakuan manja lelaki itu. sengaja dia mengeratkan lagi pelukan.
            ‘’ jadi, bila masa leyssa jatuh hati pada abang? ‘’ soal lee apabila dia merasakan sudah lama berdiam dan melayani perasaan.
            ‘’ abang.. dah lama kita bercerita, abang masih tak dapat tangkap lagi? Buat penat je leyssa cerita panjang lebar, abang ni teruk la. ‘’ lee ketawa dengan rengekan manja leyssa.
            ‘’ sekarang ni leyssa nak abang bagitahu leyssa, sejak bila abang sedar yang abang sukakan leyssa. ‘’ tegas aleyssa bersuara sambil mencerlung mata suaminya.
            ‘’ ala… leyssa la cerita dulu, sebab leyssa yang goda abang dulu kan? ‘’
Pantas saja tangan leyssa mencubit-cubit lengan suaminya sehingga terngadah lelaki itu menahan sakit, walaupun sakit, dia tetap tidak melepaskan rangkulan tubuh kecil itu. tidak lama kemudian apabila aleyssa melihat habis lengan suaminya kemerahan, timbul pula rasa bersalah dan kasihan.
            ‘’ abang, sakit tak? Maaf yer? Leyssa tak sedar. ‘’ ujar leyssa perlahan sambil menggosok-gosok kawasan yang kemerahan kesan cubitannya sendiri.
            ‘’ aduh.. sakitnya, sampai hati leyssa. Arghhhh… sakit.. ‘’ raung lee, sengaja mendebarkan isterinya yang semakin cuak. ‘’ sakit,,, kalau nak hilangkan rasa sakit ni , leyssa kena cerita dulu, bila masa leyssa jatuh cinta kat abang. ‘’ tambah lee lagi sambil tersenyum kemenangan apabila wajah aleyssa berubah riak, menandakan dia tahu dia dipermainkan.
            ‘’ eiii. Geram la dengan abang ni. ‘’
            ‘’ sayang.. ‘’
            ‘’ apa.’’ Jawab leyssa nak tak nak.
            ‘’ cerita la. ‘’
            ‘’ tak nak. ‘’
            ‘’ aleyssa Dania.. ‘’ meleret manja suara itu membuatkan aleyssa sejuk terus.
            ‘’ leyssa tak tahu abang, leyssa sendiri tak tahu bila masa leyssa jatuh cinta kat abang. Tapi aura abang kuat sangat, bila abang tiba-tiba tinggalkan leyssa macam tu je. Leyssa malu nak mengaku yang leysa jatuh suka dekat sorang budak cina yang sombong dan langsung tak hiraukan leyssa. Tapi dalam masa yang sama, dalam hati leyssa selalu ingatkan abang. Pernah juga leyssa terfikir, kenapa aura abang terlalu kuat dengan leyssa. Kenapa setiap kali Nampak abang leyssa mesti rasa macam nak dekat saja dengan abang. Tapi sejak abang hilangkan diri leyssa rasa kehilangan, rasa kosong sangat, tapi ada sesuatu yang membuatkan leyssa rasa dekat dengan abang walupun bertahun leyssa tak dapat jejak abang. ‘’ leyssa berhenti memandang wajah sayu lelaki itu. ternyata aleyssa menderita dengan pemergiannya. Tanganya aleyssa dicapai sambil di bawa kebibirnya. Aleyssa tersenyum gembira. Renungan matanya menyuruh dia menyambung lagi.
            ‘’ Selama abang hilang, leyssa tau abang selalu hantarkan sesuatu pada leyssa kan? Bukan setakat dekat kampung, waktu leyssa di uitm dulu pun abang dapat cari leyssa kan? Abang tahu? Mira selalu soal leyssa tentang secret admire tu. Tapi leyssa tak pernah berani berkata yang abang la secret admire tu. Namun jauh di sudut hati leyssa, memang leyssa percaya sangat orang itu adalah abang. Dengan kepercayaan itu lah leyssa tahu abang sentiasa ada dengan leyssa dan masih ingatkan leyssa. Jadi sejak itu leyssa nekad akan tunggu abang. Jadi kalau abang Tanya bila dan kenapa leyssa tajuh cinta dengan abang? Leyssa tak ada jawapan untuk itu. mungkin semuanya ini sudah ketetapan Ilahi. Apa yang leyssa mampu cakap ialah, leyssa mula rasa sesuatu yang lain, sejak pertama kali leyssa tegur abang di pintu pagar sekolah lagi. Abang ingat? ‘’ perlahan sekali nadanya, matanya merenung mata lelaki yang sejak tadi tekun mendengar luahan perasaanya, nyata lee sedikit tersentak dengan kata-kata terakhir leyssa. Tak lama, lee kemudian tersenyum bahagia.
            ‘’ sekarang biar abang pula membuka rahsia hati abang yang abang simpan lama. ‘’ aleyssa sudah mula tersenyum girang. Akhirnya kini dia akan mendengar sendiri perasaan sebenar lelaki yang menjadi pujaan hatinya sejak dulu lagi. Aleyssa mengambil tempat yang lebih selesa, sudah lama dia duduk begitu, kali ini dia duduk posisi berhadapan dengan suaminya. Tak sabar rasanya nak mendengar cerita sebenar dari tuan punya badan. Lee juga membetulkan posisi duduknya, mencari keselesaan diri, tangannya masih menggenggam tangan aleyssa. Tanpa di duga tangan kirinya menyeluk saku poket seluarnya dan mengeluarkan sebuah kotak kecil dan di hulurkan kepada insan yang tersayang, nyata aleyssa langsung tidak terkejut dengan pemberiannya, hanya senyuman puas hati dapat di lihat di bibir indah itu.
            ‘’ leyssa tahu, memang abang la orang yang selama ini memberi dorongan buat leyssa. Terima kasih abang. Leyssa bersyukur sangat. ‘’ ujar aleyssa sambil mengalirkan air mata. Dia bukan sedih, tapi cukup gembira dengan kenyataan yang selama ini dia sendiri tidak berani untuk menghadapinya. Kotak berwarna hijau lumut itu, dipandang penuh rasa gembira yang tak terhingga, kotak2 ini lah yang selalu dia terima, yang selalunya akan menceriakan hari suramnya, merubah hari dukanya, dan membantu jiwa rapuhnya untuk lebih kental dalam menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan liku. Teresak-esak tangisan dihamburkan ke dada lee. Sengaja diperkemaskan pelukan, tanda kasih dan sayangnya buat lelaki yang kini bergelar suami dan kekasih yang di cintai.
            ‘’ syhhhh.. jangan nangis sayang, nak abang ceritakan satu lagi rahsia? ‘’ umpan lee apabila leyssa seakan tenggelam dengan perasaannya. Matanya yang berkaca di sapu lembut. Kerutan di dahinya melambangkan dia teruja dengan kata-kata tadi.
            ‘’ abang memang banyak rahsia yang leyssa tak tahu. Sekarang leyssa nak tahu semua. ‘’ ujar leyssa separuh mengugut. Merajuk. Lee tergelak dengan ucapan berbau ugutan. Aleyssa sungguh comel.
            ‘’ kalau sayang nak tahu, waktu mula-mula sayang tegur abang dulu, waktu itu juga abang dah jatuh hati pandang pertama buat si gadis comel yang sedikit garang. ‘’
            ‘’ garang? ‘’ Tanya aleyssa sedikit hairan.

Pengawas-pengawas bertugas menjalankan tanggungjawab mereka untuk merekod nama pelajar memang menjadi kebiasaan mereka lewat ke sekolah.
‘’ tunggu!!.. ‘’ satu arahan keras di berikan kepada pelajar yang satu ini.. Alif Haikal sangat bengang dengan pelajar nan satu ini..
‘’ minggu ni saja dah 3 kali kau lewat.. sesi persekolahan baru saja bermula dan kau pelajar baru di sini sudah pandai buat perangai‘’ keras suara alif menegurnya.. namun langsung tidak di ambil kisah oleh pelajar yang di tegur.. dia hanya tunduk.. diam tanpa mempamerkan sebarang riaksi. Sikap ini lah yang membuatkan alif semakin bengang. Panas hati dengan kelakuan pelajar di hadapannya itu..
‘’ Hisham kau tulis nama budak ni dan aku nak kau hantar kepada Pn. Nor jannah biar dia tau nasib dia hari ni’’ arah aliff dengan nada keras. Matilah kau hari ni lee.. nape la kau slalu melakukan kesilapan.. dah la tak pandai langsung nak ambil hati si alif, bisik Hisham yang hanya mengangguk mengiakan arahan tersebut hisham sememangnya tidak berani untuk mengingkari arahan dari alif yang merupakan bakal ketua pengawas sekolah. Pelajar tersebut lansung tidak memberikan sebarang reaksi tentang tindakan alif itu, dia msih lagi memandang ke bawah, memekakkan saja telinganya. kemudian berlalu begitu sahaja tanpa menghiraukan langsung 2 pengawas di depan nya. Padanya itu bukan la perkara yang penting. Dia perlu cepat sampai ke kelas. Kerana 2 minit saja lagi sesi pembelajaran pertama akan bermula.. walaupun dia selalu lewat ke sekolah.. tp seboleh2nya dia tidak mahu untuk ketinggalan dalam pelajarannya..
‘’Lee!!! Tunggu.. aku masih belum habis lagi dengan kau!’’ bentak alif sewaktu melihat lee berlalu meninggalkan mereka tanpa sebarang kata.. jauh sekali merayu supaya dia tidak dikenakan di merit.. berbeza sekali dengan pelajar lain yang lewat.. selalu akan merayu kepada nya supaya mereka berikan peluang kedua. Ketiga dan seterusnya.. berbeza sekali dengan pelajar keturunan cina ini.. hampir setiap hari datang lewat ke sekolah. Namun untuk mendengar kata-kata maaf maupun rayuan supaya di di berikan peluang amat mustahil sekali.
Tanpa mereka sedari perlakuan mereka di pintu pagar sekolah itu telah diperhatikan oleh seseorang.
Lee selamba melangkah kakinya menuju ke kelas, matanya yang berjalan tidak memandang ke depan membuatkan tubuhnya berlaga dengan seseorang. Dia melihat budak perempuan yang kelam kabut mengutip alat tulis yang bertaburan di atas jalan raya. Entah mengapa dia hanya tegak di situ tanpa menghulurkan sebarang bantuan. Selesai budak perempuan itu mengutip khazanahnya dia berdiri sambil merenung tajam kea rah lee yang seakan tiada perasaan saja memandang ke arahnya, sudah la tidak di berikan bantuan, lelaki itu memandangnya kosong, sambil berdiri menyeluk poket seluarnya.
            ‘’ awak.. saya minta maaf. Tapi awak tak patut biarkan saya kutip barang-barang tadi sorang-sorang. ‘’ ucap aleyssa sedikit bengang sambil matanya merenung tajam kea rah lelaki yang masih diam tidak berkutik memandang ke arahnya. Sudahla dia malu apabila dia terlanggar lelaki itu, nasib baik tidak ketahuan yang dia sedang mengintip tadi.
            ‘’ awak ni tak ada suara eh? Tak pernah saya dengar suara emas awak tu. Kenapa awak selalu datang lambat? ‘’ lee diam saja, matanya merenung kosong wajah comel di depannya itu.
            ‘’ ishhh.. awak ni. ‘’ aleyssa berlalu dengan rasa sakit hati yang menggunung. Entah mengapa dia merasakan ada sesuatu pada budak itu.
Aleyssa yang berlalu tergopoh gapah membuatkan lee tiba-tiba menguntum kan senyuman. Tiba-tiba dia terpana dengan dirinya sendiri.

Lee terdiam, sambil merenung kembali anak mata aleyssa yang kini memandangnya penuh tanda Tanya. ‘’ kenapa abang senyum? ‘’ soal aleyssa penasaran, tiba-tiba saja lee menghabiskan cerita itu begitu saja. Lee tersenyum lagi, kali ini dua tanganya memegang wajah aleyssa lembut.
            ‘’ aleyssa Dania, waktu itu lah abang mula belajar erti senyum, dan untuk pertama kali dalam hidup abang, seingatnya, itu lah kali pertama abang rasa seronok dan gembira, waktu tu abang tak tahu pun yang abang rasa itu adalah cinta. Kerana terlalu banyak sebab yang membuatkan abang rasa abang tak layak dengan budak perempuan comel yang terlalu baik bagi abang. ‘’ kata kata lee terhenti di situ. Dia lihat mata aleyssa berkaca.
            ‘’ sayang tahu tak betapa abang terkseksa kerana berjauhan dengan sayang, setelah abang tahu perkara sebenar tentang keluarga kita. Tapi sejak abang pasti yang abang betul-betul cintakan leyssa dan ingin melindungi leyssa, sejak itu abang berusaha untuk sentiasa melindungi leyssa walaupun di mana abang berada. ‘’ lirih suara itu. aleyssa sebak
            Kepalanya di sandarkan ke dada lee. Tangannya mengusap lembut tubuh suaminya. Sungguh dia tidak menyangka mulianya hati suami yang dicintai.
            ‘’ abang,, leyssa rasa cukup la setakat ini kita menyelongkar masa silam. Leyssa dah tak mahu dengar lagi, leyssa nak kita focus pada kehidupan kita akan datang, leyssa dah tak sanggup lagi nak dengar kejutan demi kejutan yang bisa membuatkan jantung leyssa hampir tercabut, cukuplah leyssa tahu abang akan selalu ada disamping leyssa walau apa jua keadaan sekali pun. Leyssa mahu kita doakan agar jodoh kita kekal sehingga syurga. Leyssa tahu abanglah ‘soul mate’ leyssa. Dan hanya leyssa untuk abang. ‘’ romantic sekali leyssa bersuara, tanpa di duga bibirnya mengucup lembut pipi lee.
            ‘’ betul sayang tak nak tahu yang lain? ‘’ duga lee.
            ‘’ hurmmm.. ‘’ leyssa mengangguk manis, matanya merenung manja.
            ‘’ betul ni tak nak abang cerita lagi rahsia lain yang belum terungkai? ‘’ duga lee lagi.
            ‘’ cukup la. Leysa tak nak ambil tahu dah.. ‘’ balas leyssa sedikit geram. Apabila ternyata lee masih ingin menduga.
            ‘’ betul tak.. ‘’ ayat lee mati di situ apabila mulutnya terkunci dengan seulas bibir lembut sang isteri. Selebihnya hanya disimpan kemas dalam ingatan mereka. Entah bila bakal dirungkai lagi persoalan –persoalan yang berlegar.